“In dengan afiq dah baik ea?” tanya nek wan yang melihat intan keseorangan di pagi itu. Intan sudah beberapa hari di kampung sebelum seminggu lagi akan bertolak ke luar negara. Peluh di dahi belum di lap. Mungkin masih mahu terus menyapu sedikit sampah di halaman.
“kenapa nek tanya macam tu?” intan sebenarnya malas mahu membangkitkan hal nya dengan afiq. Biarlah hal itu hanya antara mereka berdua sahaja yang tahu,tak perlu melibatkan family. Lagipun afiq sudah dapat menerima kenyataannya.
“urm,nek bukan apa. Sebelum tutup mata ni,nak tengok la in ni kahwin,ada anak” itulah niatnya, jika diizinkan.dia nak melihat intan kahwin dan ada anak.
‘jauh betul nek wa ni fikir,uish,dah la bagi ayat semacam je’ . intan sudah tak senang duduk.apa la nanti diminta nenek nya.jangan suruh kahwin cepat dah la.
“nek ni.in kan nak belajar lagi ni.nanti sampai jodoh,kahwin lah nyer.”
“afiq kan ada.tak salah pun kalau kahwin dulu”
Intan meguis seliparnya, “ er..bukan …”
“ala,tak pun ikat dulu taka pa. tunag je dulu. Tak de la risau sangat hati nek ni bila in dah bertunang.” Besar harapannya cucunya bersanding bersama afiq.
Tak tahu ayat apa dah nak di perkatakan. Dia tak dapat idea.plis la idea. Time macam ni la tak nak datang. Nak kena ni.
“hah.mak setuju tu” mak cik imah sudah melabuhkan punggung di sebelah intan. Dari tadi,dia hanya menjadi pemerhati dari jauh. Tahu sangat apa yang mahu di perkatakan pleh ibu mertuanya itu. Apa tak nya,dah berkenan sangat dah dengan bakal cucunya itu.
‘mak ai! Datang pulak dah mak ni. Time macam nil ah dia datang.apa la nak jawab ni’ . intan hanya tersengih. Menayangkan barisan giginya.
“yang kamu tersengih tu kenapa? Dah taka de modal?” peril pak farhan pula.
‘aik misi memperkenakannya beramai-ramai ke ni. Ni belum tok man lagi. Sakit. Sakit. Memang tak de modal la.’ Tak baik berkompromi macam ni.
“yela ayah.tak de modal le.sebab tak tahu nak bukak bisnes ape.” Intan sudah mela kelentong. Memutarkan ayat entah ape ape
“nak kelentong ape la pulak”
“hah..jangan nak mengelak lagi”
“bila lagi nak kahwin ni?”
Satu demi satu butir bicara keluar dari pak farhan,mak cik imah dan nek wan. Hanya tok man je yang diam. Tahu benar dengan tok man tu,tak menyampuk lagi,nanti sekali bagi ayat,dah tak boleh nak balas. Auish. Ni mesti kerja afiq ni. Duk pujuk family aku ni.kurang asam jawa betul mamat sekor ni.
“ape ni. Tak aci tau kene kan in cam ni” intan buat-buat merajuk.
“kamu merajuk la sorang-sorang,dua hari lagi majlis meminang” kata mak cik imah. Intan sudah berdiri. “apa mak?”
“jangan ape ape la.muktamad dah. Bertunang terus”pak farhan terus menghidupkan enjin kereta, mak cik imah mengekori. Mahu ke pasar mencari makanan basah. Dan nak cari barang rumah katanya. Entah apa la pulak nak di boring orang tuanya. Siap berpesan supaya makan tengah hari lambat sikit. Sah-sah membeli sakan.
Intan sudah duduk bersila di atas tanah. Hatinya sudah membengkak. Namun di tahan lagi,mahu menjaga adab lagi di depan itu bapa.
“tok,dengan sapa?”
Tok man yang duduk santai di situ menangkat kening.
“apa ni main-main angkat kening.” Intan sudah mula bengang.
“yela.ape yang sape?” intan geram.
Tok man tergelak. Intan ni,sudah gaharu cendana pula. “pengarang jantung kamu la”
“sapa?” intan berfikir. Sesaat. Dua saat. “afiq?”
Pantas senyuman dan anggukan kepala tok man. Tau dah semua happy. Dari air muka dah tahu. Kalau tak,tak kan la beria-ria nak surh bertunang jika sembarangan orang. Intan terus naik ke rumah.
“kenapa dengan awak ni?” ayat pertama terlncur sebaik mendengar suara afiq di talian.
Namun afiq diam. Dan diam itu lah membangkitkan lagi kemarahan intan.
“pekak ke?” sudah keras dan kuat nada suara. Nasib baik la nek wan dan tok man berada di rumah mereka. Kalau tak,dah terjengul muka mereka berdua apabila mendengar suara intan begitu.
“oh,main-main yer” intan mengetap bibir. Jika afiq di hadapannya tentu dah di hempuk dengan kertas surat khabar di hadapannya ini.
“jap” sepatah sahaja suara afiq.
“jap .jap.”apa la yang tak kene ni. Talian terus di matikan. Tiada mood nak menunggu lagi lama. Afiq bukannya nak mendengar leterannya. Ni buat sakit ati ni.
Beberapa minit selepas itu,telefonnya bordering. Sudah tahu siapa pemanggil. Intan terus ke dapur.malas melayan panggilan afiq. ‘tu la,aku telefon tak mau cakap,biar kau rasa’. Kali ini,otak intan dah di kaki,hanya kemarahan je di hati.
Kemudiannya,telefon rumah pula berdering. Tedy bearnya yang di usung dari bilik di peluknya. Beberapa minit,dia sudah di buai mimpi.
******
“intan?” pak farhan sudah melaung dari tangga. Melawan bunyi air hujan yang membasahi bumi semakin lebat. Dari pecan tadi lagi hujan sudah mula turun. Nasib baik la semua barang sudah di beli. Dan makin menjadi-jadi apabila tiba di kampong.
“intan?” pak farhan menguatkan lagi suaranya.
‘ish.mana la budak bertuah ni. Orang panggil tak dengar-dengar. Pekak kea pa. bukannya nak tolong angkat barang’ pak farhan sudah mengomel dalam hati. Manakala mak cik imah sudah menapak ke tempat duduk belakang. Mahu mengambil semua barang yang di beli tadi.
Sebelah tangan memegang payung,sebelah lagi mengambil barang. Pak farhan sudah berlalu apabila tangan sudah penuh membimbit plastik .
“hah?”
“bertuah punya anak.tidur pulak dia” pak farhan melepasi intan lalu ke dapur.
Setelah meletakkan barangan yang di bawa tadi,intan di hampirinya, “intan,bangun” lalu di tarik bear kesayangan intan dari pelukan.
Intan menggleliat sedikit. Kali ni pak farhan sengaja menolok tubuh intan,lalu intan jauh dari sofa.
“hah.dah sedar pun. Kenapa tidur ni. Pergi tolong mak kamu angkat barang” intan yang mamai hanya menurut.
Ketika itu juga mak cik imah sudah di tangga,nah,ambik ni. Tanpa sepatah bicara intan mengambil barang dan di bawa ke dapur. Selesai meletakkan semua barang,dia ke kembali mendapatkan sofa dan menyambung lenanya yang terganggu.
“aik,anak awak tu bang,sambung tidur balik” mak cik imah mengelengkan kepala melihat tingkah intan. Kekadang dah boleh jadi mak orang,tapi kadang-kadang macam budak sekolah rendah.
Telefon intan pula berbunyi menarik perhatian kedua orang tua itu, “kalau dah tidur,guruh kat luar tu pun tak dengar” langsung tak di usik telefon itu.
Tok man dan nek wan sudah mendaki tangga rumah.mungkin takut berada di rumah mereka memandang hujan makin lebat. Sesekali kedengaran guruh berdentum. Keadaan di luar sudah kian gelap walaupun jam baru menginjak ke angka angka satu tengah hari. Mentari pun sudah tiada Nampak sirnanya.
Sayup-sayup kedengaran telefon berbunyi membuatkan tok man melangkah sedaya yang mungkin untuk menjawab panggilan itu,siapa la pulak menelefon masa hujan ni.
“hello?pak cik?” suara di talian tak begitu jelas. Tapi masih boleh di dengari.
Tok man sudah menggaru kepala.makin berusia ni,makin bermasalah la pendengaran .” sapa?nak cakap dengan sape?”
Namun,sepatah habuk tak di fahami. Ganggang bertukar tangan.
“hello?”
“pak cik.fiq ni.” Semakin kuat suara afiq,melawan suara hujan lebat di luar kereta.
“sape?” pak farhan juga sudah menaikkan volume suaranya.
“afiq” afiq menahan sejuk . apalah nasibnya,masa macam ni la nak rosak keretanya.
Pak farhan diam seketika, “ afiq. Kenapa?” pelik pula memikirkan.
“ni fiq kat kampong ni. Tapi tak sempat nak sampai kereta ada masalah la.rosak kat tepi jalan pulak” afiq memberitahu. Dia sudah tiada cara . dia bukannya tahu sangat membaiki kereta. Bukan bidangnya.
“kat mana tu?”
“kat depan ..ape entah. Nak cakap pun tak tahu.tolong ambik fiq boleh.sejuk ni” suara pun sudah terketar-ketar.
Talian terputus. ‘ mak ai.bateri la pulak habis’. Streng gereta di tumbuk,melepaskan marah.
“imah,saya nak pergi ambik afiq,katenye,kereta rosak kat hujung kampong” pak farhan sudah bersiap nak turun ke halaman, gugusan kunci kereta di capainya.
“afiq datang sini?”
Pak farhan mengangguk.
“bang,awak nak bawak kereta.hujan ni” perihatin sungguh mak cik imah. Bukan apa.suaminya dah makin berusia.mata pun bukannya elok sangat nak bawak kereta hujan-hujan ni .
“ye lah”
“risau saya.mata awak tu bukannya cerah sangat dah”
Pak farhan mengangguk.mengiakan kata isterinya. Tapi,tak kan la nak di biarkan afiq di situ keseorangan,tentu sejuk. Nanti tak pasal-pasal sakit. Nak tunggu hujan berhenti,berapa jam lagi pun tak tahu.
“apa kata kejutkan anak dara sorang tu.” Tok man memberi cadangan. Hatinya pun turut risau jika pak farhan sendiri memandu.
“betul kata tok man kamu tu” nek wan pula menambah.
Lalu intan di kejutkan walaupun agak liat untuk bangun.
*****
Dalam hati,pelbagai sumpah seranah dihadiahkan kepada afiq,walaupun afiq bukannnya di depan matanya untuk mendengar. Sewenang-wenangnya tidurnya di ganggu.
‘afiq ni pun.kereta dia pun,apasal la nak mampus masa ni’ intan mendengus geram. Tak pasal-pasal dia di minta untuk mengambil afiq di hujung kampong. Hujan pun boleh la tahan lebat. Kalau mari dengan pak farhan boleh blah lagi. Ni sorang-sorang. Adesh.
Silauan lampu kereta yang semakin dekat membuat afiq mengangkat kepalanya yang dari tadi matanya duduk melilau melihat apa yang tak kena dengan keretanya.
Nak di kata kereta buruk,memang tak logic. Tak servis? Aii..memang nak kena ni mekanik tu,baru seminggu lepas servis kereta.
Intan keluar dari perut kereta sambil memegang sekaki paying. Melindungi diri dari basah hujan yang tak henti dari tadi. Meskipun hujan agak lebat,tapi tak mampu menyejukkan hatinya yang tengah marah terhadap afiq.
“duk tercegat kat situ tu lagi kenapa?” marah intan melihat afiq yang hanya melihatnya.
Afiq masih diam. Tak sangka pula,intan yang datang,bukan pak farhan. Tapi, tak kan lah intan yang nak menolong membaiki kereta. Doctor jadi mekanik? Perempuan lak tu. Haha. Afiq ketawa dengan telahan akal nya yang belum pasti betul atau tak itu.
Intan menghampiri afiq, “tersengih-sengih” . intan geram. “macam mana kereta boleh rosak?” tanya intan.
“mana saya tau. Dah nak rosak” afiq membuat muka selambanya sahaja. Sudah tau dengan perangai intan yang satu tu.
“mana tau. Mana tau. Lain kali servis.”
“hah.?apa sal awak datang sini?” intas sudah mula mengajukan soalan. Memang banyak persoalan yang bernain di fikirannya dari tadi. Dan tak terjawab lagi. Musykil juga melihat afiq tetiba muncul di kampungnya.
Hah sudah,dah mula nak tahu tu. Nahas ni . “urm…”
“urm apa? “
“sajeje.nak datang jenguk tok man” dah lgik dah rasanya alasan tu.
Intan menjeling. Ye ye or la tu nak datang jenguk tok man. Tak munasabah.
“nak tercegat kat situ lagi?tak nak balik?” intan mematikan langkah apabila afiq tidak mengekori langkahnya.
Afiq tersengih, “my car?”
“bak sini kunci” intan masih belum menunjukkan ura-ura untuk bertolak ansur dengan afiq.
Afiq hanya menghulurkan kunci.
Dalam masa yang sama.muncul seorang lelaki lalu bercakap serba sedikit dengan intan. Entah apa yang di bualkan pun afiq tak tahu sebaab apabila lelaki itu je mucul,intan terus berjumpa dengan lelaki itu,tanpa berpayung.
“apa tengok-tengok? Masuk la.” Intan masuk ke seat pemandu.afiq masuk di sebelah seat pemandu.
“kesian kat awak.” Datar suara afiq.sungguh,dia kasihan kan intan. Kerana dia intan terpaksa ke sini. Selang beberapa minit.kereta menderum laju di jalan.
“ambik towel kat belakang.”
Afiq hanya menurut tanpa sebarang kata. Lalu tuala itu di hulur kepada intan.
“apasal bagi saya? Awak lap lap la air hujan kat tubuh awak tu. Nanti tak pasal-pasal demam.” Dia memokuskan pandangan matanya pada pemanduan jalan yang agak gelap. Mungkin bekalan elektrik terputus sebab guruh agak kuat tadi. Walaupun bukan waktu malam,jarak penglihatannya agak terhad.
“tengs in” sungguh,dia amat berterima kasih pada intan kerana sudi menolongnya.
“urm…”
“sebe…….”
“diam boleh tak?” intan memotong kata-kata afiq.’ Dalam hujan ni la nak cakap .dari tadi tak nak cakap la. Dah la guruh duk tum tam kuat’. Intan mengomel dalam hati. Tersa bergegar urat nadinya sekali guruh berdentum.
“okey” afiq mengalihkan oandangan pada luar tingkap. Sungguh cermat pemanduan intan. Sepanjang perjalanan selepas itu,hanya di temani sepi.
No comments:
Post a Comment