Thursday 12 January 2012

kesempurnaanmu bukan keinginanku 25

Afiq melangkah masuk ke dalam rumah bersama intan.

Terpamer wajah bahagia di muka masing-masing. Padahal,dalam hati hanya tuhan yang tahu.

Intan masih geram dengan sikap afiq yang mengabaikannya selama beberapa hati lepas. Terasa kosong je. Dah la afiq sampai airport lambat. Untungla ada tunang tak gaya macam tunang tu.

“Amboi. Dah pandai berdating dah. Maklum la, tunang kesayangan dah balik” sakat puan alia. Lega hatinya melihat kemesraan afiq dan intan.

Nampak makin cantik intan setelah pulang dari luar Negara. Campur pulak dengan mood bahagia nak kahwin. Lagi lah berseri-seri.

Afiq ni pulak,senyum tak habis-habis. Suka sangat la tu.

Telefon di dalam poket berbunyi,afiq meminta diri untuk menjawab panggilan itu, “ ye.ada apa?”

Jarang sekali setiausahanya menelefon. Dia mesti cepat pulang ke pejabat, ada hal yang mesti diuruskan. Perempuan tu selalu menyusahkan. Apa lah masalah dia.

Kan dah cakap aku tak boleh attend meeting tu. Tu pun buat hal. Macam tak ada orang lain yang boleh wakil je. Geram.

Streng kereta di pegang kemas. Hatinya marah membuak-buak. Baru je dia nak spend masa dengan intan. Ada je yang kacau line.

Intan hanya mampu memandang afiq keluar dari rumah tadi. Tak ada pulak di bagitau nak ke mana. Pakaian pun dengan kemeja lagi.

‘tak kan tak nak spend masa dengan aku’ desis hati ni. Dia terasa. Namun di diamkan sahaja.

Dia terus berborak dengan ahli keluarga yang lain sehingga lah petang,dia meminta diri untuk berehat. Tubuhnya terasa sangat penat. Afiq masih belum Nampak kelibatnya setelah keluar tadi.

 *********

Afiq rasa marah yang tersimpan di pekung dada membuak-buak.

Perempuan itu memang mencari nahas.

“ apa kau nak?” marah afiq pada mastura.

Mastura senyum sinis. Terubat rindunya nak melihat wajah afiq. Makin afiq marah semakin comel dan macho pada pandangan matanya.

Dah gila baying agaknya.  Bukan setakat gila baying, tapi dia gilakan afiq.

“asal you nak marah-marah ni. I nak bincang direct dengan big boss tak kan tak bloeh kot.” Tone suara dimainkan dengan sebaiknya. Dia dah ditugaskan mendapatkan kerjasama dengan syarikat dato’ azmi itu. sambil menyelam minum lah air. Apa salahnya kan.

Dia tak kan sesekali melepaskan peluang, apatah lagi dapat berursan dengan prince hatinya.

“I banyak kerja la mas. Staf I pun apa kurang nya. Most of well-educated and I believe them” rasa nak hempuk je mastura yang didepannya. Tapi tak kan sesekali dia buat begitu,dalam hati je la.

“but,I want to see you” jujur terlebih la pulak mastura kali ni.

“so,this end. I dah serahkan tugas ni pada staf i. I know and believe her. So,you co-operate dengan dia. And  please don’t make me angry” tegas  dan dalam kegeraman afiq meluahkan ayat itu.

Habis masa  dan air liur je. Dah la tak dapat spend masa dengan intan. Dah la buah hati baru nak baik dari merajuk. Merana la nak pujuk pulak kali ni.

Penig kepala otak aku.

Mastura hanya memandang kelibat afiq,tak kisah la dengan siapa pun dia berurusan, tapi dia tetap akan mencari helah untuk mendekati afiq.

Sebijak mana afiq, dia mahu lagi bijak menawan dan memiliki afiq. Itulah motig utama dia sekarang. Bukan tugasan kerja.

Hipokrit semata-mata!


Intan memandang sepi telefonnya,tak ada mesej,tak ada panggilan masuk.

Kekadang naik menyampah ada,geram pun ada. Afiq langsung tak pandang kehadirannya. Boleh pulak di blah keluar dari petang tadi.

Dah la tak balik lagi. Tengok la. Kalau aku merajuk baru tau. Ni intan la!


 ******

Semua yang berada dalam rumah tu turun makan malam bersama. Meriah termat dapat dirasakan dalam rumah bangle keluarga dato’ azmi.

Inilah laki pertama dapat berjumpa ramai-ramai. Keluarga bakal besannya pun sangat baik dan mesra. Langsung tak member masalah. Malahan dirasakan macam dah jadi keluarga sendri dah lama. Padahal anak-anak mereka belum pun kahwin lagi.

Afiq menguis kaki intan, intan hanya buat tak tahu. Malas melayan. Nak buat merajuk. Padan muka afiq.
Afiq geram!

Boleh pulak intan buat don’t know je. Intan di sebelah di kerling. Langsung tak menghiraukannya. Minah ni.  Nak cari pasal ni.

Elina di sebelah intan terasa yang abangnya asyik memanang bakal kakak iparnya itu, “ akak,asal abang tu?pandang akak macam semacam jer.” Berbisik sedikit di telinga intan. Tak nak orang lain mendengar.

“hurm..biarlah dia” jawabnya. Malas melayan sangat dengan afiq. Lantak dia la.

Sehingga la selesai makan,afiw masih belum di layan. Intan nak afiq merasa a[a yang dia rasa. Pandai sangat kan.

Semua ahli keluarga berkumpul di ruang tamu.

“katanya,esok dah nak balik ye?” ramah dato’azmi bertanya . nanti sunyi lah rumahnya,paling tidak,sekarang boleh la dia merasa riuh sedikit dengan gurau senda intan dan elina yang masih macam kebudak-budakkan itu. dua orang dah memadai macam ramai pengguni.

Afiq menghenyak punggung di sebelah intan, terkepit intan di tengah-tengah,antara elina dan afiq.

Menggatal afiq ni. Dah la depan family. Nanti apa kata ahli keluarga yang lain .sesuka suki hati je mamat ni.

Tahu la rindu. Tak menyabar-nyabar.

“a’a la mi. kami ingat nak balik esok . lagipun persiapan apa pun tak buat lagi mereka nak nikah nanti.”

Nikah? Gulp!

Apasal  nak cakap pasal nikah jugak ni. Lambat lagi kan. Malu la wei. 2 bulan lebuh lagi rasanya. Rasanya la. Ke berapa lama?ala… dah lupa la..

“iya ya la kan. Dah tak lama dah kan. Hujung bulan depan. Persiapan tak buat habuk pon lagi.” Sokong dato’ azmi.

Dulu puan alia nak buat persiapan,katanya tak perlu cepat-cepat, banyak masa lagi. Banyak la sangat masanya.

Tapi,taka pa. kedua-dua pihak dah berpakat nak buat sederhana sahaja . yang penting akadnya.

“ha.kamu berdua ni?”

Tersentak intan dan afiq. Muka blur. Apa salah dia orang pulak.

“kenapa?” sepakat pulak kedua-dua bercakap.

Puan alia tersenyum, “bila nak pergi beli barang?”

Tahu sangat,kalau tak ditanya,bila la nak membelinya. Jangan membeli last minit sudah la. Kelam kabut di buatnya.

“insyaAllah hujung minggu ni ma. Kenapa?” jawab afiq. Entah dari mana jawapan itu terpacul dari mulutnya. Intan di sebelah dipandang.

Tak pasal-pasal dapat jelingan maut.

“o.kamu berdua dah berbincang ye. Bagus la.” Tersenyum pak farhan. Pandai jugak mereka merancang. Dah ada plan sendiri rupanya.

Intan geram. Kaki afiq di pijak dengan kuat. Padan muka!

Sesuka hati afiq membuat keptusan tanpa bertanya dahulu.

Afiq hanya tersemgih,menahan sakit di kaki. Tak kan la nak mengadu kat mama yang intan pijak kaki dia. Tak macho la.

Intan puas hati.


 ************

Sudah lenguh kaki intan mengikut afiq. Tujuan utama mereka keluar belum di buat lagi. Kata nak pergi cari cincin. Tapi,sebuah kedai cincin pun belum di jejaki lagi. Lepas kedai baju kedai aksesori la. Semuanya rasa menyakitkan hati.

‘kali afiq mesti ke kedai cincin,aku dah tak larat dah’. Marah intan dalam hati.

Kali yang melangkah yang dari tadi menurut afiq terhenti. Bangku berdekatan dirapati dan lalu dia melabuhkan punggung di situ. Tak daya nak ikut afiq.

Afiq yang dah jauh ke depan menoleh ke belakang,terasa macam dah tiada bayangan intan yang dari tadi hanya menurut langkah dia.

Bukan tak nak mencari cincin terus,tapi dia nak luang banyak masa dengan intan dengan jalan-jalan di sekitar kompleks itu.

Dah lah beberapa hari kebelakangan ini intan buat muka monyok dan bercakap macam paksa rela je. Ni keluar pun macam nak tak nak je.

Biasanya orang nak kahwin excited nak pergi membeli barang,tapi mereka? Tak gaya macam nak kahwin pun.

Afiq sendiri bingung dengan intan. Angin apa la yang menyapa mood intan kebelakangan ni.

Dari jauh dia Nampak intan buat tak tahu je,sekadar duduk di bangku melihat orang lalu lalang. Afiq tersenyum.

Dalam dia menuju ke tempat intan, bahunya di langgar seseorang,” opps….soo..ry”

Afiq melihat wajah perempuan yang terlanggar bahunya. Mahu sahaja di ucap maaf,tapi tak menjadi. Melihat wajah di hadapannya menjadikan dia meluat.

“o…hai fiq.” Suara mastura di lembutkan. Memang disengaja melanggar bahu afiq. Dari tadi lagi dia mengekori afiq.. setahu dia,tadi afiq dengan seorang perempuan ,tapi dah lesap ke mana perempuan itu,. bagai satu peluang untuk dia mendekati afiq.

Dari bangku.intan tengok afiq bercakap dengan seorang perempuan. Siapa entah dia pun tak tahu. Tengok muka afiq macam paksa rela je bercakap.

Terkeut beruk dia bila tangan perempuan tu tetiba memegang lengan afiq. Ish,tak boleh jadi ni.’ Bakal laki aku tu’ gumam intan dalam hati.

Walaupun dalam mood merajuk dengan afiq,tapi hati dia panas. Sesuka suki hati minah tu je pegang afiq. Aku ni tunagn dia pun tak pegang afiq. Nak cari penyakit ni.

Terasa panas punngung intan terus dia bangun mendekati afiq.

“hai fiq.” Sapa intan.

Panas muka afiq. Jangan la intan marah sudah. Bukan dia yang menggatal, tapi minah tiga suka kat depan mata ni menggedik nak ajak dia makan. Dah di tolak pun masih beria-ria memujuk.

“hai” jadi mat gagap sudah afiq ni.

“hai ,you?” intan memandang gadis di hadapannya. Perasaan cembru datan g menyerbu bila perempuan tu masih belum melepaskan pegangan di lengan afiq.

“hai ,I mastura. Merangkap…”

Belum sempat di habiskan ayat intan dah memintas, “ o…I see.  Hai fiq,dah tak ingat tunang yer.” Sinis intan membidas.

Kelat muka afiq. Pantas kasar di tolak tangan mastura yang berpaut di lengannya. Mahu di jerit pada intan yang dia tak bersalah. Tapi lidahnya kelu.

“fiq,you ada tunang. Habis tu,I ni siapa?” manja buat suara merajuk.

Intan dah naik geram,mengada-mengada perempuan ni, aku hempuk baru tau. Afiq ni pun tak reti nak menjawab ke? Ke dah jadi bisu.

“oh.cik akak,kebetulan kami ada urusan.boleh kami minta diri.” Lalu intan melangkah,malas lama-lama mengahdap muka hipokrit dan pura-pura mastura. Rasa menyampah.

Laju kaki intan menuju ke kedai untuk membeli barang yang sepatutnya mereka beli dari tadi lagi.

Afiq pun berada tak jauh dari dia. Menurut sahaja setelah dia melangkah meninggalkan perempuan gedik yang bernama mastura tadi.


Rantai emas yang berada di depannya itu di belek. Cantik . sungguh,dia sangat berkenan. Memenuhi cita rasa dia.  

Tapi memandangkan niatnya datang mencari cincin,rantai itu diletakkan  setelah di belek beberapa kali. Mungkin lain kali dia akan datang membelinya.

Beberapa cincin di tunjukkan untuk di lihat dengan jelas. Dia sendiri tak pasti nak memilih cincin yang mana satu. Afiq yang berada di sebelahnya hanya diam membisu dari tadi.

Dah jadi bisu agaknya. Sepatah perkataan tak  keluar setelah berjumpa mastura tadi.

“yang mana la cantik antara cincin ni. Susah la keluar dengan orang bisu ni,kalau mak ada kan senang” intan bercakap seorang tahu. Suaranya dikuatkan sedikit biar afiq mendengarnya.

Juru jual tu hanya tersenyum. Membiarkan pasangan di hadapannya memilih.

“erm..dah jadi pekak pulak dah. Kan bagus ada banyak duit,beli semua,tak yah pilih-pilih” geram intan. Afiq di sebelah di kerling.

Afiq buat tak tahu je.

“diq,ambik yang tu.” Sambil jarinya menunjuk kea rah sebentuk cincin.

Memang tak di nafikan. Dia pun berkenan pada cincin tu tadi,tapi bila di tengok harga,dia menyurah juru jual itu menyimpannya balik.

Rasa tak layak untuk memakai barang kemas semahal itu.

“terima kasih.” Kata afiq. Di belek cincin itu, patut pun intan tak pilih. Mahal rupanya.

“diq,dalam banyak-banyak cincin ni,agak-agak yang mana sesuai untuk bakal isteri abang ni ea?” afiq merapati intan. Rasa dah nak besentuhan dia berada di sebelah intan.

Tadi,sengaja dia diam diri. Bimbang intan marah dan mengamuk pasal mastura,tapi tiada tanda-tanda intan nak marah.

“mana-mana pun boleh,yang ni pun cantik jugak.sesuai dengan akak.” Kata juru jual yang berada di depannya. Bukan apa,Nampak perempuan di hadapannya asyik memandang itu je.

Pelik! Orang nak kahwin cari cincin mahal. Tapi,akak di depannya mencari yang murah dan sesimple mungkin.

“o.kalau macam tu,bungkus yang ni ye.” Kata afiq.

Intan terus berlalu ke tempat rantai. Dah siap dah nak pilih cincin. Nak beli cincin pun lama.


 *******

Intan berbaring di sofa di ruang tamu rumah. Penat terasa tubuhnya.

Apa taknya,tinggal seminggu je lg nak kahwin. ni asyik duk menghias rumah untuk perkahwinannya nanti.

Pejam celik,dah nak tiba hari bersejarah dan bahagia itu. tapi,bahagia kah dia?

Sehari dua ni afiq pun agak sibuk. Sibuk itu la ini lah.

Tiba-tiba telefon di atas meja berdering . 


‘private number ? siapa pulak ni. Jarang sekali ada orang menelefonnya. Aptah lagi private number.’ Lalu di biar sahaja telefon itu bordering,tak berangkat.

Namun si pemanggil masih tak berputus asa. Ingin mendengus marah. Siapa la ni. Kacau!

“hell” belum sempat kata aluan dah di jerkah.

“hoi,perempuan!” taka dab betul la si pemanggil. Tak padan dengan perempuan, suara,ya ampun.

Sabar intan. Rilek2.

“apa hal ni?” agak kuat dan kasar suara intan.

“hei perempuan.kau tunang afiq kan?” sinis je bunyinya.

“kenapa ye?” suara di kendurkan. Apa terjadi pada afiq. Alahai, takut la pulak.

“kalau kau nak tahu kenapa,kau datang sini,aku bagi kau 3jam. Kalau nak,nahas kau dengan tunang kesayangan kau ni.” Talian terus dimatikan. Sejurus selepas itu,intan tak berlengah lagi.

Pakaian terus di tukar,jean dan sehelai t-shirt. Di harus ke tempat itu.dah la agak jauh dari rumah dia. Kalau dekat boleh la. Dah la kena rahsiakan.

Rahsiakan? Kenapa yer? Tak boleh jadi . dah la rasa tak sedap hati.

Ah!! Dia mesti cepat sampai. Pantas kunci kereta di capai dan dia ke kereta.

Pemanduannya makin lama makin laju,daru 100km/j kadang,mencecah 120km/j. namun dia tetap berhati-hati.


Dalam hati,dia berdoa banyak-banyak. Apa lah dugaan yang bakal mendatang kali ni.

10 minit lagi nak 3jam . dia mengeluh lega. Tetiba telefon dia berdering,cepat sahaja  orang tu tahu dia sampai,tentu dah apa spy dah dari tadi.

“kau  tinggal kereta kau dekat luar pangar,masuk dalam rumah yang warna biru.”

Intan diam. Rasa macam kenal la suara ni.

“ hoi!!  Kau dengar tak? ”marah perempuan.

Intan merengus, “dengar.aku on the way ni.”

“wei!! Kau tinggal handphone and semua barang kau. Jangan bawak satu pun” kata perempuan. Curiga, bimbang intan merancang lagi bijak.

Intan berpusing balik ke kereta, di tinggalkan handphone di dalam kereta.yang di bawa hanya lah kunci kereta,sebab tak tahu nak letak mana.

Baru je nak ketuk pintu,pintu tu dah di buka dari dalam.

“masuk” arah lelaki di hadapannya dengan kasar. Harap muka je lawa seposen,bahasa,kurang.

Langkah di atur mengikut lelaki di depannya. Dia di bawa masuk ke sebuah bilik.

“kenapa bawa saya ke bilik ni? Mana afiq?” ragu-ragu suara intan. Rasa takut pula dalam dirinya. Menyesal pun ada dalam diri kerana datang sendirian.

“masuk je lah” terus lelaki itu menolak intan hingga jatuh ke blik itu.

Sakit lututnya akibat jatuh,baru sahaja dia nak berdiri,semua tamparan hinggap di pipinya,

Pap!!

Dia terjatuh lagi kali, tapi rasa macam  atas seseorang.

Terbuntang matanya, afiq!!!!!

No comments:

Post a Comment