Sunday, 14 August 2011

BAB1:KESEMPURNAANMU BuKAN KEINGINANKU




Intan berjalan menyusuri pantai pada petang itu. Dalam hati nya pelbagai perasaan yang hadir. Hanya itu yang mampu di lakukan tatkala keresahan. Di benar-benar resah kala ini. Peperiksaan semester akan bermula tak lama lagi. Dia masih belum bersedia
Banyak perkara yang ada dalam benak nya sekarang.

“Argh!!!” dia menjerit . melepaskan resah di hati.

 Mungkin ada yang menganggapkan tak betul. Itu lah yang dia alami sekarang. Mahu study pun tak senang. Satu keluhan demi keluhan. Akhir dia duduk di gigi air pantai yang sejuk itu. Tak lama selepas  itu, dia menyingsing kaki seluar dan mula berjinak-jinak dengan gigi air. Sesekali kegengaran tawanya dan berlari mengelak ombak membasahi kaki seluarnya.

“apalah ombak ni. Main kejar-kejar. Penat aku. Tau x?” intan mengomel sendirian. Walupun dia amat mengetahui bahawa ombak tiu tak akan memberi sebarang  respon kepadanya. Setelah penat,dia mengambil seliparnya dan berjalan menuju ke rumah nya.

“mak!ayah!intan dah pulang!”
 persis seorang anak kecil intan melaung dari halaman rumah. Sambil terlompat-lompat. Masih tak berubah perangai nya walupun usia sudah melangkau angka 20. Dia masih dengan perangai nya yang satu itu. Dia amat selesa dengan dirinya.

“bang,tengok anak awak tu. Terlompat-lompat” mak cik imah memberitahu suaminya. Pak cik farhan yang ketika itu sedang membaca surat khabar, menoleh ke arah tingkap melihat anaknya itu. Lantas dia melipat akhbar di tangan untuk menuju ke halaman rumah.

“amboi.anak ayah ni.ceria semacam je Nampak. Tadi monyok semacam je “ ceria pak farhan menyapa anaknya.

“mane ada la ayah ni… intan sajeje buat muka monyok.”intan tergelak.
Mengingatkan reaksi nya yang mendung semacam je semalam.

“yela tu. Anak ayah ni dari mana?jumpa buah hati yer?” pak farhan mula menyakat.


“mana ada laa ayah ni,sedap je kata kat intan cam tu. Merajuk la cam ni.” Intan mula menarik muncung. Buat-buat merajuk dengan ayah nya. Padahal,dalam hati,dia rasa lucu dengna soalan ayahnya itu.

“alah.comel nyer anak ayah ni.da macam muncung itik+angsa dah ayah tengok” pak farhan gelak dan berlalu ke belakang rumah untuk melihat tanamannya.

“mak!tengok ayah tu. Kutuk intan. Marajuk la macam ni” intan melabuhkan punggung di birai tangga.dia terus memasamkan mukanya agar dia cepat-cepat di pujuk.

 Di kala itu juga mak cik imah sudah tiba di pintu rumah.”ayah kamu tu,sajeje nak manja-manja dengan kamu. Lagipun,intan kan da lama tak balik rumah. Mula la tu nak mengusik.” Mak cik imah persis memujuk. Suaminya sememang nye begitu. Amat suka menyakat anaknya yang seorang ini.

“hah!kamu bila balik kl?”mak cik imah masih meneruskan ayatnya.

“insyaAllah,esok.bas malam, kenapa mak?” intan hairan dengan soalam mak nya.

“sajeje. Ingatkan nak masak lauk sedap-sedap masa kamu ada di rumah ni.” Sengih mak cik imah dan mula menapak ke dalam rumah,kerna hari pun kian melabuhkan tirai nya tak lama lagi.



 ********


“mana ayah mak?” soal intan yang masih belum kelibat ayahnya.

“ayah kamu tu,biasa la,kt surau la waktu cam ni. Lepas isyak nanti baru dia akan pulang. Kamu ni,apekehal tanya nyer?” jelas mak cik imah yang melihatkan anaknya itu tidak senang duduk melihat pak farhan yang tak Nampak batang hidung nyer.

“la.yeke? lambat lagi la boleh makan ni?”rungut intan pulak.

“lambat ape ke bendanyer..jap lagi sampai la ayah kamu tu.
Apa kata kamu pergi panggil adik-adik kamu yang dua orang lagi tu. Asyik duk terperap kat bilik ker. Tak elok jugak”
mengomel mak cik imah. Anaknya yang lagi dua orang tu, jarang sekali Nampak batang hidung kalau waktu malam. Asyik memerap di bilik jer. Ape ke kerja nya pon dia tak tahu. Yang sorang lagi ni,si abang kepada  intan ni,jarang sekali menjenguk ke kampong ni maklum la,baru melangkah ke alam pekerjaan.

“mak,abang tak balik ker?

“bulan lepas ada la balik sehari dua. Bulan ni tak ada la berbunyi dia nak balik. Kenapa Tanya?”
hairan mak cik imah memikirkan soalan intan itu.

“tak de la.da lama tak jumpa abang. Rindu la pulak” intan menayangkan giginya pula.

“apa yang dua  beranak ni duk borakkan ni?sampai ayah balik pon tak sedar ni?” pak farhan sudah mula melangkah ke dapur. Di ikuti juga dengan anak-anaknya yang lain.

“tak ada apa la bang oi. Ni intan ni. Duk tanya , irfan tak balik ker. Kata nya rindu.” Mak cik imah pula yang menjelaskan.

“ow….begitu yer..intan, kalau rindu tu,cari lah seseorang penyeri hati . mana la tau da tak rindu kat abang kamu tu kalau da seseorang” jelas tuturan pak farhan.

Dari pengamatannya,anaknya ni masih belum berpunya .
Bagi intan pula,alamak ai,ayah ni,fikir overdos la pulak. Aku ni, ish3. Tak berminat ler lagi nyer.

“hehe.. tak apelah ayah. Lambat lagi tu. Jom makan.”
intan menayang barisan giginya lalu mempelawa yang lain makan. Dia sudah tidak mahu topic tadi di panjangkan lagi. Dia tiada jawapan pada persoalan ayahnya.

 Malam itu, intan sekeluarga menjamu selera dengna baik sekali. Sesekali kedengaran gelak tawa dari bibir masing-masing.


Malam itu,intan masuk bilik setelah jam menginjak ke angka sebelas malam.
Mata nya seperti sudah mahu tutup.

Gegaran telefon bimbit yang dalam mode silent meminta di jawab tidak diendahkan. Dia tahu,rakan-rakannya semestikan mahu jawapan sama ada mahu mengikuti mereka membeli belah ataupun tidak setelah kembali ke kl nanti.

Baginya, malam ni milik nya. Dia memerlukan ketenangan itu.
Akhirnya dia terlena tanpa disedari.
Keempkan tilam katilnya terasa seperti mengurut badannya yang lemah itu.

Dia amat rindukan suasana di kampong halaman,dan juga di rumah. Dia lebih selesa berbanding di bandaraya dan kota besar di kuala lumpur yang sentiasa sesak dengan manusia.

No comments:

Post a Comment