Thursday 29 December 2011

kesempurnaanmu bukan keinginanku 23


Tak sangka,waktu yang di tunggu-tunggu telah tiba, berat pula rasa hati nak meninggalkan keluarga walaupun masih boleh berhubung dengan telefon. Pasti dia akan merindui bumi Malaysia ni. Tapi,niat hati ikhlas,nak meneruskan pembelajaran. Itu cita-cita dia dari dulu lagi.

“in,kat sana jaga diri elok-elok” pesan mak.

Ayah pula menambah, “selalulah telefon sini.” Nasihat dan pesanan,satu demi satu di dengar. Dari kejauhan, dia melihat tunangnya itu,agak muram mukanya. Mungkin bersedih,tapi dia? Sedih ke dengan perpisahan ini? Intan sendiri tak pasti. Apa lah lagi dugaan bakal mendatang. Tapi, semenjak dua ni,dia mula menyenangi sikap afiq yang sentiasa di sisi dan memahami dia. Terasa selamat dan sangat selesa. Apakah dia bakal merindu lelaki itu? Dia sendiri was-was.

Tiba-tiba telefonnya berbunyi menandakan mesej masuk, di baca,

 “ take care dear. I’ll miss you so much. J

Afiq memang macam tu,belakang family bukan main lagi berani menyakat,bila depan-depan,tak berani pulak. Pantas keypad telefon di tekan,membalals mesej lelaki itu. Tak lama selepas itu,afiq menapak ke arahnya.

Sungguh,afiq bagai tak merelakan pemergian intan. Bukan sehari dua,tapi dalam enam bulan akan datang dia akan bertemu mata dengan bakal isteri dia itu. Sungguh,dia akanmenanngung beban rindu yang mendalam.

“jaga diri ye. Miss me “ pelahan je afiq menuturkan,tapi dari pandangan matanya,Nampak sangat ikhlas. Intan amat terharu. Yeah!! Dia akan merindui keikhlasan lelaki itu. Walaupun baru mengenali hati lelaki itu,dia mahu mengenali lagi,dan tak sanggup perempuan lain mengenali lelaki itu lagi mendalam dari dia. Dalam hati dia berdoa. Dia akan membenihkan perasaan sayang dan cinta itu buat insan bernama akmal afiq itu.

Sebaik memasuki balai pelepasan,mata dia berkaca-kaca. Tak mampu lagi nak di tanggung air jernih itu, ingatkan dia masih mampu menahan air jermih itu dari merembes,tapi malang tidak. Dia tak lah seteguh dan sekuat yang di sangka kan. Sungguh,walaupun baru sahaja berpisah dengan keluarga, sudah terasa rindu itu bagai berhari-hari rasanya. Ah!! Sabar lah duhai hati.

Setelah memastikan penerbangan intan berlepas, afiq melangkah bersama-sama ahli keluarga yang lain. Masing-masing bergerak menuju ke rumah, hanya dia yang membawa diri. Dia mahu menenangkan fikiran dan hatinya. Tuning tersayang sudah jauh di mata. Hari-hari mendatang akan berubah tanpa insane tersayang. Ah! Kusut. Dia berharap yang dia akan sabar menunggu dan di kurangkan dugaan yang bakal menimpa. Dia bimbang tidak teguh dan tak kuat untuk mengahadapinya.

Akhirnya,setelah satu jam lebih duduk menenangkan fikiran,kunci kereta di capai dan terus di pandu kereta itu ke rumahnnya. Bimbang apa kata keluarganya nanti melihat yang dai tiada di rumah setelah menghantar intan ke lapangan terbang tadi.


 ******

Sampul surat yang tak bernama dan tak ada tanda pos yang berada di atas meja di pandang sepi. Siapa la pulak yang letak sampul surat ni. Hish

Sudah beberapa hari dari minggu lepas intan jarang berhubung dengannya. Katanya banyak tugasan. Macam-macam alasan yang muncul . ah! Dia rindu sebenarnya. Memang,dia dah angau dengan intan. Walaupun dah beberapa bulan intan berada di Negara barat hubungan mereka berdua bertambah baik.mungkin ini lah hikmahnya intan menyambung pelajaran dan berada jauh darinya. Dia dapat belajar menrindu. Sungguh,dia rindu. Mana mungkin terbalas semua rindu dengan hanya bercakap di talian sekadar beberapa minit..

Jam di dinding di kerling. Dah masuk tengah hari. Tapi, setiausaha dia tiada pulak memaklumkan apa-apa pasal surat itu. Pantas tangannya mencapai surat di meja dan dia melabuhkan punggungnya di sofa berdekatan.

“apa ni?”
Melihat seakan seperti gambar. Semua isi di keluarkan dan di letak di atas meja. Terbuntang matanya melihat gambar intan. Intan dengan seorang lelaki. Sekali pandang sangat mesra,sekali pandang Nampak macam biasa je. Apa semua ni?

Intan curang pada aku?? Kepala afiq berserabut. Apa ni? Dia sendiri keliru. Apa makna semua ni? Pantas nombor telefon intan did ail. Dia tak kira,dia mahu penjelasan.

“intan!” sedikit kasar, tanpa salam afiq membuka bicara setelah talian di sambungkan.

“in ada discussion ni. Apa ape ye?” intan hairan. Kenapa afiq telefon dia pada waktu macam ni.

“apa makna semua ni?” afiq bingung.

Intan semaik hairan. Apa yang afiq merepek ni,dia langsung tak faham, “makna apa awak? Tak faham la.” Intan menggaru kepalanya yang tak gatal. Kenapa dengan afiq ni,dengar suara macam angin satu badan jer.

“awak..please la…terus terang” afiq makin bengang. Macam mana intan boleh tidak tahu apa-apa,sedangkan gambar yang dilihatnya adalah gambar intan.

“I don’t know. What’s wrong?” intan mengendurkan suara. Sungguh, dia sendiri rasa tak sedap hati semacam je ni. Apa pulak la masalah yang bakal menimpa. Sesungguhnya dia takut untuk merasai kehilangan itu.

Ya Allah,bantu lah hamba-MU ini. Afiq merintih dalam hati. Punat merah telefon di tekan. Dia perlu bertenang. Tak mahu terburu-buru. Nanti bimbang akan memakan diri sendiri.

Intan sudah mula menggelabah. Sudah la afiq tanya apa yang dia tak tahu. Afiq pula mematikan talian tanpa meneruskan soalan tu. Intan buntu. Afiq pula tak menjawab panggilannya,walaupun dah berkali-kali nombor afiq di dail.

Intan mengeluh. Tak tahu apa yang harus dia lakukan,nak tanya mak ayah dia,rasa macam pelik semcam je. Tak kan la nak libatkan mak ayah pulak. Nanti makin porak peranda la kehidupan. Akhirnya ,dia terus menekup muka dengan bantal.

Afiq melonggarkan tie dengan kasar,panggilan intan tak di jawab,walaupun dia sangat ingin menjawab,tapi dia tak bpleh menjawab. Tak tahu apa jawapan jika intan bertanya apa maksud soalannya tadi.

Lalu langkah nya di atur ke meja setiausahanya, “ada sesiapa masuk office saya awal pagi tadi?” bertanya sambil mengangkat keningnya. Dia mahukan kepastian itu.

“tak ada ,encik “ pantas setia usahanya itu berdiri dan menjawab. Sangat menghormati ketuanya seorang itu.

“ha..” dia mengeluh.

“kenapa ye?”

Afiq menggelengkan kepalanya. Tak mahu mengheboh-hebohkan.

“saya balik awal hari ni.” Selepas menuturkan ayat itu,dia terus ke bilik,mengemaskan barang dan mahu terus pulang. Habis melayang semua moodnya. Tapi kerja tetap kerja. Kerja-kerja yang tertangguh di bawa pulang, berharap dia akan lebih tenang malam nanti untuk menyiapkan kerja itu.

 ******

Bai-bait perkataan di dada skrin telefon di baca dengan penuh hati-hati.

 “ dear, I’m sorry. Saya nak bersendirian. Forgive me.”

Kenapa dengan afiq? Dia bermasalah kah? Ah!!! Ape ni? Nak buat kerja pun tak senang. Serabut betul la.

Telefon di campakkan ke atas katil dan ikuti dengan dirinya yang menghempaskan tubuh di atas katil. Dia memerlukan ketenangan untuk mengulangkaji. Dia tak boleh terus terusan macam ini. Nanti makin parah.


 **********

Seminggu dia menyepi , sms intan tak di balas dan panggilan intan pada minggu lepas tak di hiraukan. Dia amat tertekan. Dia afiq masih tak berdaya, tak mempunyai kekeuatan lagi untuk bercakap dan berhubung dengan intan,walaupun sehari bagaikan setahun dia merindui gadis itu.

Telefon di atas meja di capai. Apa harus dia lakukan. Dail nombor intan ataupun tidak?

Beberapa minit,nombor intan tetap tak di dail. Rasa gementar pula. Pantas,jari jemarinya mencari inbox. Mahu di car isms yang di terima dari intan beberapa hari lepas sebelum intan menyepikan diri.

“if in ada buat salah. I’m sorry. And truly sorry jika
saya tak mampu gembirakan awak. L

salah dia ke sehinggakan intan berfikir sebegitu. Tapi dia tak sengaja. Dia amat menyayangi intan. Dia tak sanggup berpisah dengan intan. Bimbang kemungkinan itu akan berlaku.

Kali ni dia tal boleh teragak-agak lagi,nombor intan wajib di  dail. Namun, dia hampa,panggilan itu tak berjawab walaupun banyak kali di  dail. Apa intan merajuk? Terasa dengan dia? Ya Allah, apa aku dah buat ni.

Dia mesti tabah.

“taka pa fiq,mungkin intan tengah ada kerja” dia berkata pada dirinya sendiri. Dia tak boleh buruk sangka.

Intan hanya mampu memandang skrin telefon itu. telah ditetapkan di hati bahawa dia tak kan menjawab panggilan afiq. Hati dia amat terasa dengan sikap afiq kerana tak menjawab panggilannya beberapa hari lepas.

“padan muka! Rasa kau! “ intan marah. Macam lah afiq mendengar. Benar,hati dia mudah terusik sekarang dengan sikap afiq. Mungkin sebab dia dah dapat merasa afiq sebahagian dari hidupnya.

Pantas di ambil bantal dan di tindih di atas telefon itu,puas hati dia. Untuk reject panggilan itu dia tak sampai hati. Dia mahu melihat sejauh mana kesungguhan afiq nak menghubunginya.

“aish! Asal dia ni tak anngkat ni. “ afiq menggaru kepala,dia tak bijak dalam mengendalikan hal-hal macam ni. Selama ni intan tak ada pula buat hal macam ni. Buntu ni.

Di  dail lagi nombor intan sampai berpuluh-puluh kali,masih tak berangkat. Aduh… dia kena bijak . nanti malam la telefon balik. Hehe…. Dalam hati dia berharap sangat intan menjawab panggilannya malam nanti.

Selesai sahaja menunaikan solat isyak,afiq terus membelek telefonnya.

‘kalau aku guna telefon aku,kan dia tak angkat pulak’ afiq masin bermonolg dengan dirinya sendiri.

‘tak boleh jadi,so?’ dalam kepalanya ligat mencari cara. ‘tak kan nak guna mama?’ …’tak boleh’ . kepalanya di geleng.

“yes!” melompat afiq setelah beberapa minit berfikir. “asal la lampi sangat ni. Guna telefon rumah. “ dia menjongketkan keningnya.

Pantas nombor intan di  dail. Tak lama kemudia, panggilan bersahut, “assalamualaikum mak cik.”

Afiq diam. Dah agak dah. Ni mesti dia ingat mama yang telefon. Nak mengelak dengan aku yer. Pandai kau ea.

“waalaikumussalam cik intan.” Jawab afiq,di lembutkan sedikit suara seperti suara seorang pondan.

Menyerbu darah ke muka intan. Afiq! Talian terus di matikan.


Sunday 18 December 2011

kesempurnaanmu bukan keinginanku 22



Sesekali afiq bersin. Mungkin di sebabkan agak lama kehujanan tadi. Rasa  menggigil tubuh nya. Pada ketika itu,tok man sudah masuk ke bilik yang di huni afiq jika bertandang ke Terengganu.

“demam ke fiq?” lalu dahi afiq di sentuh dengan tapak tangannya. Panas.

“panas ni.tok panggil intan” pantas tangan tok man di capai. Dia tak mahu menyusahkan intan. Nanti kebah la demamnya. Bukan teruk pun.

“tak yah la tok. Sikit je ni” afiq menyakinkan tok man. Tak mahu tok man risau tentangnya. Apa lah sangat demamnya ni. Lagi pun , yang penting tujuannya ke sini,mahu bertemu mata dengan intan. Sudah agak lama tak di tatapi wajah itu,rindunya makin membuak-buak.

 Namun,kata-kata afiq tak dapat mematikan langkah tok man yang sudah keluar mencari intan.

Intan yang dari dapur sudah menapak ke ruang tamu apabila mendengar tok man melaung namanya. Entah apa yang dikehendaki tok man un dia tak tahu. Sebelum ni tak de la pulak tok man bersemangat sebegitu memanggilnya.

“ade ape tok?” sambil menyingsing lengan bajaunya yang sedkit basah ketika berada di sinki tadi.

“ada pun kamu”

“tolong tengokkan afiq tu. Panas badan dia” kata tok man.

‘dah agak dah,mesti kait dengan mamat tu. Maklumlah,cucu kesayangan la katakan’ intan mengomel dalam hati.

“ape lagi” tok man menunggu di hadapan intan. Tiada cara lain.intan mengorak langkah ke bilik yang didiami afiq.

Dengan lafaz basmalah,intan melangkah dengan kaki kanan ke bilik. Ape ke takutnya nak masuk bilik itu pun dia tak tahu.

Tatkala itu,tok man sudah ke dapur bersama yang lain. Kini hanya mereka berdua di bilik itu. Seram sejuk la pulak. Jika berdua perempuan dan lelaki,mesti lah ada makhluk ketiga. Of course syaitan. Intan berdoa dalam hati agar dikukuhkan lagi imannya tatkala ini.

“awak demam ke?” kekok pula kali ni bila berdepan dengan afiq.

Afiq pun seperti dia juga ke,kekok. “er…tak de la”

Intan melabuhkan punggung di sisi afiq ,lalu dari afiq di sentuh,agak panas. “makan ubat la.”. air suam di tuang,lalu dua biji panadol di sua ke mulut afiq.afiq pula tidak menolak.


Seketika,mereka bagai melayan perasaan sendiri,hinggalah intan membuka bicara dulu, “awak tidur la dulu,rehat tau, nanti makin teruk kan demam.” Blanket di hujung kaki di tarik sehingga paras dada afiq lalu di berlalu keluar.

Terasa begitu aneh perasaannya bila berdepan afiq hari ini.bagai timbul perasaan lain di hatinya. Hatinya begitu berdebar-debar tatkala memandang mata afiq,bibirnya juga seakan mahu menjadi bisu.



 ******



Seakan tak percaya yang intan sudah bergelar tunang orang,.

Seakan baru sebentar tadi mama afiq menyarungkan cincin dijari manis intan. Begitu cepat masa berlalu . seakan tidak percaya,dia sudah jauh ,melangkah dalam kehidupan,dari remaja jadi dewasa,dari bujang,dah jadi tunangan orang. Tak lama lagi bakal jadi isteri orang. Itu pun kalau dipanjangkan jodohnya ini la. Dalam tak nak,dia terpaksa akur pada kehendak orang tua.

Dalam hati tu sebenarnya ada  taman,tapi kenapa masih ragu-ragu untuk menyatakan perasaan cinta. Sebab tak pasti pada diri sendiri atau pada tunangan sendiri.

Seluruh ahli keluarga kedua-dua belah pihak dah bersetuju sudah,perkahwinan akan dilangsungkan dalam  masa 6 bulan lagi,sempatla untuk persiapan barang-barang.

Dalam kegembiraan ada kerisauan,benar ke dalam enam bulan lagi dia bakal bergelar isteri orang. Macam tak percaya je. Lagipun di kan dah nak pergi Russia dah ni.

Tetiba,telefon bimbit di atas meja bergetar. Memang sengaja di tukar kepada mode getar sebelum majlis pertunangan pagi tadi.

“hello sayang..” kedengaran suara afiq di talian. Nada memang manja sekali. Sudah beberapa hari dia tidak mendengar suara itu. Rasa rindu pun bertamu juga di hati.

Intan menrengus geram. Tak suka dipanggil sebegitu walaupun sudah bertukar menjadi tunang. “apa sayang sayang.”

“ala…marah la pulak” afiq buat-buat tak tahu.

Intan melabuhkan punggung dikerusi, “ada apa call ni?” sedikit tak berpuas hati nada suara intan. Sungguh,dia begitu penat hari ini.

Hendak di layan semua ahli keluarga afiq yang datang ke majlis pada hari ni. Ni baru pertunagan,entah macam mana la majlis perkahwinan nanti. macam karut je semua yang berlaku. Dalam sekelip mata,semua sudah berubah.



“in,saya mintak maaf la kalau pertunangan ni menyusahkan awak.” Dalam hati afiq kadang dia berasa bersalah pula. Terasa pertunangan ini bagai di paksa walaupun dia mendengar khabar dari ahli keluarga yang lain,intan amat baik dan sopan santun melayan semasa majlis pertunangan tadi.

“itu aje?” intan malas membangkitkan isu yang boleh menyerabutkan masalh dalam kepalanya. Masih banyak perkara yang perlu difikirkan selain dari majlis pertunangan yang telah berlangsung hari ni. Lagipun,dia sudah sah bergelar tuning afiq. Apa lagi yang perlu dibangkangkan.

“in.plis…” afiq merayu.

“afiq,if you love me,please understand me. I need rest now…” intan sudah berkira-kira mematikan talian.

“but…” aifq masih tak berpuas hati.

“no but plis…. Pasal pertunangan ni,kan dah lepas dah kan.so,terima seadanya,. Saya tak ada masalah. Melainkan diri awak. Ok…sleep well.nite.” selesai menuturkan ayat dan memberi  salam,talian terus dimatikan,begitu juga, punat  ‘silent’ di tekan.

Dia memerlukan ketenangan dan rehat yang cukup. Esok dia perlu ke bandar untuk mencari  barang-barab untuk di bawa semasa sambung belajar nanti.



 *********

“intan!!!” kuat namanya dilaung. Sakit kepala seakan semakin menjalar disegenap saraf otaknya. Siapalah yang memekak di pagi-pagi ni.

Dari berbaring,intan duduk sambil mengenyeh matanya,sungguh dia masih mengantuk. Seakan baru sebentar tadi dia tidur.

“in??” ibunya sudah berada di muka pintu.

“ape?” intan blur-blur.

“kenapa tak cakap afiq nak datang sini tengah hari ni?” geram mak imah dengan anaknya,susah sangat nak buka bulut pasal afiq.

“datang sini?tengah hari ni” intan terus bangkit. Mengemaskan cadar. Dia pun tak tahu menahu pasal tu.

Mak imah merapati intan, pipi anaknya itu di cubit, “mamai lagi ke ni. Dia cakap nak datang,kalau tak, tak kan mak tanya kamu sekarang ni.”

Sambil mengosok pipinya, “ sakit la mak. Tak de dia cakap pun, lagipun tengah hari, lambat lagi nak sampai.”selamba betul intan.

“pagi  apa benadanya,dah pukul berapa ni? Dia dah tercongok kat luar ,duk sembang dengan atuk kamu tu. Kamu je asyik membuta.

“hah?tengah hari?” pantas jam di meja di hujung katil di capai. Tak sangka,dah dekat pukul 12 tengah hari. Macam mana la dia boleh tidur mati. Sungguh,ingatkan masih pagi. Dahsyat betul la.lepas zohor nak gerak ke bandar pulak. Tentu kelam kabut.

“kamu ni.cepat bersiap. Afiq nak ajak kamu keluar.” Mak imah terus berlalu.

“keluar? Nonesenses…” apala masalah dengan afiq ni,tup tup nak ajak keluar. Tak de angin tak de ribut.datang sini.

Cepat-cepat intan menuju ke bilik air. Membersihkan diri. Terasa segar seluruh badannya disirami air sejuk itu.

Lima belas minit kemudian,intan keluar ke ruang tamu dengan sempoi dengan,dengan seluar slek dan t-shirt lengan panjang.


“ada apa datang sini hari ni” intan memulakan ayat setelah ditinggalkan berduaan tadi. Sugguh,dia langsung tidak tahu menahu tentang kedatangan afiq. Tak ada la pulak afiq memberitahunya semalam. Mamat ni memang sengaja nak sakitkan hati aku ni. Nasib baik la dah jadi tunangan, kalau tak, mahu kena marah ni.

Afiq tersenyum. Akhirnya keluar juga bicara dari bibir intan. “kan saya dah text kan kat awak,nak ajak keluar gi Bandar” . afiq tersenyum. Mungkin kah intan tak membacanya.

“mana ada. Sengaja ea reka cerita” dalam fikirannya berfikir ligat. Afiq hantar sms, bila, tak dengar pun… wait!! Hanset aku mana?

I see men,dalam laci ,dah la silent,macam mana nak dengar. Tu la,penat sangat semalam sampai tak ambil tahu hal dunia langsung. Dia tergelak sorang-sorang.

Afiq terpinga-pinga melihat intan tersenyum sendirian. “kenapa ni?”

“tak de apa.” Kedua-dua diam. Tak tahu apa yang nak di bualkan.

“so,boleh tak keluar ni?” afiq masih mahukan jawapan dari intan.

“hah?” intan buat-buat blur. Sebenarnya,dia lebih selesa keluar sendirian dari berteman.

“boleh keluar tak ni.” Suara afiq di kuatkan sikit.

“penting ke awak nak ikut saya” intan menjongketkan keningnya.

“ikut awak?ke mana?” afiq rasa macam pelik pulak ayat intan. Nak ikut intan ke mana? Aku yang ajak ,kenapa aku yang kena ikut. Apa kena dengan intan ni.

“hah?”
“tak,I mean,kita nak ke mana” intan sudah gabra,silap mulut sendiri,nasib baik tak pecah lubang.

“o… ke Bandar la. Makan-makan” afiq mengiakan ayat intan itu.

“nanti lepas zohor la.jom la naik. Panas ni.” Ajak intan lalu dia menapak ke tangga rumah.

Afiq melonjak kegembiraan,tak sangka mudah pulak intan untuk diajak keluar. Tanpa paksaan apa-apa. Mungkin ni peluang awal untuk dia kenali intan lagi mendalam. Lagipun, nanti intan dah nak ke luar Negara. Apa lah sangat meluangkan masa sehari bersama tuning kesayangan.


 *****************

“afiq,intan mintak maaf la kalau kelakuan intan ni tak selesa afiq.”

Afiq yang tadi duduk menghadap lautan memalingkan wajah menghadap intan. Apa yang ingin intan beritahu sebenarnya. Macam serius semacam je. Tak pernah pulak dia rasa intan bercakap sebegitu. Serius,tapi penuh sopan dan lembut. Afiq diam,mahu mendengar dengan teliti ayat-ayat mahu dibicarakan oleh intan.

Intan terasa berdebar pula,tadi bukan main berani nak meluah,ni gabra tahap cipan da.

“teruskan.fiq dengar ni” afiq memberitahu.

Nafas ditarik dalam-dalam dan perlahan-lahan dilepaskan. “yela. Intan tau,selama ni intan dingin dengan fiq kan.”

“urmm…” aifq mengiakan.

“intan bukan apa,tak selesa,lagipun kita kenal bukan rapat sangat pun kan. Kenal gitu-gitu je kan. Jujur la intan cakap,intan pun tak tahu macam mana masa boleh secepat ini sehingga kita pun dah bertunang sekarang.” Intan mengeluh.

Afiq tersenyum, “ intan ,tulus dari hati,fiq sangat saying kan intan. Tak percaya,belah dada ni” semangat afiq menunjukkan dadanya.

Intan tersemyum. “ intan bukan apa fiq,intan takut perasaan fiq tu tak lama.lagipun,intan dah nak ke luar Negara tak lama lagi, dua tahun mungkin intan kat sana.”

Afiq tersenyum. “intan tak percaya pada kasih saying fiq?”

“huh… bukan macam tu,intan pun tak pasti apa pulak yang akan berlaku pada masa akan datang kan,tapi intan ada dengar,semasa bertunang ni banyak dugaan, apatah kita ni,nak tunggu intan habis belajar lagi.

Afiq tergelak,mungkin intan dah lupa yang perkahwinan mereka dah ditetapkan. Bukan 2 tahun akan datang ,tetapi tak sampai enam bulan dari sekarang. Semakin cepat,semakin di setuju,bimbang bidadari hati dikebas orang lain bila jauh nanti.

“kenapa gelak?” intan blur. Lawak ke ayatnya hingga afiq boleh gelak sebegitu pulak.

“in,my love,kita akan kahwin dalam 6 bulan la. Bukan dua tahun.” jelas afiq.

Intan terkejut. Yeke? Kenapa dia tak tahu, atau dia lupa. Atau mak ayah lupa nak cakap.

“tapi,intan kat Russia masa tu.”

“ada cuti semester kan. Jadi masa cuti la balik sini,kahwin.”

Intan menggaru kepalanya. Mana la nak cari duit,bukan murah tu tambang walaupun dalam banknya ada duit,seakan membazirla pulak.

Afiq memandang muka intan yang berkerut-kerut memikirkan sesuatu. “pasal duit??” afiq tahu,intan tentu fikirkan pasal itu.

“tak de la. “ intan masih membangkang. Tak kan la nak tunjuk dia ni tak de duit.

“nanti tempah tiket awal-awal,murah sikit. Jangan risau,saya bagi sponsor penuh tambang awak k. first class gitu.” Afiq mengangkat ibu jari pada intan. Sungguh,dia rasa sangat gembira.

“jom la bali, dah lewat ni” intan mengajak,lagipun dah dekat maghrib ni. Nasib baik barang-barang yang diperlukannya untuk ke luar Negara nanti dah dibelikan. Solat pun sudah. Senang sikit kerja.

Lambat-lambat afiq bangun menurut langkah intan yang sudah ke depan menghampiri kereta. Sungguh,dia bahagia hari ni.

Sunday 11 December 2011

kesempurnaanmu bukan keinginanku 21


“In dengan afiq dah baik ea?” tanya nek wan yang melihat intan keseorangan di pagi itu. Intan sudah beberapa hari di kampung sebelum seminggu lagi akan bertolak ke luar negara. Peluh di dahi belum di lap. Mungkin masih mahu terus menyapu sedikit sampah di halaman.

“kenapa nek tanya macam tu?” intan sebenarnya malas mahu membangkitkan hal nya dengan afiq. Biarlah hal itu hanya antara mereka berdua sahaja yang tahu,tak perlu melibatkan family. Lagipun afiq sudah dapat menerima kenyataannya.

“urm,nek bukan apa. Sebelum tutup mata ni,nak  tengok la in ni kahwin,ada anak” itulah niatnya, jika diizinkan.dia nak melihat intan kahwin dan ada anak.

‘jauh betul nek wa ni fikir,uish,dah la bagi ayat semacam je’ . intan sudah tak senang duduk.apa la nanti diminta nenek nya.jangan suruh kahwin cepat dah la.

“nek ni.in kan nak belajar lagi ni.nanti sampai jodoh,kahwin lah nyer.”

“afiq kan ada.tak salah pun kalau kahwin dulu”

Intan meguis seliparnya, “ er..bukan …”

“ala,tak pun ikat dulu taka pa. tunag je dulu. Tak de la risau sangat hati nek ni bila in dah bertunang.” Besar harapannya cucunya bersanding bersama afiq.

Tak tahu ayat apa dah nak di perkatakan. Dia tak dapat idea.plis la idea. Time macam ni la tak nak datang. Nak kena ni.

“hah.mak setuju tu” mak cik imah sudah melabuhkan punggung di sebelah intan. Dari tadi,dia hanya menjadi pemerhati dari jauh. Tahu sangat apa yang mahu di perkatakan pleh ibu mertuanya itu. Apa tak nya,dah berkenan sangat dah dengan bakal cucunya itu.

‘mak ai! Datang pulak dah mak ni. Time macam nil ah dia datang.apa la nak jawab ni’ . intan hanya tersengih. Menayangkan barisan giginya.

“yang kamu tersengih tu kenapa? Dah taka de modal?” peril pak farhan pula.

‘aik misi memperkenakannya beramai-ramai ke ni. Ni belum tok man lagi. Sakit. Sakit. Memang tak de modal la.’ Tak baik berkompromi macam ni.

“yela ayah.tak de modal le.sebab tak tahu nak bukak bisnes ape.” Intan sudah mela kelentong. Memutarkan ayat entah ape ape

“nak kelentong ape la pulak”

“hah..jangan nak mengelak lagi”

“bila lagi nak kahwin ni?”

Satu demi satu butir bicara keluar dari pak farhan,mak cik imah dan nek wan. Hanya tok man je yang diam. Tahu benar dengan tok man tu,tak menyampuk lagi,nanti sekali bagi ayat,dah tak boleh nak balas. Auish. Ni mesti kerja afiq ni. Duk pujuk family aku ni.kurang asam jawa betul mamat sekor ni.

“ape ni. Tak aci tau kene kan in cam ni” intan buat-buat merajuk.

“kamu merajuk la sorang-sorang,dua hari lagi majlis meminang” kata mak cik imah. Intan sudah berdiri. “apa mak?”

“jangan ape  ape la.muktamad dah. Bertunang terus”pak farhan terus menghidupkan enjin kereta, mak cik imah mengekori. Mahu ke pasar mencari makanan basah. Dan nak cari barang rumah katanya. Entah apa la pulak nak di boring orang tuanya. Siap berpesan supaya makan tengah hari lambat sikit. Sah-sah membeli sakan.

Intan sudah duduk bersila di atas tanah. Hatinya sudah membengkak. Namun di tahan lagi,mahu menjaga adab lagi di depan itu bapa.

“tok,dengan sapa?”

Tok man yang duduk santai di situ menangkat kening.

“apa ni main-main angkat kening.” Intan sudah mula bengang.

“yela.ape yang sape?” intan geram.

Tok man tergelak. Intan ni,sudah gaharu cendana pula. “pengarang jantung kamu la”

“sapa?” intan berfikir. Sesaat. Dua saat. “afiq?”

Pantas senyuman dan anggukan kepala tok man. Tau dah semua happy. Dari air muka dah tahu. Kalau tak,tak kan la beria-ria nak surh bertunang jika sembarangan orang. Intan terus naik ke rumah.

“kenapa dengan awak ni?” ayat pertama terlncur sebaik mendengar suara afiq di talian.

Namun afiq diam. Dan diam itu lah membangkitkan lagi kemarahan intan.

“pekak ke?” sudah keras dan kuat nada suara. Nasib baik la nek wan dan tok man berada di rumah mereka. Kalau tak,dah terjengul muka mereka berdua apabila mendengar suara intan begitu.

“oh,main-main yer” intan mengetap bibir. Jika afiq di hadapannya tentu dah di hempuk dengan kertas surat khabar di hadapannya ini.

“jap” sepatah sahaja suara afiq.

“jap .jap.”apa la yang tak kene ni. Talian terus di matikan. Tiada mood nak menunggu lagi lama. Afiq bukannya nak mendengar leterannya. Ni buat sakit ati ni.

Beberapa minit selepas itu,telefonnya bordering. Sudah tahu siapa pemanggil. Intan terus ke dapur.malas melayan panggilan afiq. ‘tu la,aku telefon tak mau cakap,biar kau rasa’. Kali ini,otak intan dah di kaki,hanya kemarahan je di hati.

Kemudiannya,telefon rumah pula berdering. Tedy bearnya yang di usung dari bilik di peluknya. Beberapa minit,dia sudah di buai mimpi.



 ******


“intan?” pak farhan sudah melaung dari tangga. Melawan bunyi air hujan yang membasahi bumi semakin lebat. Dari pecan tadi lagi hujan sudah mula turun. Nasib baik la semua barang sudah di beli. Dan makin menjadi-jadi apabila tiba di kampong.

“intan?” pak farhan menguatkan lagi suaranya.

‘ish.mana la budak bertuah ni. Orang panggil tak dengar-dengar. Pekak kea pa. bukannya nak tolong angkat barang’ pak farhan sudah mengomel  dalam hati. Manakala mak cik imah sudah menapak ke tempat duduk belakang. Mahu mengambil semua barang yang di beli tadi.

Sebelah tangan memegang payung,sebelah lagi mengambil barang. Pak farhan sudah berlalu apabila tangan sudah penuh membimbit plastik .

“hah?”

“bertuah punya anak.tidur pulak dia” pak farhan melepasi intan lalu ke dapur.

Setelah meletakkan barangan yang di bawa tadi,intan di hampirinya, “intan,bangun” lalu di tarik bear kesayangan intan dari pelukan.

Intan menggleliat sedikit. Kali ni pak farhan sengaja menolok tubuh intan,lalu intan jauh dari sofa.

“hah.dah sedar pun. Kenapa tidur ni. Pergi tolong mak kamu angkat barang” intan yang mamai hanya menurut.

Ketika itu juga mak cik imah sudah di tangga,nah,ambik ni. Tanpa sepatah bicara intan mengambil barang dan di bawa ke dapur. Selesai meletakkan semua barang,dia ke kembali mendapatkan sofa dan menyambung lenanya yang terganggu.

“aik,anak awak tu bang,sambung tidur balik” mak cik imah mengelengkan kepala melihat tingkah intan. Kekadang dah boleh jadi mak orang,tapi kadang-kadang macam budak sekolah rendah.

Telefon intan pula berbunyi menarik perhatian kedua orang tua itu, “kalau dah tidur,guruh kat luar tu pun tak dengar” langsung tak di usik telefon itu.

Tok man dan nek wan sudah mendaki tangga rumah.mungkin takut berada di rumah mereka memandang hujan makin lebat. Sesekali kedengaran guruh berdentum. Keadaan di luar sudah kian gelap walaupun jam baru menginjak ke angka angka satu tengah hari. Mentari pun sudah tiada Nampak sirnanya.

Sayup-sayup kedengaran telefon berbunyi membuatkan tok man melangkah sedaya yang mungkin untuk menjawab panggilan itu,siapa la pulak menelefon masa hujan ni.

“hello?pak cik?” suara di talian tak begitu jelas. Tapi masih boleh di dengari.

Tok man sudah menggaru kepala.makin berusia ni,makin bermasalah la pendengaran .” sapa?nak cakap dengan sape?”

Namun,sepatah habuk tak di fahami. Ganggang bertukar tangan.

“hello?”

“pak cik.fiq ni.” Semakin kuat suara afiq,melawan suara hujan lebat di luar kereta.

“sape?” pak farhan juga sudah menaikkan volume suaranya.

“afiq” afiq menahan sejuk . apalah nasibnya,masa macam ni la nak rosak keretanya.

Pak farhan diam seketika, “ afiq. Kenapa?” pelik pula memikirkan.

“ni fiq kat kampong ni. Tapi tak sempat nak sampai kereta ada masalah la.rosak kat tepi jalan pulak” afiq memberitahu. Dia sudah tiada cara . dia bukannya tahu sangat membaiki kereta. Bukan bidangnya.

“kat mana tu?”

“kat depan ..ape entah. Nak cakap pun tak tahu.tolong ambik fiq boleh.sejuk ni” suara pun sudah terketar-ketar.

Talian terputus. ‘ mak ai.bateri la pulak habis’. Streng gereta di tumbuk,melepaskan marah.

“imah,saya nak pergi ambik afiq,katenye,kereta rosak kat hujung kampong” pak farhan sudah bersiap nak turun ke halaman, gugusan kunci kereta di capainya.

“afiq datang sini?”

Pak farhan mengangguk.

“bang,awak nak bawak kereta.hujan ni” perihatin sungguh mak cik imah. Bukan apa.suaminya dah makin berusia.mata pun bukannya elok sangat nak bawak kereta hujan-hujan ni .

“ye lah”

“risau saya.mata awak tu bukannya cerah sangat dah”

Pak farhan mengangguk.mengiakan kata isterinya. Tapi,tak kan la nak di biarkan afiq di situ keseorangan,tentu sejuk. Nanti tak pasal-pasal sakit. Nak tunggu hujan berhenti,berapa jam lagi pun tak tahu.

“apa kata kejutkan anak dara sorang tu.” Tok man memberi  cadangan. Hatinya pun turut risau jika pak farhan sendiri memandu.

“betul kata tok man kamu tu” nek wan pula menambah.

Lalu intan di kejutkan walaupun agak liat untuk bangun.


 *****


Dalam hati,pelbagai sumpah seranah dihadiahkan kepada afiq,walaupun afiq bukannnya di depan matanya untuk mendengar. Sewenang-wenangnya tidurnya di ganggu.

‘afiq ni pun.kereta dia pun,apasal la nak mampus masa ni’ intan mendengus geram. Tak pasal-pasal dia di minta untuk mengambil afiq di hujung kampong. Hujan pun boleh la tahan lebat. Kalau mari dengan pak farhan boleh blah lagi. Ni sorang-sorang. Adesh.

Silauan lampu kereta yang semakin dekat membuat afiq mengangkat kepalanya yang dari tadi matanya duduk melilau melihat apa yang tak kena dengan keretanya.

Nak di kata kereta buruk,memang tak logic. Tak servis? Aii..memang nak kena ni mekanik tu,baru seminggu lepas servis kereta.

Intan keluar dari perut kereta sambil memegang sekaki paying. Melindungi diri dari basah hujan yang tak henti dari tadi. Meskipun hujan agak lebat,tapi tak mampu menyejukkan hatinya yang tengah marah terhadap afiq.

“duk tercegat kat situ tu lagi kenapa?” marah intan melihat afiq yang hanya melihatnya.

Afiq masih diam. Tak sangka pula,intan yang datang,bukan pak farhan. Tapi, tak kan lah intan yang nak menolong membaiki kereta. Doctor jadi mekanik? Perempuan lak tu. Haha. Afiq ketawa dengan telahan akal nya yang belum pasti betul atau tak itu.

Intan menghampiri afiq, “tersengih-sengih” . intan geram. “macam mana kereta boleh rosak?” tanya intan.

“mana saya tau. Dah nak rosak” afiq membuat muka selambanya sahaja. Sudah tau dengan perangai intan yang satu tu.

“mana tau. Mana tau. Lain kali servis.”

“hah.?apa sal awak datang sini?” intas sudah mula mengajukan soalan. Memang banyak persoalan yang bernain di fikirannya dari tadi. Dan tak terjawab lagi. Musykil juga melihat afiq tetiba muncul di kampungnya.

Hah sudah,dah mula nak tahu tu. Nahas ni . “urm…”

“urm apa? “

“sajeje.nak datang jenguk tok man” dah lgik dah rasanya alasan tu.

Intan menjeling. Ye ye or la tu nak datang jenguk tok man. Tak munasabah.

“nak tercegat kat situ lagi?tak nak balik?” intan mematikan langkah apabila afiq tidak mengekori langkahnya.

Afiq tersengih, “my car?”

“bak sini kunci” intan masih belum menunjukkan ura-ura untuk bertolak ansur dengan afiq.

Afiq hanya menghulurkan kunci.

Dalam masa yang sama.muncul seorang lelaki lalu bercakap serba sedikit dengan intan. Entah apa yang di bualkan pun afiq tak tahu sebaab apabila lelaki itu je mucul,intan terus berjumpa dengan lelaki itu,tanpa berpayung.

“apa tengok-tengok? Masuk la.” Intan masuk ke seat pemandu.afiq masuk di sebelah seat pemandu.

“kesian kat awak.” Datar suara afiq.sungguh,dia kasihan kan intan. Kerana dia intan terpaksa ke sini. Selang beberapa minit.kereta menderum laju di jalan.

“ambik towel kat belakang.”

Afiq hanya menurut tanpa sebarang kata. Lalu tuala itu di hulur kepada intan.

“apasal bagi saya? Awak lap lap la air hujan kat tubuh awak tu. Nanti tak pasal-pasal demam.” Dia memokuskan pandangan matanya pada pemanduan jalan yang agak gelap. Mungkin bekalan elektrik terputus sebab guruh agak kuat tadi. Walaupun bukan waktu malam,jarak penglihatannya agak terhad.

“tengs in” sungguh,dia amat berterima kasih pada intan kerana sudi menolongnya.

“urm…”

“sebe…….”

“diam boleh tak?” intan memotong kata-kata afiq.’ Dalam hujan ni la nak cakap .dari tadi tak nak cakap la. Dah la guruh duk tum tam kuat’. Intan mengomel dalam hati. Tersa bergegar urat nadinya sekali guruh berdentum.

“okey” afiq mengalihkan oandangan pada luar tingkap. Sungguh cermat pemanduan intan. Sepanjang perjalanan selepas itu,hanya di temani sepi.

kesempurnaanmu bukan keinginanku 20


“intan,kenapa ni”

Selepas talian dimatikan,intan menangis,ain yang kebetulan keluar dari dapur setelah mengambil sedikit minuman untuk mereka berdua sedikit terkejut.

“intan?”

“huk!huk!” intan masih dengan esakan tangisan.

“sabarlah,Allah bagi dugaan tu pada sesiapa yang mampu sahja tau.” Ain sudah mengeluarkan ayt-ayat semangat.. Mahu intan sedar dan tabah dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang ada masa baik dan ada masa buruknya.

“entah la ain,intan tak tahu nak buat apa dah” intan sudah tak tahu apa yang patut dilakukan,nak bertunang,dia memang tak kisah walaupun kurang pasti dengan perasaan sendiri,kerana bukannya kahwin,tapi, ugutan mastura? Bimbang juga jika mastura bertindak diluar kawalan.

“intan sayangkan afiq kan?”

Intan disebelah diam.tak tahu jawapan apa yang patut diberi.

“pada pandangan ain la kan,intan bukan tak mau bertunang kerana tak sayang  atau apa-apa berkait perasaan,tapi perkara lain” memang pandai intan menduga. Tapi intan tak mahu membuka cerita secepat itu,selagi dia mampu menanggung,biarlah dia menanggung sendiri dulu. Lagpun,tak mau libatkan ain dalam hal ni.

“kalau intan tak mau cerita taka pa la.tapi kalau nak share dengan ain,anytime k” tak sangka rupanya teman serumahnya seorang yang pandai berhujah dan seorang yang perihatin.

“insyaAllah nanti intan bagitau . “ tak mahu mengguriskan hati temannya itu.

Alah. Tak salah pun bertunang,tapi …ah…karut …


“hello?”

“hello?”

Intan sudah naik bengang. Dah la tengah serabut. Ada pulak manusia mana yang telefon tengah-tengah malam ni.walaupun dia masih di ruang tamu bersama ain,tapi kebisuan si pemanggil itu membuatkan intan bengang.

“nak cakap tak ni?kalau tak nak,nak letak” intan mendengus. Marah.

“hoi hoi. Garang yer kau perempuan.” Satu suara menyapa. Sinis sekali.

“kau siapa” intan dah hilang budi bahasa.

“aku?kau tak kenal?” kedengaran perempuan itu ketawa besar.

Intan diam.minah sewel tu ke? “kau….kau perempuan tu?” sudah perlahan suara intan.

“hah.bagus pun kau kenal. Aku nak ucap syabas sebab kau sudah tolak afiq” ceria sekali suara itu. Dengan ketawa yang agak kuat. Mungkin sudah berpuas hati.

Intan jadi geram. Uish. Minah ni. Kalau aku bertunagn baru tau. Dah aku cancel jangan la kacau. “whatever” intan sudah berkira-kira nak matikan talian,tapi dihalang mastura.

“kau tak tengok ke keadaan afiq sekarang?”

“hah?”

“aku tengok kekasih lama kau makin teruk je”semakin kuat ketawa

Betul ke afiq begitu sekali? Tak kan la kot. “whatever” walaupun resah,intan masih mengawal nada suaranya.

“malas la aku layan kau.bye”talian terus di matikan.

Betul ke teruk keadaan afiq? Boleh percaya ke kata-kata mastura?

Dia menoleh,rupa-rupanya ain sedang memandangnya. Intan mengangkat kening.

“apa?”

“apa apa?”intan buat-buat tak tahu.

“emmm” ain sudah mengalah.mungkin merajuk.

“alala comel nye ain ngajuk.tomey-tomey” intan sudah beralih tempat duduk.

“mana ada” ain masih dengan sikap selambanya.siaran televisyen dipandang.

“yela tu.so tak nak tau ni sapa call” marah intan pada mastura sudah hilang,mahu dipujuk ain dihadapannya pula.

“tak mau”

“rellly?”

“urm..”

“aik,cam nak tau je ni.nak tak ni?” intan masih bertanya.

Ain diam,”tak mau ,sudah” intan sidah mahu berdiri,tapi dihalang ain. Rupanya ain nak tahu tapi saja nak lihat kesungguhan intan untuk memberitahunya ataupun tidak.

Satu persatu tentang mastura di beritahu kepada ain. Dan intan juga meminta pertolongan ain untuk menemaninya untuk berjumpa afiq esok. Dia amat ingin mengetahui tentang afiq. Sihat kah dia?
Baik kah dia? Atau macam mana?


 *****


“plis la intan .i love you” afiq masih dengan perasaannya.

Afiq  kelihatan amat ringkas sekali. Dengan jean yang sudah agak lusuh dan t-shirt yang agak berkedut,afiq seperti serabut dan langsung tak mementingkan penampilannya seperti selalu. Mungkin kah masalah antara mereka.

“fiq,in faham. Inta dengar tau. Tak pekak lagi” intan tak mahu memanjangkan lagi kisah mereka. Padahal,dalam otaknya sudah banyak ayat direka untuk diberitahu afiq.tapi lidahnya kelu. Telefon bimbit di capai.

“ain,awak tak payah tunggu la saya. Kita jumpa kat runah nanti.” entah apa la mahu dibuat selepas ni pun dia tak pasti. Cuma kerana kasihan kan ain pula sebab pasti akan menunggunya dengan lebih lama jika situasi nya dengan afoq berterusan begini.

“fiq” intas menarik nafas seketika.

“sebenarnya,in sendiri tak tahu nak solve macam mana pasal kita. In rasa…” terasa berat sekali untuk diluahkan. Afiq dihadapannya member focus pada setiap butir bicaranya.” In rasa,kita kawan dulu.” Hanya itu mampu dituturkan buat masa ini.

“im,why mesti kawan. Tak kan tak boleh more than kawan” bahasa pun sudah rojak. Hati afiq tidak dapat menerima jika mereka berkawan. Dia mahu lebih dari itu. Bukan apa,bimbang ramai lagi lelaki di luar sana yang akan cuba mengorat intan.

Intan menarik nafas lagi,macam mana harus di perjelaskan pada afiq bahawa dia tak mahu membina apa-apa ikatan selain kawan.” Kita kawan dulu. Lagipun intan belum sedia.”

Afiq bangun,di ikuti juga dengan intan. Mahu mencari tempat yang lagi selesa,ruang tempat mereka duduk dirasakan sempit dan panas.

“fiq,in bukan apa. Tak mau terburu-buru. “ kini mereka seiring berjalan mengelilingi deretan kedai. Tapi satu kedai pun tak dimasuki. Cuma dilalui sahaja.

“tapi,fiq takut in jumpa orang lain nanti.”

“fiq percaya  pada qada’ qadar kan?” kali ini intan mesti bijak berkata-kata.

Wajah tenang intan di tepi di pandang,kali ni dia memakukan langkah,intan juga begitu, “ tentu lah.apa yang in mahu cakap ni.”

“jika intan ni jodoh fiq,dan begitu juga sebaliknya, percaya lah ,akan hadir satu hari nanti untuk saat bahagia itu” kali ini intan semakin yakin dengan ayat nya.

Afiq kelu. Dia tahu tentang itu,tapi dia tak mahu tunggu lama lagi untuk merasai saat itu. “jika itu yang intan mahu,afiq akan tunggu hingga pintu hati intan terbuka.” Diam sekejap. “ hanya untuk intan selamanya” kali ni semakin tegas pula kata-kata afiq.

“so sorry fiq. Intan….” Intan mula rasa rungsing. Benarkah afiq tetap mahu menunngu nya sehingga pintu hatinya terbuka.

“taka pa.fiq faham. Cuma…” afiq pula terasa sram sejuk umtuk berkata.

“Cuma apa fiq?”

“Cuma,jika intan dah berpunya,bagitau la. Fiq tak kan mengharap lagi.” Walaupun berat,dia mesti kuatkan hati.

Intan tersenyum,kali ini dia dapat rasa,afiq betul-betul ikhlas menyayanginya. “ don’t worry fiq.hati saya still single,but not available”

“not available? “

“means?” afiq menangkat kening.

Intan hanya tersenyum sambil mengangkat bahu. Malas komen lebih-lebih. Dia pun malas menceritakan lebih. Dia sudah mula terpikat dengan afiq.

“intan.bagitau la.” Afiq sudah merengek,pasti mahu mengetahui.

“no.no . and nope. So.boleh saya balik?” intan sudah mahu pulang. Banyak lagi benda yang boleh di buat selain bersama afiq,terutama layan movie dengan ain. Gempak sih..

“sure.dengan apa?” afiq buat-buat tanya.

“cab la.so,see you soon” intan sudah melangkah,melambaikan tangan untuk menahan sebuah teksi.

‘ ni ke perangai intan.makin aku penasaran ni’ afiq sudah tersenyum lega. “ in,saya hantar kan.” Saat itu,intan masih di luar teksi.

“it’s ok. Susah kan awak.” Intan terus berlalu. Tidak mahu dengar apa-apa lagi dari afiq.


Afiq menarik nafas,jika itu keputusan intan,dia mesti terima. Dia mahu menangi permainan  dalam cinta. Mahu menangi hati intan. Mahu memiliki intan.

‘ intan. You will be mine’

‘forever’

Semakin kuat semangat cita-cita itu di dalam hatinya.


 ******

“pastikan keadaan clear dulu” mastura memesan kepada orang suruhannya untuk kali ke berapa dia tak pasti. Dia mahu memastikan rancangannya berjalan dengan lancer.

“baik cik.”

“kau buat baik,duit kau aku bagi kemudian”

“beres” lelaki berusia 20 an itu sudah memakai topi keledar. Misi mesti disegerakan. Makin cepat urusannya makin cepat dia dapat duit.

Sekeping foto di masukkan ke poket seluar. Lalu enjin menderum laju di jalanan.

Mastura sudah ketawa ,misinya tak lama lagi akan Berjaya. Dia pasti akan berpuas hati. Intan akan lupus dari kamus hidup afiq.

“mas?”

Terkejut mastura. Siapa pula yang menegurnya?

“afiq?”

“apa you buat kat sini?” mastura makin gugup. Apakah afiq melihat pertemuannya dengan budak suruhannya. Matilah. Ni la,nak jumpa lagi kat tempat awam. Tak mahu privasi konan. Cehh!! Hampeh… ni ,tengok apa da jadi.

“sajeje jalan. Nampak you tadi. Boyfriend you ke?” afiq sengaja mengajukan soalan. Walaupun dia tak melihat rupa paras lelaki tadi.

“tak de la. Kawan je”mastura buat muka selamba. Melawan rasa gugup.

“so,bye” tak ada apa lagi mahu di tanya .dia mesti pergi.