Wednesday 31 August 2011

bab 19: kesempurnaanmu bukan keinginanku



 “akhirnya”

ikram menrarik nafas lega. Sungguh,semua perkara tentang pemergiannya dan intan melanjutkan pelajaran sudah selesai.tunggu masa bertolak je lagi. Alhumdulilah. Intan di sebelah  hanya diam. Ikram juga tidak berniat mahu bersembang apa-apa,Cuma nanti mahu makan bersama intan kerana tidak sempat menjamah makanan pagi tadi kerana insiden yang tak di sangka itu.

Perut intan sudah mula berbunyi. Nak gastric ke ni? Adesh.. ubat kat rumah. Tu la,lain kali tak payah bawak ubat lagi. Ni semua gara-gara minah tadi la ni. Dah la sakit kepala plus plus pulak dengan perut ni, sakit hati.

Telefon di dalam handbag berbunyi,ikram menghidupkan enjin kereta. Intan pula sudah bersandar di kereta sambil menjawab panggilan. Wajah yang muran tadi bertukar ceria.

“ye mak,tak lama lagi intan dah boleh belajar balik” semangat betul dia untuk belajar lagi.

“bagus la anak mak ni” mak cik imah berkata.niat sebenarnya mahu memberitahu bahawa afiq ada menelefon bertanya sama ada mereka sekeluarga ada di rumah tak hujung minggu ni,amhu di hantarnya rombongan meminang.”err..”

Mendengar kegugupan mak cik imah,intan sudah tidak selesa,tentu ada sesuatu yang ingin di beritahu,kalau tak,tak kan lah mak cik imah bloeh pulak menelefonnya tengah hari ini. Biasanya mak cik imah akan menelefon waktu malam atau lewat petang. “mak?”

“ada apa ni” intas sudah masuk ke kereta.

“afiq ada bagitau kamu?” intan member isyarat agar ikram tidak menggerakkan kereta lagi. Afiq? Bagitau apa pula. Diam sketika. Something. Urm…

Meminang? Zapp… ayat itu sahaja terlintas di fikirannya. “bagitau apa mak?” intan masih mnengawal nada suaranya agar maknya tak mengesyaki apa-apa. Tahap dari seiring naik mendadak rasanya.

“dia kata dah cakap kat kamu.dia nak masuk meminang” luah mak cik imah.

“yeke?” intan masih buat tak tahu. “mak mak.intan ada kerja ni.nanti petang intan telefon balik” selesai salam di beri intan mengeluh. Apaahal dengan afiq ni. Mau cari pasal ker? Aku masih belum beri apa-apa jawapan dia dah naik tocang. Siap.

Nombor telefon afiq di hubungi. Deringan tak berjawab sahaja. Intan naik geram. Saja cari pasal.

Ikram di sebelah di pandang, sungguh setia ikram menanti. “ik,can I drive,plis” ikram menurut sahaja. Tempat pemandu kini sudah di duduki intan. Dengan menarik nafas yang agak dalam,pedal minyak di tekan. Dia mahu ke bangunan pejabat afiq,hal ini tak boleh di biarkan.

“ik,tunggu intan kat restoren mana-mana je.intan ada hal jap. Nanti sms”ikram mengangguk tanda faham.

 selesai sampai di hadapan bangunan. Pemadu sudah berganti. Dalam sekelip mata sahaja, tak sangka di sudah berdiri di hadapan bangunan besar ni. Dia mesti kuat. Lalau langkah di buka menuju ke bangunan itu.

Terserlah bakat terpendam intan dalam bidang memandu. Sebelum ni pun hanya ahli keluarga dan afiq sahaja yang .kini ikram pula. Tapi intan langsung tak kisah.

“boleh saya jumpe encik afiq?” intan sudah melalui lif dan kini berada betul-betul di hadapan setiausaha afiq.

Setiausaha afiq itu memandang intan. Tak pernah di lihat pula perempuan di hadapannya ini datang ke mari. Tak de gaya macam ahli korporat pun. Tapi baju kurung yang selesa tersarung di tubuh perempuan itu sesuai sekali dengannya.

“cik?” intan memanggil sekali lagi apabila melihat perempuan di hadapannya hanya melihatnya tanpa mengeluarkan sepatah bicara. Tak kan la tengok aku pun sampai gitu sekali. Geram betul .geram pada afiq hamper terlepas pada setiausaha afiq.

“oh.encik afiq attend meeting,jap lagi sudah.ada appointment?” Pandai pula bercakap. Ingatkan dah pekak dan bisu tadi.

“saya nak jumpa dia nanti. tak de.tapi cakap je intan nak jumpa” sehabis manis dia menujukkan eksperesi muka . tak mahu di kata sombong.

Melihat pandangan mata setiausaha afiq itu ,intan menoleh ke belakang. Di lihatnya afiq menapak kea rah mereka.

Terkejut juga afiq melihat intan tercongok di pejabatnya. Tak sangka. Tapi tentu ada sebab yang membuatkan intan sehingga ke mari.

“encik afiq…” belum habis di tuturkan ,afiq sudah memintas.

“tak apa.saya tahu” pintu bilik di buka dan afiq membenarkan intan masuk dahulu sebelum di turutinya di belakang.

“welcome to my office” afiq mendepangkan tangan dan mengalu-alukan kedatangan intan.

“yeah” intan membuat muka bosan.

Afiq sudah menarik kerusi untuk intan. Romantic sekali. “ why?”

“awak tanya saya kenapa?saya datang ni nak tanya kenapa kalau awak tak kisah nak berbincang di sini.”  Afiq sudah mengagak,tak kan dijejeki bangunan ini jika tiada niat penting oleh intan.

“saya tak faham.” Afiq masih memikirkan apa pula salahnyaa.

Intan menjeling,nada suara masih di kawal “ kenapa cakap kat mak saya kata awak nak masuk meminang? “

Tergelak afiq.rupanya itu lah punca intan ke mari.” Ok. Listen hear dear” meluat di telinga intan.

“saya dah tanya awak kan.awak diam je.kata-kata orang dulu,kalau diam tanda setuju” afiq masih dengan ketawa yang bersisa.

Memang afiq pernah bertanya,dan dia diam sahaja. Tak kan itu di namakan setuju. Mengarut! Mengingatkan kejadian pagi tadi,intan lagi takut,bukan apa,tak mahu berlaku pertelingkahan kerana seorang lelaki.

“stop it” intan serius.

Terus mati ketawa afiq. Serius benar muka intan kali ni. Teruk sangat ke perkataan ‘ meminang’ pada pandangan intan.

“jangan teruskan niat awak tu.nanti awak menyesal” intan terus bangkit . mahu berlalu di situ. Selagi tak sebut ayat tadi dia tak tenteram.tapi sekarang dia sudah boleh menarik nafas lega.

“in,plis,saya sayangkan awak” afiq memandang intan.

“itu je permintaan saya” pantas tangan intan di capai afiq. Baru sahaja afiq mahu berkata,telefon intan berbunyi menandakan sms di terima. Tentu nya ikram.

“my hand plis” melihat tangannya masih di pegang afiq,dia mahu membaca mesej.

Restoren tempat biasa

Pantas tangannya menaip ok membalas sms dari ikram.

“in,plis. Niat saya ikhlas” afiq sudah berada di pintu,tak mahu membiarkan intan pergi.

Intan tak mahu kekecohan berlaku di pejabat afiq, “ni pejabat fiq.plis. saya ada hal” intan member alasan. Kebetulan pula pintu di ketuk, terpacul wajah dato’ azmi.

“intan ada sini?” terkejut juga intan dengan kemunculan dato’ azmi.

“a’a dato’. Ada urusan sikit dengan afiq.tapi dah selesai, ni pun nak balik dah” setelah meminta diri,intan terus berlalu. Hati dia sakit kerana afiq tidak mahu terima kenyataan bahawa mereka tidak boleh bertunang.

Dato’ azmi bukan tak dapat rasa bahawa antara afiq dan intan ada masalah,tapi dia tak mahu masuk campur. Kalau tak,tak kan la intan sehingga ke pejabat ini. Mungkin disebabkan afiq mahu meminang atau ada masalah untuk bertunang? Dia sendiri tak pasti.

“fiq ada nak ke mana-mana tak?” dato,azmi bertanya.

“fiq nak keluar jap.nak uruskan hal.” Afiq sudah ke mejanya.

“dengan intan?”” dato’ azmi menduga.

“a’a pa.can i?”

Dato’ azmi mengangguk dan afiq terus berlalu.

“batalkan semua meeting and apa-apa je la. Saya tak balik ofis dah” sepantas kilat pesanan di sampaikan. Dia nahu mengejar intan. Hal ini belum selesai.

Intan seperti menyembunyikan sesuatu.


 *******

“sorry ik,lambat sikit”

Selepas meninggalkan pejabat afiq,intan terus ke restoren yang dijanjikan dengan ikram. Mahu mengisi perut yang sudah makin kuat berlagu. Sudah hilang semua peningnya akibat terlalu ikutkan perasaan mahu memarahi afiq.

“intan,you ni kenapa?kalut semacam je ik tengok” ikram sudah membuka mulut. Maknanya tak lama lagi,aka timbul la persoalan yang bakal menyakitkan jiwanya.

Soalan demi soalan diajukan oleh ikram.tiada apa perlu di rahsiakan. Tentang masalah afiq mahu meminangnya serta perempuan yang ditemui pagi tadi. Semuanya dieritahu kepada ikram. Tiada apa perlu di bimbangkan,ikram pandai menjaga rahsia kawan-kawannya.

“boleh ik tanya sikit.” Ikram meminta persetujuan

“sejak bila pulak nak tanya kena mintak kebenaran ni.tanye je la” dengan ikram,dia selesa dengan dirinya. Dia dapat menjadi seorang doctor yang serius dan gadis yang nakal.

“intan suka kan afiq?”

“hah?”

“yela.dari gaya intan cakap tadi kan,macam intan suka kan afiq,tapi mastura jadi penghalang”

“mengarut la ik ni” intan masih menafikan .

“betul.itu yang ik Nampak masa intan cerita tadi.” Ikram bersungguh-sungguh walaupun dalam hati dia sedikit terluka kerana sudah ada insane yang mendahuluinya melamar intan. Tapi,sudah tersurat seperti itu.dia pasrah.

“ikut intan la.tapi itu yang ik Nampak.”

“em…” intan membuat muka bosan. Makan la,nanti boleh hantar intan balik cepat sikit.” Malas memikirkan lagi topic perbincangan yang mengenainya dan afiq.

“lari dari topic” ikram sudah masak benar dengan perangai intan tu.

“hehe.tau tak  pa”intan dengan selambanya meneruskan suapan.



 ******

“mak tak risau,tak de rombongan meminang”

“kenapa pulak?”

“tak de la mak.tak tahu nak cakap macam mana”intan mengaru-garu kepala nya yang tak gataal. Macam mana mahu dijelaskan ni. No idea. Idea,please coming…

“jangan kata,kamu tolak afiq dah la” mak cik imah di talian agak terkejut dengan berita disampaikan intan. Nak kata intan tak suka afoq,tak kan benarkan afiq ke kampong halaman. Tentu ada tak kena ni.

“lebih dan kurang,cam tu ler mak”

“dah agak dah.ape la kamu ni i.mak tengok,afiq tu dah elok orangnyer.sesuai je dengan kamu” mak cik imah sudah mula dah memberi ceramah percuma. “ ke kamu dah aada orang lain.cuba cakap sikit” nadanya yang tadi lembut sudah sikit meninggi. Mungkin marah dengan keputusan intan kali ni,maklumlah semua ahli keluarga dah berkenan.

“err….”

“mak” “mak”

“dengar dulu,intan tak sedia lagi la mak. Lagi pun ,dah tak lama dah intan nak pergi rusia.” Intan beralasan. Entah logic,entah tidak,dia sendiri tak pasti.

“tak salah pun bertunang dulu sebelum pergi.kamu tu je” alasan memang tak boleh di terima. Intan hanya tersengih. Macam la mak cik imah berada di hadapan.

Ain sudah melabuhkan punggung di sofa bertentangan intan. Dia hanya tersenyum. Melihat muka intan tersengih-sengih pun dia dah dapat agak,mak cik imah sedang membebel. Memang secara logic,alasan intan tak boleh di terima. Entah apa la kurang pada si afiq tu hingga membuatkan intan tak mahu bertunang.

Walaupun sekadar melihat gambar afiq dalam laptop peribadi intan,dia dapat juga mengagak yang afiq jenis baik-baik. Pandangan afiq walaupun pada gambar jelas menunjkkan afiq sayangkan intan. Intan pun apa kurangnya,tapi kenapa intan tak mahu bertunang? Pelik sungguh manusia sekarang.

Ah!malas nak fikir.lagipun,bulan depan,intan akan pergi.dia bakal mendapat housemate baru,dengar-dengarnya seorang kerani kat tempat kerja afiq. Intan minta tolong afiq. Hah! Afiq jugak di cari nya. Uish3. Macam-macam la intan ni. Ni mesti ada sebab lain ni. Tak logic tak sedia.

bab 18: kesempurnaanmu bukan keinginanku



mines dikunjungi setelah habis wakti bekerja. Intan dan ikram berjalan beriringan. Tampak mesra sekali.

“intan nak bawak banyak barang tak nanti?” ikram sungguh bahagia. Berada di sis intan adalah keinginannya semakin hari. Dia jadi bersemangat untuk terus hidup.

“tak tau la..bese-bese je kot” intan tersengih.

“ik,jom ke kedai tu” kedai teddy bear di hadapan itu menarik perhatian intan. Rupanya intan minat bear. Macam  bebudak tadika je. Haish..tak kan la aku nak masuk kedai ni. Malu der.. perempuan je ramai. Segan ni. Intan sudah melambaikan tangan,mengajak intan masuk  ke dalam kedai.

Pelbagai tedy bear membuatkan intan rindu pada bearnya kat rumah,walaupun di rumah sewanya ada juga bear,tapi tak sama dengan yang kat rumah,kerna,itu yang imran bagi. Ahh!! Imran lagi,macam mana la asyik teringat kat imran je ni. Imran fariz. Nama yang sentiasa di hati intan dahulu. Pengubat jika intan dalam keresahan. Semangat intan. Tapi…dah tak ada lagi.

Intan mengeluh,seekor tedy bear di ambil. Cantik!

“awak suka ke?” soalan ikram hanya dib alas dengan anggukan. Intan betul-betul suka akan bear itu,terutama bulu bear  yang berwarna krim. Sejuk pada matanya.

“ik belanja yer” intan mendongak melihat ikram di sebelah.

“err… tak mau” apa lah ikram ni.tak kan nak belanja bear ni,masih mampu la intan nak beli.desis hati intan.

“oppss..sorry.” bear di tangan hampir terlepas kerana tangannya di langgar oleh seorang perempuan. Gedik semacam je minah ni.suwel. intan mengutuk dalam hati.

Perempuan itu terus berlalu. Bear itu diletakkan kembali. “jom ik.kita ke kedai lain pulak” intan  sudah ke mahu keluar.

“intan pergi dulu,jap lagi ik susul” ikram masih mahu berada di kedai itu.mahu melihat dan membeli sesuatu. Mungkin di jadikan kenangan or may be pengubat rindu jika intan sudah tidak rapat dengannya nanti.

“hei you” nada suara biasa tapi kurang ajar. Intan menadang pemilik suara itu. Perempuan yang melanggarnya tadi. Padanlah kurang ajar,sepadan dengan pemakaian tak cukup kain terlampau dan mulut yng tidak berinsurans.

“me?” intan menyoal.melihat tiada sesiapa di situ melainkan mereka berdua.

“ada orang lain lagi ker kat sini.” Mastura tergelak sinis. Perempuan di hadapannya ini ,intan merupakan penghalangnya mendapatkan afiq, jadi dia harus di beri amaran.

“saya tak kenal awak” intan masih mengawal nada suara nya . dia harus bersabar dengan kerenah minah yang tak di kenalinya ni.

“of course. But you kenal afiq” mastura membalas.

“afiq?”

Mastura rasa jengkel.buat-buat tak kenal.” Tak kan tak kenal.” Mastura tergelak lagi. “ I just want to warn you,jangan dekat dengan dia,kalau tak,nahas you” perlahan tapi tegas sekali suara  itu memberi amaran. Habis ayat itu,mastura terus beredar,ikram pula sudah menghampiri intan.

Ek eleh minah ni. Karat sungguh la. Kalau kau nak afiq ambik la. Ada aku kisah? Ni nak warning.. ingat aku takut. Hampeh.

“aik..pandang apa tu?kenapa tak gerak lagi dari tadi?” ikram pelik,seingatnya tak di suruh pula intan menunggunya. Tapi,intan masih berada berhampiran pintu kedai itu,tak kan la berjalan selambat tu,kalau merangkak pun dah sampai agaknya.

Menggelabah intan,tak mahu ikram tahu tentang kejadian tadi, “tak de pape.ramai jugak orang petang-petang ni” intan sudah bergerak ke kedai lain. Tak mahu ikram mengesyaki apa-apa . ikram hanya menuruti.


 ******


Sepanjang berada di perlis hati afiq teramat teringatkan intan. Rindunya membuak-buak, tapi di tahan kerana intan langsung tak menghiraukannya. Bila di telefon,akan masuk ke mailbox. Bila d isms tiada pula berbalas. Bukan satu dua panggilan malah berkali-kali. Begitu juga sms,bukan sekeping dua,,banyak,tapi tidak juga dib alas intan. Sibuk sangat ke intan? Atau intan langsung tidak memperingati dia.

Sejurus tiba di rumah jam tiga petang,afiq terus ke hospital,niatnya hanya satu,mahu bertemu empat mata dengan intan. Mahu melepaskan rindu yang di simpan selama beberapa hari ini. Jika lau boleh,tak mahu intan jauh dari matanya.

“doctor intan ada?” afiq bertanya pada jururawat di situ,

“tadi ada,tapi tak tahu dia di mana.” Jururawat itu memandang afiq, “jika ada apa-apa penting,tinggalkan pesanan taka pa,nanti saya maklumkan pada doctor.” Jururawat yang melihat mata afiq melilau mahu membantu.

“erm…..” afiq masih tak mahu berganjak,dia mahu jumpa intan. Ke mana la pulak si intan ni pergi. Dia mengeluh,tak tahu mahu cari di mana intan. Tak kan la nak di terjah wad demi wad semata-mata mencari intan. Nanti apa kata orang. Kerja gila namanya tu.

“saya cuba call doctor” pantas ganggang telefon dan sekelip mata sahaja nombor doctor intan di tekan. Mungkin hanya itu yang mampu dibantu oleh jururawat itu.

“doctor,ada orang cari doctor la” jururawat itu bersuara apabila talian di sambung kan.

“yeke?penting ke?” intan masih sibuk dengan beberapa fail di tangan.

“entahla.macam penting je”

“okey,suruh dia tunggu kat ruang depan,nanti saya datang” talian terus dimatikan. Siapa lupak mencarinya ni. Dah la banyak kerja yang perlu di uruskan. Beberapa hari bercuti melanbakkan kerja yang ada. Pantas kakinya ke bilik ikram. Mahu mendapatkan beberapa maklumat tentang pesakit.

Afiq melihat intan berjalan melintasi hadapannya,tapi intan langsung tidak perasan yang dirinya di situ. Sejurus kemudian,dia kembali dengan fail dan bersama doctor ikram. Diamati riak tingkah intan,macam serius je. Ada kes ke?

Sudah lima belas mint menunggu ,afiq mula bosan. Kenapa intan buat donnow jer. Atau intan mahu membuat dia rasa marah. Pantang betul la buat tertunggu-tunggu ni. Terasa tahap kesabarannya sudah berkurangan.

Kakinya di hayun kea rah tempat intan berdiri,membelek kertas itu dan ini.

“in?” afiq sudah di belakang intan.

Tapi intan tetap dengan kerjanya,langsung tidak mengambil kisah siapa yang menegur.

“can we talk for a while?” afiq masih mengawal nada suaranya yang sedikit sudah lari dari kelembutan. Sikap acuh tak acuh intan membuat kesabarannya kian menipis.

“sini je la”

“private” aifq memohon pemahaman.

Intan mejeling sekilas, “nak apa?” sedikit keras. Tapi di toleh sekali lagi mukanya. “fiq?bila awak sampai?tak cakap pun.” Intan mengawal nada suaranya,tak de pulak dia perasan afiq di mana-mana tadi. Yang bercakap pun tak di toleh,tak sangka pula afiq yang ingin bertemu dengannya.

Afiq buat-buat senyum “ reallY?”

“I dah tunggu you lebih lima belas minit dah.” Sinis afiq membidas.

“sorry.lately really busy.tunggu jap,nak hantar ni jap” intan memandang jam tangannya,” office hour pun dah habis,nanti kita sembang” intan terus meninggalkan afiq di situ.

Dalam sepuluh minit,intan sudah berjalan ,tanpa sebarang fail dan kot putih tersarung di tubuh,itu tandanya intan sudah habis bekerja. Intan menarik nafas lega. Akhirnya habis jugak kerja-kerja yang bertimbun. Cuti yang agak lama memang membuatkan dia seperti orang tak tentu hala hari ini.

“jom pergi makan.” Intan yang berada di sis di pandang penuh mengharap.

Demi mahu menebus rasa bersalah dengan tak menghiraukan panggilan sms dan pangilan afiq serta membuatkan afiq menunggu sekian lama,akhirnya intan mengangguk. Mereka berjalan ke restoren berdekatan.

“penat?” begitu perihatin afiq bertanya bertandang di hait sudah terbang di tiup angin .kini hatinya damai sekali.

“boleh la”

Lalu  tiada sebutir bicara keluar dari bibir mereka. Hanya diam sehingga ke pestoren berdekatan.



 **********


Kata-kata afiq beberapa hari lepas diingati kembali.

“saya nak masuk meminagn awak hujung minggu ni” tenang sahaja wajah itu tatkala itu. Afiq serius dengan kata-katanya. Dia sayangkan aku? Aku? Sayangkan dia tak?

Tapi bila tak de rasa jugak rindu?apakah ini cinta lagi untuk aku?tapi tak dapat tanding dengan hubungan dengan im.

Kusut kepala intan. Syiling bilik nya di pandang. Dia masih belum member apa-apa jawapan. Sebaik sahaja selesai makan,intan terus balik rumah. Panggilan dan sms afiq langsung tak di endahkan. Apa harus di perkatakan. Intan tak saying afiq. Betul ker??? Tapi kalau tak sayang ,perasaan apa ini?

“melalut je”
“entah-entah gurau je” intan sudah tak mahu berfikir lagi,mungkkkin afiq bergurau,lantak lah dia. Lagipun sebulan lagi dah nak sambung belaja. Dia terus memejamkan mata, mahu melupakan semua itu.. Sudah tak mahu berfikir apa-apa lagi.

“kring!!!!!”
Intan yang lena di katil terpisat-pisat. Malam ke siang ni? Aduhh! Lama ke aku tido? Berdenyut kepala. Pandangannya di halakan ke meja berdekatan. Skrin yang mengerdipankan nyalaan dan telefon yang bergetar menandakan ada panggilan masuk.

Tiada kudrat rasanya untuk mencapai telefon itu. Akhirnya diam jua telefon itu. Beberapa minit berselang,satu sms di terima. Intan masih di katil. Digagahkan semangat,telefon di capai. Ikram yang hantar sms,dan ikram jua lah yang menelefonnya.

Esok kita ke putrajaya. Nak settle kan urusan sedikit.
Naik kereta ik .ik ambik esok kat rumah pukul 9. See u tomorrow

Alamak aii..ada lagi ke tak selesai.dah la sakit kepala. Ain dah ada kat rumah ke belum ni. Teringat pula teman baru yang menyewa rumah sekali dengannya,mahu di pesan penadol. Bekalan ubatnya sudah habis. Dah lama tak diserang apa-apa penyakit melainkan di kampong hari itu,dua minggu lepas.

 Pantas tangan menaip mesej kepada ain,dan dalam sekelip mata balasan di terima. Ain masih di luar. Ain jarang berada di rumah kerana selalu membuat kelas tambahan,ada yang berbayar ada yang tak berbayar kepada pelajar. Nasib baik ain masih di luar,jika tidak,dia terpaksa la menahan hingga pagi esok untuk mendapatkan ubat.


 *****


“ambik kau!” mastura puas dengan tindakannya. Habis basah muka intan. Intan pula merah padam muka. Menahan malu. Mujur kulit muka tidak putih,kalau tidak,lagi lah Nampak dia sedang menahan dan mungkin juga menahan marah.

Ikram sudah bangun, “whats wrong with you?” tinggi sedikit dari suara biasa. Dia pun geram dan marah dengan tindakan perempuan tak cukup kain di hadapannya. Apa salah intan sehingga di perlakukan sebegitu.

“ask her?” di tunding jari kea rah intan.

Intan hanya diam membisu. Malas merumitkan keadaan. Doa nya dalam hati,biarlah peprempuan ni blah dengan cepat sebelum dia sendiri hilang sabar yang sudah senipis bawang tinggalnya. Apa lagi masalah perempuan ni.

“intan,why?” ikram yang tak tahu apa-apa terpinga-pinga. Mastura masih di situ dengan pandangan yang amat sukar di tafsirkan. Orang ramai sudah menjeling pandang. Mungkin mahu tahu apa yang terjadi.

Dompet di ambil,dan beberapa not kertas di keluarkan dan di letak di atas meja. Intan bangun dan terus berlalu.

“hei perempuan,kau ingat apa aku kata,jangan ingat aku tak berani” intan hanya mendengar kata-kata mastura seperti angin lalu. Malas bertekak. Memalukan je.

“bak sini kunci kereta.” Intan meminta sambil menghulurkan tangan.

“but…”

“not but. Cepat la.saya nak tukar baju ni. Nanti nak ke putrajaya lagi. Nanti lambat.

Pantas kunci di hulurkan. Kerjasama dari ikram amat menyenangkan.dengan memandu,rasanya dapat di tenangkan sedkit hatinya. Dan ikram pula tiada mahu menanya apa-apa. Amat bagus.

Tiba sahaja di muka pintu pagar,intan terus keluar.

“wait jap.saya tukar pakaian.” Intan terus naik ke rumah.

Di dalam rumah pula dia bertembung dengan ain.

“intan dah sihat ke?” ain yang duduk santai bertanya.

Pelik.ain tak kerja ke?biasanya dial ah yang workaholic. Sampai dengan intan pun jarang sekali dapat bertemu empat mata. “dah baik sikit-sakit. Tak kerja ke?” intan menjenguk ke ruang tamu.

“tak,cuti.nak releks” tangan di regangkan.

Intan terus masuk ke bilik. Ikram sudah menunggu. Dia mesti cepat. Nanti lambat pula habis urusannya.
Lima minit intan sudah siap menukar pakaian. Setelah meminta diri,intan terus meloloskan diri dalam kereta yang telah bertukar pemandu.kini ikram pula yang memandu. Hal sebentar tadi sudah di lupakan,seperti tiada apa-apa berlaku.

bab 17: kesempurnaanmu bukan keinginanku


Mesej yang diterima dibaca berulang kali.

Secebis kasih bertandang di hati
Tak mampu di luah dengan kata dari bibir sendiri
Mengantikan bicara sms dikirimi
Tak tahu nak kata apa lagi
Hanya awak di hati ini

Akmal afiq

“dah buat tabiat ke?” intan memandang lagi skrin di hadapannya. Afiq sayangkan dia? Benarkah? Tapi aku sendiri tak pasti dengan perasaan sendiri. Suasana pagi di kampong begitu sejuk. Di berdiri. Pantas jendela di buka. Rupa-rupanya semua orang berada di halaman. Hanya dia memencilkan diri di bilik.

Telefon di tangan berbunyi.satu lag sms diterima. Siapa pulak ni?

“afiq?” di pandang ke halaman.alangkah terkejutnya ,afiq juga memandang kea rah biliknya.

Intan,percayalah,saya sayangkan awak,tulus dari hati

Intan buntu. Apa harus dia buat? Keypad telefon tak di tekan. Tak tahu apa yang patut dia balas. Nak kata apa. Di kerling afiq di halaman,wajah itu ceria sekali. Rupa-rupanya kata-kata dia pada mak hari tu betul. Tak bergurau. Intan sendiri tak ambik kisah dulu,tapi sekarang,teramat amik kisah. Setiap patah yang afiq tutur serius,bukan main-main.

Satu lag sms di terima. Kini dia sudah dapat mengagak,mesti dari afiq.

saya ingat nak melamar intan,hujung minggu ni saya hantar rombongan meminang ek

sms terakhir itu di baca berulang kali. Hati yang resah tadi bertukar geram. Apasal dengan mamat ni. Sewel ke? Tetiba nak datang hantar rombongan meminang. Tau la mak ayah dah berkenan. Uish. Mesti bertemu empat mata ni.jendela di tutup. Kali ni deringan telefon pulak masuk,melihat nama afiq,

“hai,boleh kan?” suara afiq menjamah perbualan dahulu.

Intan menapak semula ke dalam ,” kepala otak awak!” suaranya sudah meninggi. Bahasa pun dah kasar,tapi afiq tak marah,tapi tergelak pula.

“amboi marah Nampak.mak ayah awak setuju je rasanya,nanti saya hantar rombongan,tunggu tau” afiq terus mematikan talian. Dia mahu bergerak pulang esok dan akan ke perlis selama beberapa hari,tentu nanti tak sempat nak tengok reaksi intan dengan keputusannya ni.

“gila.siap kau!”

tahap marah intan sudah memuncak. Mana boleh afiq buat keputusan tanpa kebenarannya,sedangkan mereka tiada apa-apa hubungan.dah la tak bercinta,tup tup dah nak kahwin. Walaupun okey je,tapi macam kerja gila.

Kain batik yang di pakai di angkat sedikit tinggi,dia mahu cepat sampai ke halaman. Hatinya membara-bara. Matilah kau afiq kali ni.kau tak kenal lagi sapa intan.

Namun apalah nasib,saat kaki  intan memijak tangga,dia tersilap melangkah tangga,nak dilangkah luas kain pula sempit,apa lagi,dia yang tergolek ke hujung tangga.

“aurgh!!”

Jeritan itu menggamitkan perhatian semua.

“Ya Allah,intan.”pak farhan sudah berlari mendapatkan intan yang tergolek di tangga,di susuli dengan afiq. Manakala yang lain menuruti setelah menyedari insiden itu.

“sakit la ayah.” Muka intan sudah merah,menahan kesakitan dan malu.tu lah akibatnya bila nak cepat. Jadi la clumsy,teringat pula macam sekolah menengah,dia lah di gelar miss clumsy.

“boleh bangun tak ni?naik letak ubat.” Pak farhan cuba memapah intan,tapi dari gayanya,intan tak mampu berdiri,kakinya terseliuh. Lututnya juga tercalar,dan terluka,siku pun juga begitu. Apa tidaknya,tanda kayu yang berselang dengan ruang kosong yang tingginya boleh tahan.

“ayah dukung la intan,sakit ni” intan merengek,kini matanya sudah memerah,sekejap lagi,terhambur la tangis nya. Bukan tak tahu,anaknya teramat manja.

Tergelak pak farhan , “ayah mana larat. In dah besar,dah boleh jadi mak budak dah,nanti patah pinggang ayah” pak farhan sudah naik ke rumah,dia mahu mencari bekalam ubat.

“ni,bagi afiq dukung kamu.rasanya tak de masalah” tok man menyampuk,memang sudah tiada cara lain sama ada intan mengensot badannya sendiri menaiki tangga atau didukung afiq.

“hah?” pantas intan terus menangis. Kenapa dia juga. Tak mau!!

Nek wan,mak cik imah dan tok man sudah naik,tok man juga sudah member  isyarat untuk afiq memujuk intan. Intas masih juga dengan tangisan yang bersisa.

“ehem ehem” afiq berdehem. Mahu intan sedar yang dia masih di situ.

“saya tolong yer” lembut suara afiq. Dia sebenarnya serba salah juga,tapi keluarga intan dah benarkan tak la rasa segan sangat. Tapi kalau intan tak benarkan,siapalah dia nak membuat keputusan.

“tak payah”

Afiq melabuhkan punggung di birai tangga,berhampiran intan, “intan,actually…” gugup la pulak bila face to face.

“apa?” intan mendongak kepala,memandang wajah afiq.

“I really meant it. Saya sayangkan awak” membuntang mata intan.

Afiq di depannya hanya tersengih. Tak tahu apa lagi reaksi yang harus ditunjukkan.

“dua minggu lagi saya hantar rombongan meminang tau” kali ni afiq sudah semakin yakin. Yelah,setiap perkara ada yang pertama. Tadi step pertama , ni yang kedua.

Wajah afiq di pandang geram, “orang sakit-sakit ni ,bukan fikir benda tu,tau tak?” kesakitan dikaki semakin sakit. Kenapa la afiq ni nak romantic masa seperti ni,macam la aku suka sangat die. Ngeks. Benci betul.

Mak cik imah,pak farhan,tok man dan nek wan yang mendengar berita itu sudah tersenyum senang. Pandangan mata mereka memang tepat kali ni,afiq memang sukakan intan.

“saya tolong dukung yer” afiq sudah berdiri.

“tak mau.”intas masih dengan keras kepala.

“mak ai…saitnyer” intan memegang kakinya.

“tak sangka la plak,doctor intan ni keras kepala.kalau pesakit,mudah je dia suruh itu ini,ni nak di dukung pun susah.” Afiq mengomel.

“biarlah” intas masih begitu.

“so, sorry.” Tubuh intan terus di angkat sejurus habis ayat itu di tuturkan, tiada cara lain dah melainkan dengan memaksa begini.tak kan la nak  biarkan intan terus berada dihujung tangga. Nanti makin melarat sakit.

“please.lepas la” dada afiq di tumbuk-tumbuk. Malu la dia bila semua tengok nanti. dah la cakap begitu tadi,tentu semua dah dengar.

“shut up intan,sakit dada saya ni” afiq sudah keras sedikit suara. Mungkin disebabkan dadanya yang sakit apabila ditumbuk intan. Intan pula terus diam. Tubuh intan di letakkan di atas tilam bilik intan.

Masih sempat di lihat sekeliing kawasan bilik intan,cantik dan nampak bersih serta tersusun.

“mak cik,biar fiq yang letak ubat. Fiq ada nak cakap sesuatu kat intan” wajah afiq penuh mengharap.

“tapi…” mak cik imah serba salah,tak kan la nak biar dua orang itu dalam bilik berdua-duaan ,tak senonoh la pulak,

“oh..mak cik jangan bimbang,boleh bukak pintu tu,” lega hati mak cik imah kerana afiq memahami.

“intan,saya mungkin balik kl hari ni,ada urusan keluarga.”

Intan masih buat tak endah,

“intan,pleasa la. Saya dah nak balik dah ni, I just want you to know that, I love you”

Intas memalingkan wajah dari memandang afiq,” dalam masa sesingkat itu,impossible.” Tak kan la dalam masa beberapa bulan ni intan dah jatuh hati. Mustahil.

“berapa lama masa singkat awak?” afiq mahu intan pastinya,hatinya sudah terpaut pada intan pada pertemuan pertama lagi.dia yakin,intan lah orang yang di temuinya dalam bas ketika balik dari terennganu ke kl setahun lepas.

“few months.” Hanya ittu yang mampu di jawab. Dia baru sahaja mengenali afiq.

“for you.not me?”

Intan berpusing memandang afiq kali ni,kata-kata afiq menarik perhatiannya,jika bukan beberapa bulan ni,berapa lama?tak kan sehari dua ni.

“meaning”

“I fall in love dengan awak dah lama. Lebih kurang setahun yang lalu.” Jelas afiq.dia mahu intan tahu tentang itu. Mungkin intan tidak mengingatinya,tapi otaknya masih ingat.

“whatever”

“fikir la balik in. saya tetap dengan kata-kata saya.” Afiq terus bangun dia mesti pulang ke kl. Pagi esok dia mesti bertolak ke kl kerana perjumpaan pengurusan syarikat di perawalkan.

“saya balik dulu.asslamualaikum”wajah intan di pandang sekali lagi. Berat hatinya melepaskan intan di kampong,manakala doa akan ke perlis.

“tok,nek,mak cik,pak cik,saya kena balik dulu ni.esok nak ke perlis” afiq meminta diri. Fail-fail mesti disemak dahulu walaupun sudah disemak oleh setiausahanya.

Dia mahukan kepastian yang lebih.. tentu dia akan kepenatan. Di campur pulak dengan kedegilannya mahu ke perlis dengan memandu. Entahlah,dia minat drive berbanding dahulu dia lagi gemar take flight ataupun naik bas.

Masing-masing menghantar afiq melalui pandangan sahaja,kecuali intan yang berada di bilik. Entah apa la yang dah terjadi padanya. Kehadiran afiq mengucar kacirkan kehidupan single and not avaiablenya.


 ******

“lulus”

Tangan di regangkan. Ikram dihadapan di pandang. “ik.i got”

Kertas di tangan di tunjukkan pada ikram. Niatnya  untuk menyambung pembelajarannya sudah lulus . Jika di luluskan,dia dan ikram akan terbang ke rusia untuk melanjutkan lagi pembelajran dalam bidang kedoktoran selama dua tahun. Kebenaran mak ayahnya pun sudah di minta. Syukur alhamduliah.

“in,are you sure?” ikram masih ragu-ragu dengan keputusan intan. Dia hanya mahu sentiasa di sisi intan. Entah kenapa,rasnya,intanlah teman rapat terkini.

“sure.why?” intan pelik.

“tak la.tanye je.”

“so,tak lama dah kan, hujung bulan depan kita berangkat. Tak sabar nak belajar balik” ikram menarik nafas .

“ye.about two months.”

“jom minum.on me” ikram sudah bangun, waktu lunch sudah tiba.

“tak kan minum je.makan sekali yer.” Ikram memandang intan. Makin hari di kenali intan,makin tertawan hatinya,intan rupanya kebudak-budakkan. Comel sekali pada pandangannya.

Ikram ketawa senang,” yes,”

Hooray.

 Intan mengekori, “buts,on you” kata-kata ikram mematikan langkah intan. Ikram yang menyedari itu,berpusing,intan sudah buat muka merajuk. Lucu pula rasanya intan merajuk kerana itu.

“ye . ye. Saya belanja.” Pantas senyuman di ukir secara automatic. Intan bukan apa,sekadar menduga ikram je,tapi ikram begitu baik dalam melayaninya.

“nak kena tarik jugaj ke nak jalan” ikram sudah menghulurkan tangan.

Malu intan,apabila ada doctor dan nurse yang berdekatan melihat ,” uish. Mengada la ik ni. Jom” intan kini berjalan mendahului ikram. Walaupun dah ada yang menganggap mereka adalah pasangan kekasih,tapi masih dinafikan. Hati intan menganggap ikram hanya sebagai abang. Kasih saying dan layanan ikram,macam irfan,abangnya.

bab 16: kesempurnaanmu bukan keinginanku



Pagi tu afiq dan intan sama-sama bangun awal. Afiq mesti ke bandar menguruskan urusan pejabat. Manakala intan pula mahu ke kebun menemani pak farhan dan mak cik imah menguruskan kebun.dah agak lama tak dikunjungi kebun yang menjadi tempat permainannya dulu.

“fiq,sarapan dulu.” Ajak mak cik imah yang ternampak afiq yang sudah siap berpakaian. Dengan kemeja berwarna purple lembut dan seluar slack hitam,anak muda itu tampak kemas dan segak sekali pada pandangan matanya.

“ye mak cik” langkah kaki di atur ke meja makan. Semua dah ada,kecuali intan. Ke mana pulah minah ni yang sorang. Tak kan dah balik kl. Tak logic. Tak de beritahu pun. Tak ada pulak  dengar bunyi kereta malam tadi,pagi tadi pun.

Nasi goreng masakan mak cik imah dijamah dengan berselera sekali. Siap menambah sepinggan lagi. Haha. Sebenaarnya di campur dengan perut yang menuntut di isi. Makin banyak lah di makannya.

“mak,simpan untuk in sikit nasik tau,in datang. jap lagi.” Intan melangkah ke bilik mandi. Rasanya intan sudah mandii tadi,kenapa nak masuk tandas lagi. Muka pun berkerut-kerut. Mood macam tak baik jer. Angin semacam.

“apa yang kamu fikir tu fiq” tegur tok man yang melhat kening afiq berkerut-kerut mwmikirkan sesuatu. Suapan nasi juga sudah terhenti.

Malu juga afiq di tegur sebegitu,tak kan lah nak cakap sedang ingatkan intan. Tak logic. Hilang gentleman. Kahkahkah. “tak de pape la tok.” Afiq meneruskan suapannya. Mujurlah tok man tak bertanya lanjut,jika tak,mahu apa yang dikelentongnnya nanti. Tentang kerja? Terlalu berselera? Entah papela. Dah tok man tak tanye,jangan lah overdoes fikir der, ngoks.

“hah mak nye,kenapa intan tu?” pak farhan dari tadi yang sudah menghabiskan nasi dipinggan bertanya. Pelik juga melihat muka intan berkerut-kerut. Ada emergency kat kl ke. Soalan pak farhan juga dapat melegakan rasa di hati afiq yang mahu bertanya pasal intan.

Mak cik imah tersenyum, “tak de pape la bang oii… biasalah dia tu.” Mak cik imah masih berselindung. Tak kan nak dicakap pula anaknya sakit perutkerana datang bulan.segan juga dengan afiq yang ada. Anti malu pulak intan.

Pak farhan dan tok man sama-sama berlalu ke ruang tamu. Afiq juga menurut selepas it,dia mahu bergerak kebandar,jam Sembilan  nanti dia ada meeting.tak mahu terlewat. Nanti apa kata pihak yang bakal dia berurusan. Tak cekap la. Tak dedikasi la. Macam-mcam lasan pula untuk berkompromi dan melakukan kerjasama.

Setelah menyalami tangan pak farhan dan tok man,afiq terus ke kereta. Enjin mesti dipanaskan. Dan dia menunggu sehingga sepeuluh baru nak bergerak. Tambah pulak niatnya nak menatap wajah intan dulu sebelum bekerja. Ambik semangat sikit.


 *******

“jom la”

Intan sudah berada di atas moto ex5 milik ayahnya.

Pak farhan menjengukkan muka di jendela. Tak sabar pula intan nak ke kebun,biasanya tak de la pulak nak berjalan ke kebun ke,ke sawah padi ke. Balik kali nak pulak dia ke kebun. Esok nak ke sawah pula katanya. Ambik angin.dah lama tak duduk santai kat kampong. Nak survey keadaan kampong macam saintis ala-ala gitu. Macam-macam kerenah. Kekadang datang otak giler-gilernya macam tu la. Bila dah datang watak sibuk memanjang,inikan nak menjenguk ke mana-mana,tanya pun tak.

“ayah tunggu mak kamu ni.duk siapkan air kat dapur” laung pak farhan.

Intan mendengus,dah lama dah dia menunggu orang tuanya,masih tak siap-siap. Kalut mak cik imah di dapur dia hanya menolong sedikit. Katanya,mak cik imah lagi cekap la. Apa la. Di puji-puji maknya agar dapat meloloskan diri dari membuat kerja rumah. Dia agak culas dalam melakukan kerja itu,masih bujang katanya.

“dah tu…” sudah buat muncung itiknya.

Pak farhan hanya mengelengkan kepala melihat kerenah anaknya yang makin hari makin menjadi budak tu,terutama dengan kehadiran afiq,makin menjadi-jadi nakal dan manjanya.

“erm……in pergi dulu la…” pak farhan berkata. Walaupun agak risau melepaskan intan bersendirian,dia percaya intan sudah mampu menjaga dirinya,tapi jika nak turun musibah,tak tunggu cepat atau lambat,itu lah yang dirisaukannya.bukan dia tak tahu,anaknya selalu di gangu oleh budak-budak nakal di kampong itu jika dia bersendirian.

“imah,cepat la.intan dah gerak dah.risau hati saya ni kalau dia sorang-sorang.” Pak farhan sudah mendekati mak cik imah yang sudah meletakkan barangan di dalam baku. Bekalan hingga ke waktu tengah hari.

“yela bang nyer.jom ler.” Mak cik mah sudah menuju ke halaman.di ikuti dengan pak farhan di belakangnya. Suami isteri itu menaiki motor Honda milik tok man.


“in?” pak farhan sudah tak sedap hati bila hanya motor ex5 sahaja ada di pondok di kebun itu. Tetapi intan entah ke mana. Telefon pula tak ada di bawa intan. Perlahan-lahan dia menapak ke motor ex5. Apa lah intan ni,telefon pun di tinggalkan di dalam raga motor.

“ke mana intan ni” mak cik imah pula menyuarakan rasa hati. Bimbang juga. Intan tu perempuan,anak dara lagi. “intan? Kamu kat mana?” laung mak cik imah pula.

“ye mak!ayah!” jerit intan. Dia sudah mendengar deruman enjin motor Honda tapi dia tak berniat mahu turun lagi dari pokok itu. Buah merah yang merimbun tu menarik minatnya. Kecur air liur. Dah tak lama ke kebun buah ni,ni terasa nak tunjuk bakat ni.

“in kat mana?” mak acik imah bertanya. Kedengaran intan menjerot. Dengar suara macam tak jauh,dekat-dekat je. Tapi tak Nampak batang hidung pulak.

“mak ni. Atas nil ah” intan melambai-lambai tangannya. Sungguh enak dia bersandar di dahan pohon jambu air itu. Macam lah kukuh sangat dahan pohon kayu tu.

“masyaAllah”

Pak farhan turut memandang, “bertuah sungguh anak ayah ni.turun cepat” pak farhan sudah tinggi sedikit suara. Bimbang anaknya akan jatuh. Bukan dia tak tahu intan suka memanjat,tapi sebab dah lama anaknya tak memanjat menimbulkan kerisauan dihatinya.

“ye .ye.in turun.” Beberapa dahan di pijak dengan berhati-hati. Tak mahu tersilap langkahnanti dia sendiri jatuh tersembam membaham tanah. “yes!” intan melompat.

“apa lah in ni. Anak dara mana boleh panjat-panjat. Kalau ada…” mak cik imah membebel. Tapi tak habis lagi bebelannya,intan sudah menyampuk. “mana ada orang la mak.kite-kite je la kat sini.”

Mak cik imah dan pak farhan diam. Malas melayan. Nanti banyak pula yang di jawab intan. Makin naka. Semakin menjadi-jadi.

“kamu nak kemana tu?” pak farhan menegur apabila intan sudah beberapa langkah.

“ha…tengok buah la ayah.” Intan tersengih.

“erm..jangan panjat,dah nak pukul berapa ni.jap lagi kita nak balik,susah pulak nak mencari kamu” tegas amaran di beri.

“ye la ayah.jom mak.banyak buah ni.” Mak cik imah sudah menuruti langkah intan.

“petang ni datang lagi ye mak.boleh ambik buah.suruh ayah bawak kereta tak pe. Jalan da luas.” Intan membebel . mak cik imah dibelakang mendengar tanpa jemu.

“ye. Ye . nanti ajakafiq sekali” jawab mak cik imah.

“die pun nak datang jugak” sebenarnya intan masih merajuk dengan afiq. Bukan dia tak tahu afiq ke sini pun kerananya di samping urusan syarikat. Semalam,beberapa panggilan dan sms afiq tidak dibalasnya . malas melayan.

“in ni,jangan marah-marah,nanti jatuh sayang pulak,mak tak nak tau.”

“mana ada la mak.ke situ pulak” intan sudah makin laju melangkah. Kalau boleh tak dengar dah ayat seterusnya dari mulut maknya.

“in ni.mak tengok fiq tu baik je.”

“in tak kata pun dia tak baik.” Intan sudah megambil buah yang berkenan di hatinya.

“dah kalau baik bagus la. Kalau dia masuk meminang  terus mak terima” mak cik imah menunggu jawapan dari intan sambil tangan mencapai beberapa tangkai rambutan yang sudah boleh di ambik dengan tangan  tu.

“a’a mak” intan leka makan bah rambutan itu. Enak sekali.

“yeke?” mak cik imah ceria. Walaupun pelik,tapi rasa bertuah la jika intan sudah mahu menamatkan zaman bujang.

“a’a”

“hah!? Apa?” intan memandang wajah mak cik imah. Di putarkan kembali. Apa maknya kata? Bertunang? Ha’a. bertunang. Dengan? .. afiq? No way man.

“tak”

“apa yang tak pulak ni” mak cik imah blur. Intan ni kenapa. Dah kena rasuk ke apa.

“tak mo tunang-tunang ler mak. Lagipun in dengan afiq kawan je la” intan menayangkan muka serius. Menunjukkan dia betul-betul serius dengan kata-kata akhirnya.

“pape jela in. ni dah banyak dah ni ayah kamu pun dah ke mana. Nanti petang datang lagi” mak cik imah malas menyusulkan sudah tentang tunang ni. Nanti dia juga mengalah. Kenapa la anaknya ni masih belum berpunya. Hairan bin ajaib

“good idea.” Intan mengambil bakul buah yang di bawa mak cik imah. Lega jika emaknya tak memanjangkan soal kahwin-kahwin ni. Dia rimas. Bukan tak bersedia,tapi seru tak sampai lagi. Haha. Beribu la alasan. Mak ayahnya juga kerap membangkitkan isu itu,terutama sejak kedatangan afiq. Dah berkenan sangat la tuh.



 *************

“geram betul aku” intan menumbuk-numbuk bantal di hadapannya. Perasaan marah makin membuak-buak. Dia yang baru sahaja sudah mandi itu kelihatan segar sekali.

Kenapa lah dia boleh tersilap langkah tadi, dahan tu pun,apesal la nak licin. Tak pasal-pasal jatuh ,.dah la jatuh,kalau atas tanah tak pe gak,ni jatuh atas afiq. Dah la malu. Macam mana la mamat tu boleh muncul tetiba.

Pasti datang dengan ayah dan mak dengan kereta,sebab aku pergi dulu. Ngeks. Tapi kenapa dia. Otak, fikir!fikir!

Kata orang,marah-marah sayang,ni bukan sayang. Benci ada lah, makin sakit hati je la. Kacau hidup aku ada la.

“in?tak nak keluar makan ke?” menghilang habis melayang fikiran intan. Suara mak cik imah di pintu memasuki corong telinga.

“nak . nak. Jap mak,in keluar ni” intan menyarungkan tudung ke kepala lalu keluar.

Wajah afiq tersengih makin meluat di matanya. Tentu afiq ketawakannya kerana jatuh dari pokok dan terus jatuh atas afiq. Huish.siap la mamat ni. Cincang empat belas baru tau.

“hah intan.makan la.tak yah duk ngelamun” nek wan menegur. Matanya melihat intan seperti menahan marah,kening pun berkerut-kerut memikirkan sesuatu.

Lauk pauk di senduk.malam itu dia makan dengan dengan perasaan bercampur baur. Macam –macam ada. Apakah makna di sebalik semua ni. Ya Allah,perasaan apa ini? Cinta,tapi aku tak rasa sama dengan tiga tahun lepas.walaupun tak bercinta serius,intan amat mengetahui perasaannya pada imran. Sentiasa bersama,tapi tak sangka imran meninggalkannya saat masing-masing menjejakkan kaki ke university. Saat itu,hanya Allah yang tahu apa persaanya, imran pun belum dikenalkan kepada keluarga.

Album gambar masa belajar dulu di buka. Im, kenapa cepat sangat tinggalkan in. im kata nak jaga in bila kita sama-sama Berjaya,tapi sekarang? Tapi im jangan risau,in masih nak kejar cita-cita tu,nanti in sambung master pulak yer.

Air mata yang meleleh di seka perlahan,jam di pandang,jauh dia mengelamun,dah satu pagi. Sungguh,dia amat rindukan imran. Kerana itu lah dia kurang mesra dengan lelaki,pemergian imran membuat dia rasa takut mendekati lelaki,bimbang lelaki itu akan meninggalkannya juga.

Tapi dia mesti kuat. Orang yang dah tak de tak elok di kenang. Album di tutup. Matanya di pejam,beberapa minit,intan sudah di buai mimpi indah

bab 15: kesempurnaanmu bukan keinginanku



“Encik afiq,dato’ pesan nak jumpa dengan encik afiq” pesanan dato’ azmi di sampaikan sebaik sahaja afiq melangkah ke pejabat hari itu. Afiq datang agak lewat. Jam menunjukkan angka sepuluh baru Nampak batang hidugnya di pejabat.

“okey-okey” afiq Nampak berbeza dari hari lain.pakaian pun tak sekemas biasa. Dia Nampak sedikit terganggu.

“yes pa.ada apa?”setelah  pintu di ketuk,afiq terus menemui papanya.

Dato’ azmi memandang sedikit pelik meihat afiq. Lain benar anaknya pagi ni. Pagi tadi pun anaknya bagun sedikit lambat,sehingga tak sempat sarapan. Bermasalahkah? Masalah syarikat? Tiada pula rasanya. Aneh betul.

“are you okey?” dato’ azmi masih menyoal. sambil mengemaskan pakaiannya yang kelihatan selekah. Baju di luar. Tie yang sedikit senget. Rambut seperti tak bersikat , “yes. I’m okey”

“dari mana?”

“jumpa client jap” memang kebenarannya dia berjumpa klien. Tapi tak sangka pula mastura ialah kliennya. Mastura pula asyik menggedikkan diri . dia tidak selesa. Tak di sangka mastura memegang tangannya dan tatkala itu,intan juga berada si situ.

“in,jangan salah faham.klien fiq je” afiq mengejar intan yang sedang berjalan melarikan diri apabila melihat afiq bersama mastura .

Intan masih mendiamkan diri,tak pasti apa yang dia rasa. Cemburu?

“intan.dengar la cakap saya ni.” Afiq mahu memujuk..

Intan memakukan langkah. Untuk apa dia melarikan diri sedangkan dia dengan afiq bukannya ada apa-apa hubungan istimewa pun.

“she is my client. “

“so?” intan masih dengan egonya.

“awak jangan la marah. Nothing between us” afiq masih cuba menjelaskan duduk hal sebenar.

“so?ada masalah pada saya?”  intan masih mendatar suaranya.

“awak Nampak lain.”

“saya ada hal ni. See you next time encik afiq” intan mahu berlalu. Tidak boleh lama-lama dengan pujuk afiq,nanti dia cair. Pantas tangan intan di capai.

“sorry”

Saat itu intan kelu beberapa saat.itulah kelemahannya,tak boleh di rayu afiq. Tapi kali ini dia cuba tidak mengalah,

“excuse me?”

Afiq blur.

“my hand please.”

Pantas tangan intan di lepaskan. Afiq tahu,intan seorang  yang menjaga batas pergaulan. Dia pun memahami. Cuma sekali sekala terlepas laku. Intan terus berlalu.

“in?”

“jangan follow saya” tegas amaran itu dikeluarkan. Itulah yang afiq takutkan intan,sekali amaran di keluarkan,jangan la berani ingkar,jika tidak,seperti minggu lepas. Panggilan afiq tak di jawab. Mesej tak di balas. Bila bertemu tak di pandang muka. Malah jika bercakap,intan hanya diam seperti tunggul kayu. Betul-betul hebat pendirian.

“duduk” suara dato’azmi memecahkan ingatannya pada insiden pagi tadi.selepas sahaja intan berlalu,afiq  terus berlalu meninggalkan mastura yang hanya melihat dengan senyuman sinis dan menjengkelkan.

“ada apa pa panggil fiq ni?”

Dia malas menanyakan masalah anaknya,maklumlah,dah besar panjang,jika mahu berkongsi tentu afiq membuka mulut dahulu,dan pastinya di rumah,bukan di pejabat. “ ni,papa nak kamu attend meeting mewakili papa”

“bila?” afiq tahu,papanya agak ligat menghadiri meeting atau apa-apa urusan di luar sekarang,mungkin disebabkan kesihatan yang tak menentu.

“esok.mungkin fiq dah boleh pergi hari ni,dan stay kat mana-mana hotel dulu.” Kata dato’ azmi. Dia tidak mahu afq keletihan nanti.

“kat mana pa?”

“Terengganu” sepatah dato’ azmi menjawab.lalu fail-fail di hadapannya di belek.

“pa,fiq dirve je la yer.”

Kepala diangkat memandang wajah afiq.

“drive, boleh ke?” fail yang di cari sudah di temui.

“boleh je pa,” tangan kanan pantas menyambut fail dihulurkan dato’ azmi,lalu fail itu di belek. Memeriksa  sedikit maklumat.

Kepala dato’ azmi terangguk-angguk, “ kamu nak stay kat hotl mana? Mana tau boleh tempat dulu.” Cadangan diberikan.

“erm….” Afiq berkira-kira. Sebenarnya dia merangka untuk tidur di rumah tok man. Dia mahu bertemu mata dengan tok man. Rindu pula rasanya. Lagipun,di khabarkan intan cuti apabila menelefon hospital tadi,mungkin pulang ke kampung setelah kejadian  pagi tadi.

“afiq tidur rumah tok man jela pa.” afiq tersengih.

Dato’ azmi mengerutkan kening. Siapa pula tok man ni.setahunya tiada pula saudara mara di Terengganu,lainlah di Kelantan.

“tok man tu,datuk intan.bolehkan pa?” afiq Nampak lagi okey dari awal-awal masuk ke biliknya tadi apabila di beritahu untuk ke Terengganu. Anaknya sedang bercinta dengan intan ke? Dia tiada tahu menahu pun.

“ye.ye.jaga tingkah laku tau” pesan dato’ azmi. Selepas itu,afiq terus pulang ke rumah untuk mengemaskan pakaian.

Hatinya berbunga riang.dia mahu memujuk intan.lagipun lusa dah cuti.dia boleh lama-lama di Terengganu setelah urusannya selesai. Tok man sudah di hubungi untuk bertandang ke sana. Gembira sungguh, tapi di rahsiakan kepada semua orang kerana intan juga berada di sana. Betul tekaannya,intan pulang ke kampong.



 *********

Sebuah Honda berhenti di hadapan ruanh menarik perhatian mak cik imah dan nek wan yang berasa di halaman.

“sape  tu imah?” soal nek wan. Tak pernah dia melihat kereta itu masuk ke kawasan halaman rumahnya. Pelik sekali.

“entah le mak. Nak kata intan,intan kat dalam.”  Mata mak cik imah masih memandang ke arah kereta Honda itu. Siapa pula datang menjenguk pada petang ni.

Seorang lelaki menapak keluar. Segak je . sejuk mata memandang. Pantas cermin mata hitam di tanggalkan. Afiq menarik nafas lega. Akhirnya di sampai di kampong ini.dia meletakkan keretanya betul-betul di belakang kereta intan .tak mahu membiarkan intan mengelak lagi.

“lah,afiq!” mak cik imah seakan terkejut,hamper tidak cam wajah afiq tadi,mungkin di sebabkan memakai kaca mata dan potongan rambut yang berbeza dari pertemuan dulu.

Mata afiq melilau pandang menarik perasaan geli hati pada mak cik imah dan nek wan. Dia tahu,anak muda itu pasti mencari intan. Intan pun sampai tetiba tengahari tadi. Kini disusuli dengan afiq pula. Gaduh ke dia orang ni?ke dia orang ni bercinta dan intan merajuk. Macam-macam andaian la pulak. Wajah  muda itu di pandang mereka.

“afiq ni tetiba je sampai,kenapa?cari intan ke?” mak cik imah mula menyakat .mana la tau anak gadisnya cuba di pikat oleh anak muda di depannya.

“sebenarnya fiq ada meeting kat Bandar esok.jadi,alang-alang singgah sini. Sambil tu nak jumpa intan,” afiq tersenyum. Malu pula kali ni bila dia berterus terang.

“oh,sambil menyelam minum air yer” sampk nek wan.

Merah muka afiq.malu juga  bila di kata begitu.

“intan ada mak cik?” soalnya.hatinya dari dari sudah di tahan untuk bertanya,tapi mulutnya pula yang terlebih laju. Tak makan saman betul.hehe.

Senyum kedua orang tua itu,”ada.ada.nanti turun la” cepat je nek wan menambah.

“hah”
“tu dia,dah datang pun” mak cik imah menunjuk  kea rah intan yang sedang menuruni tangga. Intan tidak bertudung pulak kali ni. Cantik. Terpukau afiq melihat. Lagi cantik berbanding pakai tudung. Dia dah makin jatuh hati.

Intan yang masih belum menyedari kehadiran afiq itu selamba sahaja.dulang  di bawa ke halaman,
Setiba di halaman wajah lelaki itu di pandang,apabila melihat wajah itu turut memandangnya.

“hah!!”

“fiq”

“mak ni dulang, tuang air sendiri, intan naik dulu.”berlari intan naik ke atas rumah apabila menyedari rumahnya dikunjungi .sambil memegang kepala tak bertudung dan memakai kain btik,dia berlari masuk ke rumah. Mungkin malu kerana tidak memakai tdung ataupun selendang.

“maafla fiq.intan tak perasan tadi tak pakai tudung,lagipun rumah ni jarang sekali anak teruna datang” mak cik imah menjelaskan.

Afiq tersenyum, “tak pe.kenapa jarang sekali anak teruna datang mak cik?” ayat terakhir mak cik imah menarik perhatiannya kerana dia terasa janggal dan pelik dengan ayat itu.

“kamu tak tau ke fiq,intan tu garang orangnye,kalau ada yang usyar-usyar,terus di halaunya. Mana ada yang berani” kata mak cik imah.

“kamu nak tau,dah ada datang meminang,” belum semat ayat habis terus di potong afiq.

“meminang!!” terkejut juga. Intan ni tunangan orang ke.

“naik.sabar dulu.kalau ada yang datang meminang pun,terus di tolak, entah la, tak tau la kenapa. Kenapa tak kamu je yang masuk meminang” kata mek wan.

Tersedak afiq. Tak sangka pula advance jugak nek wan ni. Merah padam mukanya.

“apa ni nek,pinang  meminang apanya. Ke nak makan buah pinang” intan sudah menukar pakainanya. Kini berseluar  trek dan t-shirt,di kepalanya sudah tersarung tudung.

Afiq tersenyum,dia memang ada niat itu,tapi takut . “insyaAllah nek,tak lama lagi.” Intan pula tersedak air yang di minum. Dia bukan pekak untuk mendengar perbualan orang tuanya dan nek wan dengan afiq tadi.

Sementara itu,pak farhan dan tok man sudah sampai dari kebun. Nampak seraga rambutan dan beberapa buah durian di bawanya.

“dah sampai kamu rupanya,ingatkan malam ni sampai.” Tok man menegur selesai sahaja turun dari motor.

“awal la tok,kan bertolak tengah hari”tangan kedua-duanya di salami. Sebagai tanda hormat.

“tok tau afiq nak datang?” celah intan yang masih blur.

Pak farhan pun sudah ke pondok .”tau la,kalau tak tahu,tak kan la kami bawak balik banyak ni.tu ,tok man kamu,lagi beria bila afiq telefon nak datang”

Intan mengetap gigi,dia betul-betul geram dengan mamat di hadapannya. Afiq yang tahu intan sedang marah berpura-pura bercakap dengan tok man.

“in tak tau pun” intan masih geram. Masing-masing menjungkit bahu tanda tak tahu. Wajah afiq  pandangnya, “jawab” intan menuntut jawapan. Betul la kata mak cik imah dan nek wan,garang rupanya. Mana  ada orang berani dekat cam ni. Tapi dengan afiq,dah ada dalam hati.

“surprise!” afiq tersengih. Dia tak tahu nak kata apa.

“ngeks” intan sudah marah.”intan naik dulu la,” intan terus naik ke rumah. Hatinya membengkak dengan afiq. Kejadian pagi tadi masih dia ingat,. Ni mari pulak kat kampUng. Uish!! Sakit hati betul. Getah ikatan rambut di lepaskan. Dia betul sakit hati. Kenapa la hadir mamat ni dalam hidup aku. Kenapa?

Tuesday 23 August 2011

bab 14: kesempurnaanmu bukan keinginanku


Kedengaran suara riuh di halaman menarik langkah kaki intan ke jendela. Intan baru sahaja selesai mandi setelah keluar ke pekan pagi tadi. Beberapa jam membeli belah membuatkan badan intan begitu melekit.

Nombor ikram di dail. Mahu meminta tolong untuk menggantikan shif di kklinik selama beberapa hari. Sebab di hospital di telah memohon cuti.

“ik.i nak mintak tolong sikit boleh tak?”

“for you.sure.” ikram kegembiraan. Jarang sekali intan menelefonnya. Sudah dua hai tidak bertemu membuatkan ikram terasa rindu pula untuk mendengar suara intan.

“tolong gantikan shif I kat klinik beberapa hari,I kat kampong ni .ada hal family.” Intan terus berterus terang.

Ikram tersenyum,ini ke menyebabkan intan menelefonnya,sudah memadai, “okey. Sure.bila you balik kl?”

“selasa.”

Ikram tersenyum, “okey.ada hal.bye.” talian di matikan tanpa menunngu ucapan intan.


Pak farhan,tok man,mak cik imah, nek wan dan afiq berada di pondok berhanpiran rumah. Suasana petang begitu selesa  untuk santai melepak di pondok. Afiq juga turut bersembang . langung tidak kekok bersembang dengan keluarga intan. Walaupun baru bertemu dan kenal,afiq cepat mesra dan menyesuaikan diri. Ikhals sungguh dia melayan orang kelilingnya.

“fiq,intan kata dia nak tinggal kat sini lama sikit.selasa baru balik kl.” Pak farhan bertanya. Tertanya-tanya macam mana afiq nak uruskan kerjanya. Manakala intan sudah menelefon ikram untuk mengambil cuti.

Tersentak afiq,intan tiada pula memberitahunya ,”oh yeke?”

“lah,dia tak kasitau kamu ke?macam-macam la intan ni.” Tok man mengelengkan kepala. Cucunya ni pun, lupa la tu.

“aik,kutuk intan yer.” Intan melangkah sambil menatang dulang minuman.

“hehe..intan tak cakap kat afiq ke intan nak duduk sini lama?” nek wan bertanya. Mungkin intan terlupa. Atau masih tidak sempat untuk memberitahu.

“intan tak sempat lagi nak bagitau.afiq macam mana?intan stay sampai selasa baru balik kl.”

Afiq di hadapan sedang meneguk air.

“nak pinjam kereta intan ke nak naik bas? Flight pun ada.” Intan menjelaskan. Intan pun tidak tahu mcam mana afiq akan balik ke kl. Naik bas seperti tak logic pula bila CEO naik bas.

Afiq teresenyum, “afiq duk sini sampai selasa boleh pak cik?”

Pak farhan tersenyum. Tak sangka anak muda di hadapannya ni suka tinggal di kampong.ke anak muda itu sudah terpikat pada anak gadisnya. Tapi tiada tanda-tanda  mereka bercinta. Keluar tadi pun intan lagi selesa bersama nek wan dan mak cik imah.

“kecil tapak tangan,kebun tok man kat hujng kampong tok man tadahkan.” Tergelak semua yang di halaman. Intan Cuma tersenyum biasa. Pelik pula dengan afiq yang nak tinggal lama di sini dan akan pulang ke kl bersama intan nanti.

“kerja awak?” intan mencelah. Sebenarnya dia kurang setuju afiq tinggal di kampong. Nanti apa kata orang kampong. Lagipun tadi pun sudah ada anak gadis kampong melalui kawasan rumahnya. Mencuri pandang afiq. Of course la. Tak kan la perempuan nak tengok intan. Nauzubillah.minta dijauhkan. Dia tidak mahu afiq diberi perhatian oleh orang lain.

Afiq tersenyum,dia tahu,intan kurang suka dengan jawapannya,tapi  pak farhan dan tok man sudah mengizinkan,intan tidak mampu berkata apa-apa, “ saya ambik cuti la.”

“boleh ke last minit ni?” intan masih belum mengalah.

“boleh la,kenapa pulak tak boleh.” Seperti mahu bertekak dah dua orang ni.

“kamu berdua ni.jadi-jadi la tu. Hah intan,si afiq ni da kata taka pa. kami semua pun tak kisah.kamu ada masalah ke?” pak farhan mula tidak sedap telinga apabila dua orang itu duduk bersoal jawab dari tadi.

“tak de.” Datar sahaja suara intan.

“jom la naik.dah nak senja dah ni.” Tok man pula menambah.

Kini tinggal afiq dan intan sahaja di halaman. Yang lain sudah naik ke rumah kerana mahu bersedia awal untuk solat berjemaah bersama-sama waktu maghrib nanti.

“intan,wak marah ke saya duk kat sini sama dengan awak?” afiq tidak mahu intan berkecil hati. Dia Cuma mahu merasa hidup di kampong,mana la tahu satu hari nant idia bakal tinggal di kampong. Tak pun berkahwin dengan orang-orang di sini.padahal hati sudah terpaut pada intan. Tentulah di sini jika dia bersama intan nanti.

Intan menjeling, “tak kuasa saya nak marah-marah.membazir.”

Dulang air terus di angkat, afiq mengekori intan, “ mana la tahu.”

“none of my bisnes k. lagipun. Saya ni bukan makwe awak.lagikan isteri,jauh sekali.” Langkah kaki di atur terus ke rumah.

“mana lah tau satu hari nanti” perlahan sahaja,tapi mampu di dengari intan.

“apa?” intan menoleh.

“ulang sekali lagi please.” Intan sudah menunggu kata-kata balas dari afiq.

“err….tak de pape…awak dengar pap eke?” afiq tersengih. Tak sangka pula didengari intan. Rasa macam slow je cakap. Telinga lintah ke ape intan ni.

Langkah kaki intan di atur terus ke rumah. Tidak mahu terlambat untuk solat berjemaah. Hari ini afiq akan mengimamkan solat.terasa berdebar pula untuk menjadi makmum nanti.



 *******


“dah siap kemas?” nek wan menghampiri intan.

“kemas apanya nek.balik pun sehelai sepinggang. Semua baju ni tinggal kat sini je. Cuma ambik sepasang je. Buat spare pat.” Intan melentokkan kepalanya di bahu nek wan.

“nak balik pun nak manja lagi.” Nek wan tersenyum. Amat mengenali intan yang sememangnya manja dengannya.

“yela.nanti kat sana tak leh dah nak manja-manja” intan sudah bangun mengambil barang-barang yang ingin di bawa pulang ke kl.

“afiq kan ada. Tak kan tak manja dengan dia” nek wan sekadar menyakat,mahu menduga sejauh mana hubungan antara afiq dan intan. Bila di lihat dengan mata kasar tiada apa-apa. Tapi jika tiada apa-apa tak kan lah afiq saggup tinggal beberapa hari untuk menemani intan di kampong. Dia langsung tak kisah memandang mereka tidur di rumah berasingan.

Afiq bersama pak farhan dan tok man sudah berada di halaman . memunggah barang ke dalam bonet kereta. Afiq Nampak mesra dengan tok man berbanding pak farhan. Seperti cucu dan datuk pun ada. Mungkin kerana afiq bijak mengambil hati orang tua dengan kata-kata dan tingkah lakunya yang mudah disenangi.

“mana ada la nek.kawan je.” Intan sudah keluar dari bilik. Tinggal beberapa barang je lagi untuk di bawa ke kereta.

“em..yela tu intan oi…mak yang Nampak ni tak rasa macam kawan pun” mak imah menyampuk. Dia sendiri sudah berkenan jika mereka  sudah bercinta.

“ke situ la pulak mak ni.tak de la. Jom turun. In dah nak balik ni.” Intan memeluk tangan mak cik imah pula. Ketiga-tiganya turun ke halaman.

Pak farhan menyedari intan sudah memakai sandalnya, “hah.turun pun kamu. Ingatkan nak duk sini lama lagi.”

 Tergelak yang lain ,” mana ada ayah. Esok dah kerja la.” Intan tersengih. Membariskan barisan giginya yang tersusun rapid an bersih.

Tok man menghampiri,” ni sapa yang bawak kereta ni?”

“of course la afiq tok man.” Afiq mencelah. Dia tidak mahu lagi intan memandu. Apa gunanya dia sebagai lelaki jika duduk di seat sebelah pemandu.

“aiik..mana ade..in yang pandu….”intan tidak mahu mengalah

Afiq memandang intan. Geram betul dengan minah sorang ni. Keras kepala betul. Tak padan dengan perempuan. Tak de toleransi.

“tak de tak de.fiq yang bawak. Kan pak cik?” dia mula meminta sokongan. Nada pun sudah dapat di agak untuk memohon keizinan pak farhan.

Pak farhan tersenyum.tahu sangat dengan cara afiq tu, “ a’ah la in.. biar la fiq bawak. Kesian kat dia. Hilang macho.  Kamu ni pun,tak salah sesekali mengalah.” Pak farhan menghampiri intan.

Merah muka afiq.ada ke patut pak farhan kenakan dia sebegitu. Malu jugak dia bila dikenakan sebegitu. Tak de class ke bila lelaki drive dan perempuan jadi mem di sebelah.

“yelah.yelah.whatever k.” intan malas lagi bertekak. Memandangkan keluarganya menyokong afiq,dah tentu dia tak menang juga.

“okey la mak .ayah.tok man,,nek wan. Kami gerak dulu. Nanti in balik lagi. “ di capai tangan seorang semi seorang untuk di salami.

“baiklah. Nanti afiq datang lagi yer.” Afiq sudah menyalami tangan pak farhan dan tok man.

“yela fiq. Mana tau datang nanti bawak niat ke.” Kata tok man. Dia sudah berkenan benar dengan anak muda di hadapannya ini. Nampak sesuai dengan intan. Mungkin mereka maasih di peringkat awal untuk bercinta.

“insyaAllah.gerak dulu.” Afiq menjawab sambil melambai tangan apabila kereta sudah bergerak. Intan di sebelah mengetap bibir menahan geram. Ntah pape la afiq ni. Nanti ahli keluarganya akan salah faham. Dia bukannya bercinta dengan aifq.

Walaupun hatinya agak suka pada afiq,intan sendiri masih belum pasti tentang perasaannya,dan juga afiq. Tiada pula tanda-tanda suka padanya sebelum ni melainkan semasa di kampong. Atau itu tanda dia menyenangi aku?

Ah! Tak mungkin lah CEO  ni berkenan pada aku. Tak logic. Nek ngok intan. Stop!!! Baik tidur.



 **********

“tuan,saya akan berbincang dengan CEO syarikat itu. Mana tau dapat meningkatkan kerjasama. Makin maju syarikat kita.” Mastura begitu bersemangat..

Syarikat yang kini banyak di kendalikan oleh akmal afiq mahu dicari kerjasama. Pastinya ini lah peluang terbaik untuk dia mendekatkan diri dengan afiq. Tentu afiq tidak dapat mengelak lagi.

“mastura?”

Tersentak mastura. Jauh dia mengelamun.

“still here?ke dah sampai London?” wajah bos nya itu di pandang kelat. Kantoi sudah. Tapi apa pun dia sendiri tak kisah. Janji dia dapat afiq.

Jauh sungguh angan-angannya.tapi itu bukan mustahil. Tak kan dia tewas dengan mudah memandangkan selama ini mudah je dia mendekati lelaki. Di ajukan ayat-ayat manis dan senyuman menggoda dia sudah dapat. Tapi afiq ni berbeza orangnya.

“baiklah tuan, saya akan cubaa yang terbaik”

“kalau tiada apa-apa,saya keluar dulu.”

Pantas dia berdiri meninggalkan bilik bosnya dengan hati yang kembang. Misi kerja di campur dengan niatnya yang tersendiri,pasti menarik.

“I nak keluar sekejap.apa-apa call penting tolong catit dan cakap I busy.” Sepintas lalu mastura menemui dan menyampaikan pesanan kepasa setiausahanya. Dia mahu mahu segera bertemu afiq. Maahu di beritahu yang syarikat mereka  akan berkerjasama.


bab 13: kesempurnaanmu bukan keinginanku



Perhubungan intan dan akmal afiq semakin baik. Sebulan berlalu,mereka sering keluar bersama. Kadang-kadang mereka berkumpa di rumah dato’ azmi apabila dato’ azmi sendiri meminta bantuan intan ke rumah untuk memeriksa kesihatannya.

Dato’ azmi dan puan alia juga kelihatan selesa dengan kehadiran intan. Intan pula semakin mesra dan pandai beramah dengan orang lain. Walaupun berbeza taraf hidup,dato’ azmi langsung tidak membezakan taraf hidup. Malah,intan juga di anggap seperti keluarga dia sendiri.

Hujung minggu itu,intan hadir ke rumah dato’ azmi keraan di jemput untuk makan tengah hari bersama. Kebetulan pula dia cuti,jadi langsung tidak member masalah kepadanya untuk bergerak ke mana-mana melainkan mendapat ‘on call’ dari hospital. Di klinik pun dia hanya bertugas pada malam ni.

Selesai menjamu selera,dato’ azmi dan seluruh ahli kelurga bersama intan ke ruang tamu untuk bersembang kosong.

“intan dah berapa lama bertugas sebagai doctor?” tanya dato’ azmi. Anak gadis di hadapannya ini cekap dalam melakukan tugas walaupun nampak muda dan baru dalam bidang kedoktoran

Wajah tua dato’ azmi di pandang,wajah itu semakin sihat dan cergas. Ketika makan tadi pun,dato’ azmi kelihatan berselera sekali menjamu selera, “ baru saja lagi dato’. Tak sampai pun setahun lagi. “ ramah intan menjawab.

“oh.yeke?tapi Nampak intan cekap dalam melakukan tugas.” Afiq pula meyampuk. Pada pemikirannya, intan adalh doktor yang senior dan dah beberapa tahun dalam bertugas. Tapi pengamatannya meleset sekali. Intan merupakan pelajar yang baru sahaja menamatkan pengajiannya.. sepanjang berkenalan dengan intan pun,dia tiada pula terfikir untuk bertanya tentang lebih lanjut.

“ye. Lagipun,lepas graduate,terus dapat kerja. “ ramah intan lagi. Langsung tidak kekok menjawab soalan yang dihujani kepadanya.

Beberapa minit bersembang, telefon intan berdering. Semua mata memandang kea rah. Cepat-cepat intan meminta diri untuk menjawab pangilan. Sejurus telefon di lekapkan di telinga, cuara cemas mak cik imah kedengaran.

“intan,kerja ke?” mak cik imah masih cuba mengawal resah yang bertamu di hati. Masih berkira-kira untuk membuka cerita.

“tak,kenapa ni mak? In dengar cemas je suara?” intan yang sudah dapat mengesan mula bertanya. Di hatinya sudah di ragut pelbagai andaian.

Pelbagai soalan yang timbul. Dugaan apa kali ni menjelma. Apakah musibah yang mendatang?  Dia mesti mendapatkan berita itu dari mak cik imah.

Mak cik imah yang diam membuatkan intan resah, “mak,bagitau je la, susah hati in ni.” Intan sedikit mendesak.

Nafas berat di lepaskan ,” nek wan.”

“kenapa dengan nek wan ,mak?” intan pantas memotong. Dia tahu ,sesuatu buruk telah berlaku.

“nek wan kamu jatuh dalam bilik mandi tadi. “

“hah? “ terkejut intan.

“nek wan cam ne sekarang.”

Mak cik imah melepaskan satu lagi keluhan, “ tak la teruk mana luka jatuh tu,doctor kata tekanan darah nenek kamu sangat tinggi. Dia asyik duk panggil kamu je tu.”

“intan balik sekarang,mak tunggu je.” Selesai member salam,talian di matikan. Langkah kaki intan di atur kea rah meja yang diduduki dato’ azmi sekeluarga. Intan  masih resah.

“dato’ saya minta diri dulu” walaupun di kawal eksperesi muka,namun afiq dapat membacanya. Begitu juga dato’ azmi dan puan alia.

“intan,kenapa ni?” dato’ azmi menyoal.

Tas tangan di capai , “ada emergency.saya kena balik kampong segera.” Intan terus berterus terang. Tidak mahu memanjangkan ppersoalan.

Afiq berdiri, “kampong awak kat mana?”

“Terengganu.” Tangan puan alia di salami.

“boleh ke dirive. Saya temankan.” Afiq mula resah. Dia bukan tidak yakin,tetapi intan baru sahaja menghabiskan shif malamnya malam tadi. Tentu masih penat.

“taka pa.saya boleh drive.saya minta diri dulu.” Langkah kaki di atur ke kereta. Intan tak mahu membazirkan masa nya. Dia harus cepat pulang ke kampong. Walaupun nek wan tidak teruk,tapi nalurinya tetap risau.

Pintu kereta di buka dan dia masuk ke dalam kereta. Enjin di hidupkan. Dalam fikirannya hanya ,ahu cepat pulang.

“intan,saya ikut. Please.” Afiq masuk ke kereta intan dan duduk di bahagian sebelah pemandu . hatinya tidak membenarkan intan memandu sendirian untuk ke Terengganu.

Tanpa dia sedari,dia sudah mula menyenangi intan . hatinya telah terpaut pada intan. Cuma dia masih belum pasti tentang perasaan intan. Afiq juga tidak mahu terburu-buru.

“pakaian awak?” intan masih sempat berfikir melihatkan afiq hanya santai dengan t-shirt dan seluar jeans.

“taka pa. nanti saya beli kat sana.biar saya drive.” Afiq sudah mahu membuka pintu kereta untuk memandu.

“taka pa.biar saya drive.” Intas terus menekan pedal minyak.


 ************


“awak tak nak ambik pakaian ke?” afiq menyoal apabila melihat intan terus menyusur keluar dari kuala lumpur.

“tak”sepatah intan menjawab.

“selesa ke awak drive ni.pakai baju kurung lagi ni. Biar la saya drive.awak pun penat lagi kan. Semalam on call kn.” Afiq mula meluahkan apa terbuku di hati. Melihatkan intan memandu dengan memakai baju kurung,dia pula tersa rimas. Tapi intan kelihatan seperti sudah biasa.

“taka pa.dah biasa. Awak tidur la. Lambat lagi nak sampai.” Intan kemudiannya mendiamkan diri. Begitu juga dengan afiq.

Intan masih focus pada pemanduannya.pedal miyak di tekan makin kuat. Dia mahu cepat sampai. Afiq di sebelahnya masih diam. Langsung tak tidur. Mungkin bimbangkan intan kot. dua jam perjalananintan masih belum mengura-urakan untuk meminta tolong afiq memandu.

“afiq, awak nak makan ke?” jika diikutkan hati,intan tak kisah jika menahan lapar sedkit pun. Dia mahu cepat berjumpa dengan nek wan. Afiq sendiri meminta intan untuk tidak menggunakan panggilan encik,dia tidak selesa.

“tak kisah,awak?” saya tak lapar.intan berpura-pura. “saya Cuma mahu cepat sampai.” Luah intan. Sungguh,jika bpleh terbang,dia sudah terbang ke Terengganu.tapi apakan daya,dia tidak mahu menyusahkan ikram untuk memeriksa penerbangan ke Terengganu kerana ikram sedang ada kes kecemasan.

“kalau awak tak kisah,biar saya drive. Tentu awak dah penat.” Afiq masih mahu membantu.

“taka pa. dah tak lama dah.lagipun,awak bukan kenal pun rumah saya kat kampong.”

Deringan telefon mematikan niat afiq untuk berkata.

“ya ayah. Kenapa?” intan yang tadi sedkit tenang,  kembali resah, mungkin memikirkan kemungkinan buruk.

“dah sampai mana? Jangan bawak kereta tu laju sangat.” Risau hati pak farhan bila memikirkan kata mak cik imah intan mahu pualang dengan kereta terus sebaik sahaja menerima panggilan tadi.

Cermin kereta di naikkan. “mana ada ayah, tak laju pun.” Intan tahu,ayah nya amat mengetahui yang intan tidak kurang hebat dalam memandu.

“yeke?”

“yela ayah.in bawak tak laju sangat pun. Laju sikit je.nek wan macam mana? Jap lagi in sampai neh.” Manja sekali suara intan bercakap dengan ayahnya. Afiq di sebelah hanya mendengar. Tak sangka intan seorang yang manja dengan keluarga. Tak pernah pula dia mendengar intan bercakap semanja itu. Afiq pula tersenyum.

“okeylah.ahti-hati.nek wan  kamu dah tak apa dah. Bila dengar kamu nak balik terus sihat.” Tergelak pula ayanya. Tak sangka pula emaknya boleh cepat sihat sebaik sahaja mendengar intan mahu pulang. Betapa kuatnya kasih saying antara nenek dan cucu.

“okey  ayah.  Jangan risau ok.” Talian dimatikan. Intan tersenyum senang. Nek wan dah semakin baik. Dia berniat untuk bercuti lama sedikit.mungkin dalam empat lima hari. Nanti dia akan menelefon ikram untuk mengantikan shifnya di klinik dan dia akan meminta cuti di hospital selama beebrapa hari. Dia mahu menghiburkan hati nenek.

“tak sangka ek,orang perempuan pun hebat dalam driving” afiq tergelak. Mengingatkan intan yang menaikkan cermin kereta tadi,dia tahu,intan menyembunyikan yang dia membawa kereta laju dari ayahnya. Kalau tidak,tak kan lah lepas bercakap cermin terus di turunkan.

“alah,biasa la tu,.” Intan tersengih.

“ayah awak tak tahu yer awak drive laju.” Afiq menyerkap ayat.

“ala.normal la tu,kalau tahu nanti ayah risau. Baik tak tahu.” Intan tergelak pula. Dia tahu,rahsianya telah diketahui afiq.tapi dia tak malu.sudah menjadi kebiasaan drive laju,terutama apabila mendapat emergency call.

“nenek awak sakit ker?” afiq yang terdengar butir bicara perbualan intan baru sahaja dapat mengagak bahawa nenek intan sakit. Itulah emergency intan tadi. Dari gaya percakapannya,intan merupakan orang penting dalam keluarga.

“a’a.nenek jatuh dalam bilik mandi. Campur pulak high blood pressure.” Kata intan sedikit hambar. Kasih saying neneknya tiada bandingan.

“oh.mcam tu.” Afiq hanya terangguk-angguk.



 ********

“nek wan?” laung intan dari halaman, sudah hilang salamnya entah ke mana. Sebaik kereta di berhentikan.dia terus memanggil nama nek wan. Walaupun sudah malam,tiada apa yang menghalangnya. Dia berlari-lari ke arah tangga rumah nek wan.

“in dah balik” masih kedengaran suaranya walaupun perlahan. Afiq yang di kereta di tinggalkan. Hanya nek wan sahaja difikirkan.

“in?nek wan kat sini.” Ceria dalam lemah suara neneknya.

Tubuh nek wan di rangkulnya. Dia betul-betul bersyukur. Pulang dia kali ni dpaat melihat nek wan ceria. Walaupun masih terbaring,tapi nek wan bahagia.

“ehe,ehem” tok man berdehem. Intan langsung tidak menghiraukan tok  man serta pak farhan dan mak cik imah.

“la.tok man pun ada?” intan menutup rasa malu kerana tidak mempedulikan orang lain.

“in,kenapa tinggalakn tetamu kat kereta. Tak baik tau.” Pak farhan yang baru mask ke dalam menegur.di belakangnya diikuti oleh afiq.

Intan menepuk dahi, “in lupa la ayah. Masuk la fiq.sory tinggalkan awak. Excited sangat” intan terus ke depan.

Setelah memperkenalkan afiq kepada keluarga,intan terus ke dalam. Afiq  akan tidur di rumahnya. Manakala intan akan tidur di rumah tok man. Dia mahu menemani neneknya. Melepaskan rindu la katakan.