Tuesday, 23 August 2011

bab 12: kesempurnaanmu bukan keinginanku

Dua hari berada di kampung,intan mengembara kampong dan Berjaya melepaskan rindu pada keluarganya.  Nek wan lah orang paling gembira dengan kepulangannya. Sentiasa berkepit dengan cucunya. Ke mana intan pergi,ke situ lah dia ada. Katanya jika dia jauh dari intan,bimbang intan akan pulang ke kuala lumpur.

Lagu di corong radio langsung tidak menarik  minatnya. Punat ‘off’ di tekan. Jarang sekali dia mendengar radio walaupun bila memandu jauh. Celoteh DJ radio kekadang membosankan baginya. Kini dirinya berada di tengah lebuhraya setelah bertolak pagi tadi.

Walaupun nek wan dan tok man ada memujuk untuk tinggal lagi lama,dia masih tetap dengan keputusannya. Tak kan lah nak di tinggalkan kerjanya di kuala lumpur. Ramai lagi yang memerlukan bantuan.

Deringan telefon menghilangkan khayalan intan kepada keluarganya. Di kerling sepintas lalu dada skrin telefonnya yang berada di dashboard. Private number?? Peliknya. Siapa pula ada nombornya yang ini. Tak kan lah ikram tukar nombor baru. Pelik.

Earphone pantas di capai. Punat,butang answer di tekan.

“hello?”

Intan diam. Suara lelaki di talian. Siapa pula yang menelefonnya ini. Pastinya bukan ikram.

“doctor intan?”

Tersentak intan. Pemanggil tahu namanya. Pemaggil tahu dia bekerja sebagai doctor.

“ni saya ni.afiq” afiq yang menyedari intan masih membisu memperkenalkan diri. Mungkin intan tak biasa di kunjungi panggilan dari insane yang tak di kenali.

“afiq?” intan tidak ingat. Siapa pula afiq.

“yang pinjam telefon you hari tu.” Afiq member klu yang lagi jelas agar intan mengingati siapa dirinya. Lansung tidak mahu berteka teki.

“oh..encik afiq. Maaf. Saya tak perasan.” Intan tersenyum.

“taka pa. ada apa encik afiq?dato’ sakit ker?” intan masih dengan sifatnya yan perihatin. Dia memang bimbang jikandato’; azmi jatuh sakit lagi.

Afiq tergelak, “no.no.papa  saya okey je. Dah makin sihat dah. You kat mana? Dengar angin macam kuat je.”

“oh…tak jelas ke suara saya?” intan menekan butan untuk menaikkan smua cermin keretanya. Dia lagi selesa membuka tingkap kereta semasa memandu berbanding pasang ‘air cond’.

“jap yer” intan menyambung lagi.

Kini kesemua tingkap keretanya sudah di naikkan, ‘air cond’ di pasang. “ dah jelas sekarang?”

“ye.makin jelas.you kat mana?” datar suara afiq.

“saya kat malaysia la . ada apa encik afiq telefon saya?” intan masih berdalih.

Afiq tergelak,makin lawak intan ,” main-main ye intan.” Afiq sedikit geram dalam kepura-puraan. Dia makin senang.

Intan ketawa,” mana ada main-main la,saya tengah bercakap telefon ni.”

Oh.tak sangka intan semakin pandai bermain kata untuk menyakatnya, “intan,you kat mana? You free tak?”

“free je untuk cakap telefon. Kenapa?” intan masih dengan sisa gelaknya.

“I ingat nak ajak you keluar?” afiq mejelaskan niatnya menelefon.

Intan masih focus pada pemanduannya, “now?”

“bila-bila you free.” Suara afiq masih mengharap.

“for now,saya memang tak boleh,kalau petang sikit,saya free sikit.amacam?” mudah kali ni intan bertoleransi. Lagipun ,dia mahu keluar mencari barang keperluan dapur rumah.

“okey.just say kat mana dan pukul berapa. I datang nanti” afiq melompat kegembiraan.

Intan diam seketika. Berfikir. Dalam satu jam lebih lagi dia akan sampai ke kl. Tapi,tak kan lah nak terus keluar. Penat kot.  Pukul 3? Ok tak? Pukul 4? Cam lewat jer.

“er…pukul tiga setengah boleh?” intan teragak. Nak kata lunch dah tak de makna lunch nyer.tea time.tak sampai waktu lagi.lantak lah.

“boleh. Boleh.kat mana?” afiq menerima seadanya,walau di mana dan pukul berapa di tetapkan intan. Dia sanggup.

“di times square. Saya nak shoping sikit selepas keluar dengan encik afiq.” Intan menjelaskan kedudukan niatnya.

Afiq tersenyum, di langsung tidak ambik kisah,lagi lama dia keluar dengan intan,lagi dia gembira, “ I temankan you shopping boleh?”

“err…….”

“yela.alang-alang kita keluarkan,tak kan la nak jalan-jalan je.may be boleh jimatkan masa. Keluar temankan you shopping.”

“okey”

Sudah agak lama berbual,intan meminta diri. Lagipun,petang nanti bakal berjumpa juga. Jadi ,tak salah jika di menghentikan perbualan yang sudah agal lama ni. Telinganya sudah panas dengan earphone di telinga.

 Selesai mematikan talian,tingkap kereta di turunkan,pedal minyak semakin kuat di tekan. Dia mahu cepat tiba di kuala lumpur.


 *****

“err..hello?” intan yang masih mamai menjawab telefon. Deringan telefon mengganggu tidur nya yang lena. Kepenatan memandu membuatkan dia terlentok di sofa di ruang tamu. Sesampai di rumah sewanya,tiada apa yang difikirkan,mahu menghilangkan penat.

“hello.intan kat mana?” macho sahaja kedengaran suara di talian.

Dengan suara yang serak kerana baru bangun dari tidur intan menjawab , “kat rumah la.kenapa yer?.sapa ni?” intan masih.

“afiq ni?oh.yeke?” afiq tahu,tentu intan tertidur kerana kepenatan. Dia yang sudah sampai di times square mencari kelibat intan di tempat yang dijanjikan.tetapi bayangan intan pun dia tak Nampak.sebab itulah dia berkeputusan menelefon intan. Tak sangka pula intan tertidur.

“hah?”

“afiq?”

“dah pukul berapa?” intan bingkas dari sofa. Jam tangan di pandang. Sudah  3.45. mati aku. Dah lambat ni.

“encik afiq.jap lagi saya sampai.dalam setengah jam.”

Talian terus di matikan tanpa sempat afiq berkata apa-apa. Afiq baru sahaja terfikir untuk mebatalkan pertemuan itu kerana khuatir akan menyusahkan intan.tapi intan terlebih dahulu membuat keputusan.  Dia menerima sahaja.

Tuala tersangkut di capai. Berlari intan ke bilik mandi. Dia sudah lambat. Dia mesti cepat. Tidak mahu afiq tertunggu-tunggu. 20 minit sahaja,dia sudah melangkah ke pintu times square. Apa tidaknya,mandi sekadar basah sahaja,. Dan memandu seperti ribut.

Di lihatnya afiq sedang duduk di bangku sambil minum air yang mungkin baru sahaja di belinya. Lalu di menghampiri. Rasa bersalah kerana membuat afiq menunggunya agak lama. Padahal mereka baru sahaja mengenali. Sunnguh,dia tidak sengaja.

“assalamualaikum…” intan menghampiri lelaki yang leka dengan minumannya tanpa menyedari intan sudah tiba di sisnya.

Pandangan afiq dihalakan kea rah intan. Automatic reflexnya berdiri, “waalaikumussalam.awak dah lama sampai ke?”

Dengan senyuman nipis intan menjawab , “ tak la.baru je.awak tu,tentu dah lama tunggu saya kan?” intas masih rasa bersalah.

“tak ada la.jom saya teman awak pergi shoping.” Afiq makin bersemangat dari tadi.

“err….awak tak kisah ke?” intan masih kaku langkahnya di situ.

“langsung tidak.jom la.” Afiq pula kini bersemangat. Macam la dia yang mhu shoping. Padahal intan yang ingin shpoing masi tidak bergerak.

“jom la.”

“ye. Jom.” Mereka melangkah bersama.  Seperti sudah lama kenal mereka berbual. Dari satu kedai ke kedai lain di jelajah mereka. Keseronokan jelas di rasai mereka. Setelah jam menginjak ke angka enam,masing-masing ke ruang makan untuk menjamu selera. Kebanyakkan baran yang di boring intan dengan relanya di bawa afiq. Bukan menyurh,tapi dengan kerelaan afiq sendiri.

Di restoren mereka berbual dan hubungan yang baru mula mesra terjalin dengan lebih rapat. Intan sendiri tidak menyangka yang dia akan bersahabat baik dengan seorang insane bernama lelaki dalam waktu terdekat ini.

Dulu kehadiran lelaki merimaskannya,tapi kini,kehadiran leleaki itu menyelesakannya.dan juga membuatkan dia rasa senang dan selamat.

akmal afiq! Keistemewaan apa yang dimiliki lelaki itu pun dia tak tahu. Yang pasti,kehadiran akmal aifq membuatkan hati intan kembang bak mawar merah. Dia senag hati dengan pertemuan dan perkenalan berharga ini.


 *****



Setelah jam menginjak lewat petang,masing-masing membawa haluan sendiri setelah afoq menhantar semua barang intan ke keretanyaa. Dan  mereka juga berkeinginan  untuk berjumpa lagi dalam masa terdekat ini.

Diharapkan pertemuan seterusnya akan menerbitkan perasaan yang lebih rapat dan intim lagi.

No comments:

Post a Comment