Thursday 12 January 2012

kesempurnaanmu bukan keinginanku 24

Intan terduduk. Tak sangka afiq yang menelefon. Tapi kenapa di guna talian rumah. ‘taktik la tu, nak cakap dengan aku’. Intan tersenyum.dalam hati bukan main berbunga-bunga lagi. Hatinya bertambah senang. Rupa-rupanya,dalam diam afiq cuba mencari jalan untuk menelefonnya. Mungkin,begini lah cara dia nak tunjukkan dia sayangkan intan.

Beberapa minit kemudian,telefonnya berdering lagi,hah,tak lain tak bukan la tu,mesti si afiq ni. Mulut membebel, padahal dalam hati dah bersorak. Dah adat dah,perempuan namanya.

“kan da cakap. “ intan hanya memandang telefon itu berdering sehingga deringan itu mati sendiri.

Namun,deringan itu masih kedengaran setelah beberapa kali mati. Penting sangat ke afiq menelefonnya ni. Siap guna telefon rumah lagi. Ish. Tak boleh jadi ni.

Dengan basmalah,dia mengangkat telefon tu, “ hello?”

“a... ada pun budak bertuah ni. Kenapa mak cik telefon banyak kali tak angkat, risau di buatnya”

Intan hanya mampu tersengih. Berfikir alasan apa pulak nak dia bagi ni. Ni semua afiq punya pasal. Siap kau mamat . tak pasal-pasal aku kena bebel.

“hehe. Mak cik,intan kat tandas la tadi,lepas tu pi dapur,tu tak perasan. Tup tup,masuk bilik tengok-tengok ada panggilan dari mak cik. Baru nak call balik,mak cik dah call, ape lagi,terus angkat” panjang lebar intan menerangkan,harap-harap la mak afiq ni percaya,dah tak tahu nak kelentong apa.

“em..yelah tu.. intan sihat? Lama pulak rasanya tak dengar khabar.”

Betul jugak kata mak cik aisyah ni,dah agak lama dia tak menghubungi keluarga bakal mertuanya itu,setelah afiq buat hal. Eceh. Afiq pulak dah. Padahal dia pun apa kurang sangat.suka sangat merajuk.

“ye la kan.in pun agak sibuk kebelakangan ni.” Back up diri sendiri,sape lagi nak back up kalau bukan diri sendiri. Huhu. Nak harapkan si afiq,kempunan la agaknya.

“yela. Duk jauh tu pandai jaga diri. Sibuk-subuk pun jangan lupa solat dan orang kat Malaysia ni. “ nasihat puan aisyah.dia amat sayangkan intan seperti anaknya dan kalau boleh dia nak sangat intan menjadi sebahgian dari keluarga kelak seperti yang dirancangkan.

Sungguh,sangat tenang dan selesa di tegur supaya dirinya tidak lalai. “ cakap-cakap ni.intan nak cakap dengan afiq?”

“xpe..” tak sempat nak habiskan ayat ,afiq dulu menjawab dan mendapatkan ganggang.

 Tak kan la nak matikan talian. Apa kata mak cik aisyah pulak. Ni tentu dah berpakat dengan mak dia ni. Mengada betul la mamat ni. Saja je ye buat taktik.

“hai honey!” ceria betul. Sesuka hati je panggil honey. Makin lama mengenali akmal afiq ni,semakin mengada-ngada orangnya.

Rasa-rasanya semasa awal-awal kenal dulu,tak ada la gaya meleleh macam ni,cool je. Ni mengatal je tahu. Marah intan dalam hati. Tapi,marah kan tanda sayang.

“awak nak apa?” perlahan tapi tegas sedikit bunyi nya.

Afiq tahu,intan masih merajuk dengannya, “ala.nak cakap dengan tnang sendiri pun tak boleh ke?”

“bukan tak boleh,tapi cepat la cakap” malas nak bertengkar mulut dengan afiq,sebab bukan nya dia jugak yang akan menang.

“sabar la sayang.”

Geram sungguh intan ,mendengar ayat itu, “menggedik ea awak sekarang.”

Afiq tergelak. “mana ada,awak je perasan kot.” Afiq ketawa.

Hah. Aku pulak yang kena.marah intan. “jadi,kalau tak de pape,saya letak dulu,”.

Hamper-hampir sahaja talian dimatikan. “wait.in,bila nak balik?” soalan tu terpacul dari mulut afiq.

“hah?” intan blur. Balik? Buat apa? Ingat dekat ke. Dah la jauh.

“bila nak balik Malaysia?” sekali lagi soalan itu diajukan.

Berkerut-kerut muka intan. Kenapa mesti soalan itu di tanya, “balik?nak buat apa? Dah la jauh. Kenapa?”

Haha. Ni mesti intan lupa, perkahwinan mereka dah tak lama,lebih kurang 3 bulan je lagi. “awak tak ingat?”

“ingat ape?” intan masih dengar blurnya.

Ow… macam ni la intan rupannya.

“aik.cik intan dah lupa ea… ish3. Kan kita nak kahwin.” Macam budak-budak pulak afiq bercakap.

Intan menepuk dahi, ah. Dia terlupa. Langsung tak ingat. Walaupun tiket dah di tempah,dia lupa akan satu halt u. kahwin. Alamaknya,dah nak tamat la zaman remajanya. Dalam 3 bulan lagi.

“in?”

“yeah yah. I’ve got to go. Take care. Assalamualaikum. “ pantas talian dimatikan. Malu kot. Mana nak letak muka. Tarikh nak kahwin pun lupa.

Terasa semput nafasnya. Terasa seperti cepat je masa berlalu. Sepantas kilat.

Betul ke afiq tak berubah hati lagi,padahal dah berbulan-bulan  kita orang hanya berhubung melalui talian telefon je.


 ***********



Afiq membetulkan tali lehernya,memperkemaskan kemejanya. Kali ni dia terlambat bangun. Sejak beberapa hari lepas,semakin banyak kerja di pejabat yang memerlukannya sehinggakan kadang-kadang dia terpaksa pulang lewat malam untuk menyiapkan kerja-kerja tersebut.

Setelah beberapa minggu kebelakangan ini,kerja makin bertambah apabila dia di tanggungjawabkan menjaga syarikat papanya. Kata papa, bila lagi nak pikul tanggungjawab,nil ah masa yang sesuai. Memang sesuai sangat.

Kepenatan dan sengal-sengal tubuh badan dan otak yang penat dah tak dipedulikan,yang penting kerja mesti disiapkan dan dia tak boleh mengabaikan tanggungjawab dan kepercayaan yang papa dah berikan padanya.

“fiq,nak ke mana tu? “ mama sedang melangkah sambil menatang dulang yang berisi teko air.

Afiq membetulkan rambutnya pulak, rasa macam serba tak kena la. Ni lah rasa bila dah terlambat. “ ke mana lagi ma, tempat kerja la” afiq menrik kerusi dan duduk.

Mamanya hanya tersenyum, Nampak sangat afiq bekerja kuat untuk menjadi ketua yang baik dalam syarikat, dah tak sedar yang hari ni hari yang di tunggu selama ni. Kerja dah melebihi semuanya.

“bang,tengok anak awak tu.” Dato, memalingkan mukanya dan tersenyum. Semakin hari semakin matang anaknya. Bangga mempunyai anak seperti afiq. Amat bertanggungjawab orangnya.

Puan alia mendekati suaminya,lalu bahu suaminya di cuit, “bang,afiq tak ingat ke intan balik hari ni?” perlahan je. Malas nak di kecoh-kecohkan. Lagipun,dah agak lama dia tak mendengar afiq bercerita pasal intan.

Intan pun,hanya beberapa kali je menelefon bulan ni,katanya sibuk. Masuk akal ke tak tau. Ke budak berdua ni bergaduh. Hissh. Macam-macam andaian lah di buat pulak. Hati tuanya sedik rungsing.

Apa taknya,dia dah berkenan sangat dengan intan tu. Nampak macam keras tapi dalam hati lembut orangnya. Dia dapat rasa itu. Nampak macam kasar,tapi sopan. Alah,bila hati dah berkenan semua baik. Desis hati kecilnya.

“ye tak ye kan.” Suaminya memandang afiq.cepat betul makan. Dah tak ingat dunia ke? Budak-budak zaman sekarang. Baca bismillah ke tidak tau ,makan je.

Dato’ azmi berdehem. Sengaja. Mahu menarik perhatian afiq. Tapi deheman dia langsung tak mengganggu  konsentrasi afiq menghadap makanan.

“intan dengan fiq macam mana sekarang?”

Tersedak afiq yang sedang menghirup air the. Nasib baik dah agak suam, kalau tak,tentu lagi perit tekaknya. Apahal papa ni,nak tanya soalan tak kena timing la. Dah la tanya pasal intan.

Puan alia menghampiri afiq,belakang anak terunanya di gosok perlahan. Kesian pula anaknya. Kenapa sampai tersedak di tanya apabila di tanya pasal intan.

“apa pa?” sengaja bertanya balik. Mana la tau papa akan tanya soalan lain.

“hari ni balik lambat lagi ke? Papa tengok sejak kebelakangan ni asyik balik lambat je. Office dah jadi second house ke?” dato’ azmi sengaja lari dari soalan tadi. Hati tuanya pulak gusar.

Yes! Nasib baik. Terlepass. Ni saying papa ni. Desis hatinya. Tak perllu di perah otak nak di jawab soalan papa.

Dah berhari-hari dia dan intan tak berhubung, banyak kerja yang lagi memerlukannya.

“tak pasti lagi pa. kenapa pa?” afiq menghabiskan air dalam cawannya. Dia mahu terus ke pejabat. Dah lambat dah .

Afiq terus bangun meyalami tangan kedua ibu bapa nya. Bimbang makin banyak soalan yang diajukan.

“jangan lupa,intan sampai hari ni.” Mati langkah afiq. Biar betul apa yang didengarinya. Intan sampai hari ni? Hari ni? Macam tak percaya.

Jam di tangan di belek. A’a. betul. Macam mana dia boleh lupa.

“thanks ma.” Wajah papa dan mama di pandang.

Langkah yang tadinya sudah berada di muka pintu diteruskan ke kereta. Hatinya berbunga riang. Senang hati dia mendengar intan akan pulang.

Maknanya tak lama lagi hari bersejarah itu bakal berlangsung. Tentu intan berada dalam kapal terbang sekarang. Dalam tengah hari intan akan sampai.

Pintu kereta terus di buka dan kereta di pandu dengan tenang ke pejabat.


 ******

“encik afiq, meeting pada jam11 nanti.” sekali lagi peringatan di beri. Bimbang bosnya akan terlupa. Walaupun meeting dengan wakil-wakil department,dia tetap mengambil berat.

Walaupun hatinya berniat nak ke lapangan terbang awal untuk menjemput intan, tapi dia mesti bagi komitmen dalam bekerja, nanti apa kata stafnya. Dia mesti menunjukkan con toh yang baik.

Banyak hal yang di bincangkan. Meeting yang sepatutnya berlangsung selama satu jam emnjadi panjang hingga satu jam setengah.

Fail di depan di tutup. Di bingkas berdiri,diikuti pekerja yang lain. Selesai meminta diri,afiq terus ke pejabatnya.

Afiq melakukan sedikit regangan. Lenguh badannya sepangjang meeting dilangsungkan.

Di lihat jam di tangan,12.40 tengah hari. Macam ada yang tak kena je. Handphone di dalam poket di keluarkan. Banyak miscall. Dari papanya.

Bunyi ketukan di pintu, setiausahanya masuk, “encik afiq,dato’ telefon,katanya,dia tunggu encik afiq di lapangan terbang terus.”

Afiq menepuk dahi. Macam mana boleh lupa lagi. Intan dah nak sampai. Pantas kunci kereta yang berada di atas meja di capai. Mati lah kalau tersangkut dengan kesesakan jalan raya, lagipun dah nak lunch time ni.

“inform balik aktiviti saya petang ni after lunch.” Hanya itu yang mampu disampaikan. Tak mampu nak berfikir lebih. Dia mesti cepat.

Pemanduannya semakin lama semakin laju. Nasib baik terlepas dari kesesakan lalu lintas yang baru sahaja nak menunjukkan rupa tadi. Dalam 15 minit sahaja,dia dah boleh menjejakkan kaki di KLIA.

Turun naik nafas afiq saat tiba di perkarangan lapangan terbang. Kapal terbang yang dinaiki intan sudah mendarat.

Dari jauh nampak wajah ahli keluarganya dan ahli keluarga intan. Dia menghampiri. Namun wajah yang di carinya tiada.

“fiq? Baru sampai.” Tegur pak farhan.

Afiq tersenyum kelat. Tahu sangat,dia yang salah. Lambat sampai. Matanya melilau mencari intan.

“fiq,cari siapa?” tegur tok man.

Afiq hanya tersengih. Nampak sangat dia clumsy kali ni. Tak gentlemen langsung.

“intan kat tandas. Kami balik dulu. Kata sepakatnya, malam ni tidur rumah kita,esok bertolak balik ke kampung.” Kata puan alia. Semua barang-barang di tolak ke kereta.

“kamu nak ke mana?” semua mata memandangnya.

Afiq pelik. Apa pulak yang tak kenanya kali ni.

“kenapa ma?” afiq memandang mama dengan perasaan yang sangat pelik.

“kamu ni.kalau aifq balik dengan kita orang,siapa nak tunggu intan?” kata puan alia.

“oo..” hanya itu yang mampu terluah. Kenapa la dengan dia hari ni. Semua benda asyik lupa je.


 ******

Setelah hampir sepuluh minit menunggu,barulah muncul intan. Dengan mukan yang agak masam dan tak ceria,afiq dah rungsing. Intan nak mengamuk k? ya ampun. Jangan la kat sini,malu dengan orang nanti.

“asal pandang saya macam tu?” intan bertanya ,geram pulak dengan pandangan afiq yang melihatnya macam apa tadi. Dia pulak naik segan. Tahu la dah lama tak tengok dia,tapi jangan la tengok sampai tak ingat dunia.

Afiq menggaru kepalanya, “ tak ada ape-ape la.”

Intan masih memegang perutnya,dia tahu perutnya dah masuk angin. Tu la. Menggedik tak nak makan dalam flight sapa suruh. Tempah susah sendiri,sendiri tanggung.

Kiri kanan di pandang, “mana orang lain?” intan pun pelik,mana semua orang,tak kan lama sangat dia dalam tandas tadi. Walaupun lama,tak kan la tak boleh tunggu langsung. Merajuk la macam ni. Dah la penat.

“dia orang dah balik.” Afiq menjawab selamba.

Intan sedikit terkejut, kompromi apa pula kali ni. “saya?”

Afiq tersenyum. “kan saya ada.jom” afiq berjalan mendahului intan.

Setibanya di kereta,sebungkus cardboury di berikan kepada intan. “welcome back to Malaysia intan.” Panjang senyuman afiq. Sungguh, dapat bertemu mata dengan intan sudah gembira, aptah lagi sekarang,dapat pulak bersembang dengan intan.

“kenapa tak gerak-gerak lagi ni. Nak tido sini ke apa?” marah intan. Sebenarnya,dia tak tahu nak sembang apa. Lagipun terasa kekok nak bercakap dengan afiq,dah agak lama dia tak bersembang dengan afiq melalui telefon.

Tambahan sekarang afiq ada depan mata.lagi la nervous,tapi masih dalam keadaan terkawal.

“jom ,kita pergi makan dulu.” Kata afiq setelah beberapa minit pemanduan.

Intan menjeling sebelah, ‘ada-ada mamat ni’. “tak nak.” Malas melayan. Lagipun nanti apa kata keluarga nanti.

“ala.boleh la,saya nak balas rindu dendam ni.” Terkejut intan dengan kata-kata afiq. Makin berani afiq bermain ayat cinta depan-depan kali ni.

“asal diam ni.” Afiq cuak. Intan marah ke?

“bisu ke?” afiq belum dapat jawapan lagi ni,sudi ke tak intan nak makan bersama dia ni.

“cakap baik-baik,kan saya sumbat dengan plastic ni.” Marah intan lalu di tunjukkan plastic cardboury yang dah habis di makannya tadi.

“so?”

“apa yang so?” intan menaikkan keningnya,apa lagi mamat sebelahnya yang merupakannya ni nak.

“kita pergi makan dulu eh?”

Intan buat muka selamba, “ ikut awak la.bukan saya pon yang drive.” Jawapan itu dah member green light kepada afiq.

Berbunga hatinya,ingatkan intan dah tak sudi nak makan bersamanya. Rupanya tak la keras sangat kepala otak si intan ni nak di cair dan di pujuk.

Kereta di pandu menuju ke kedai makan . dia terasa mahu makan ‘hot plate’.

Setelah satu jam berada di kedai itu,masing-masing bergerak untuk pulang.

Dalam pukul 3 petang,mereka tiba di rumah di sambut dengan meriahnya.

Intan sungguh gembira, dengan kek bagai lagi. Ada belon-belon gitu. Macam sambut birthday budak kecik la pulak da.

Sungguh,dia bahagia!

No comments:

Post a Comment