Thursday 29 December 2011

kesempurnaanmu bukan keinginanku 23


Tak sangka,waktu yang di tunggu-tunggu telah tiba, berat pula rasa hati nak meninggalkan keluarga walaupun masih boleh berhubung dengan telefon. Pasti dia akan merindui bumi Malaysia ni. Tapi,niat hati ikhlas,nak meneruskan pembelajaran. Itu cita-cita dia dari dulu lagi.

“in,kat sana jaga diri elok-elok” pesan mak.

Ayah pula menambah, “selalulah telefon sini.” Nasihat dan pesanan,satu demi satu di dengar. Dari kejauhan, dia melihat tunangnya itu,agak muram mukanya. Mungkin bersedih,tapi dia? Sedih ke dengan perpisahan ini? Intan sendiri tak pasti. Apa lah lagi dugaan bakal mendatang. Tapi, semenjak dua ni,dia mula menyenangi sikap afiq yang sentiasa di sisi dan memahami dia. Terasa selamat dan sangat selesa. Apakah dia bakal merindu lelaki itu? Dia sendiri was-was.

Tiba-tiba telefonnya berbunyi menandakan mesej masuk, di baca,

 “ take care dear. I’ll miss you so much. J

Afiq memang macam tu,belakang family bukan main lagi berani menyakat,bila depan-depan,tak berani pulak. Pantas keypad telefon di tekan,membalals mesej lelaki itu. Tak lama selepas itu,afiq menapak ke arahnya.

Sungguh,afiq bagai tak merelakan pemergian intan. Bukan sehari dua,tapi dalam enam bulan akan datang dia akan bertemu mata dengan bakal isteri dia itu. Sungguh,dia akanmenanngung beban rindu yang mendalam.

“jaga diri ye. Miss me “ pelahan je afiq menuturkan,tapi dari pandangan matanya,Nampak sangat ikhlas. Intan amat terharu. Yeah!! Dia akan merindui keikhlasan lelaki itu. Walaupun baru mengenali hati lelaki itu,dia mahu mengenali lagi,dan tak sanggup perempuan lain mengenali lelaki itu lagi mendalam dari dia. Dalam hati dia berdoa. Dia akan membenihkan perasaan sayang dan cinta itu buat insan bernama akmal afiq itu.

Sebaik memasuki balai pelepasan,mata dia berkaca-kaca. Tak mampu lagi nak di tanggung air jernih itu, ingatkan dia masih mampu menahan air jermih itu dari merembes,tapi malang tidak. Dia tak lah seteguh dan sekuat yang di sangka kan. Sungguh,walaupun baru sahaja berpisah dengan keluarga, sudah terasa rindu itu bagai berhari-hari rasanya. Ah!! Sabar lah duhai hati.

Setelah memastikan penerbangan intan berlepas, afiq melangkah bersama-sama ahli keluarga yang lain. Masing-masing bergerak menuju ke rumah, hanya dia yang membawa diri. Dia mahu menenangkan fikiran dan hatinya. Tuning tersayang sudah jauh di mata. Hari-hari mendatang akan berubah tanpa insane tersayang. Ah! Kusut. Dia berharap yang dia akan sabar menunggu dan di kurangkan dugaan yang bakal menimpa. Dia bimbang tidak teguh dan tak kuat untuk mengahadapinya.

Akhirnya,setelah satu jam lebih duduk menenangkan fikiran,kunci kereta di capai dan terus di pandu kereta itu ke rumahnnya. Bimbang apa kata keluarganya nanti melihat yang dai tiada di rumah setelah menghantar intan ke lapangan terbang tadi.


 ******

Sampul surat yang tak bernama dan tak ada tanda pos yang berada di atas meja di pandang sepi. Siapa la pulak yang letak sampul surat ni. Hish

Sudah beberapa hari dari minggu lepas intan jarang berhubung dengannya. Katanya banyak tugasan. Macam-macam alasan yang muncul . ah! Dia rindu sebenarnya. Memang,dia dah angau dengan intan. Walaupun dah beberapa bulan intan berada di Negara barat hubungan mereka berdua bertambah baik.mungkin ini lah hikmahnya intan menyambung pelajaran dan berada jauh darinya. Dia dapat belajar menrindu. Sungguh,dia rindu. Mana mungkin terbalas semua rindu dengan hanya bercakap di talian sekadar beberapa minit..

Jam di dinding di kerling. Dah masuk tengah hari. Tapi, setiausaha dia tiada pulak memaklumkan apa-apa pasal surat itu. Pantas tangannya mencapai surat di meja dan dia melabuhkan punggungnya di sofa berdekatan.

“apa ni?”
Melihat seakan seperti gambar. Semua isi di keluarkan dan di letak di atas meja. Terbuntang matanya melihat gambar intan. Intan dengan seorang lelaki. Sekali pandang sangat mesra,sekali pandang Nampak macam biasa je. Apa semua ni?

Intan curang pada aku?? Kepala afiq berserabut. Apa ni? Dia sendiri keliru. Apa makna semua ni? Pantas nombor telefon intan did ail. Dia tak kira,dia mahu penjelasan.

“intan!” sedikit kasar, tanpa salam afiq membuka bicara setelah talian di sambungkan.

“in ada discussion ni. Apa ape ye?” intan hairan. Kenapa afiq telefon dia pada waktu macam ni.

“apa makna semua ni?” afiq bingung.

Intan semaik hairan. Apa yang afiq merepek ni,dia langsung tak faham, “makna apa awak? Tak faham la.” Intan menggaru kepalanya yang tak gatal. Kenapa dengan afiq ni,dengar suara macam angin satu badan jer.

“awak..please la…terus terang” afiq makin bengang. Macam mana intan boleh tidak tahu apa-apa,sedangkan gambar yang dilihatnya adalah gambar intan.

“I don’t know. What’s wrong?” intan mengendurkan suara. Sungguh, dia sendiri rasa tak sedap hati semacam je ni. Apa pulak la masalah yang bakal menimpa. Sesungguhnya dia takut untuk merasai kehilangan itu.

Ya Allah,bantu lah hamba-MU ini. Afiq merintih dalam hati. Punat merah telefon di tekan. Dia perlu bertenang. Tak mahu terburu-buru. Nanti bimbang akan memakan diri sendiri.

Intan sudah mula menggelabah. Sudah la afiq tanya apa yang dia tak tahu. Afiq pula mematikan talian tanpa meneruskan soalan tu. Intan buntu. Afiq pula tak menjawab panggilannya,walaupun dah berkali-kali nombor afiq di dail.

Intan mengeluh. Tak tahu apa yang harus dia lakukan,nak tanya mak ayah dia,rasa macam pelik semcam je. Tak kan la nak libatkan mak ayah pulak. Nanti makin porak peranda la kehidupan. Akhirnya ,dia terus menekup muka dengan bantal.

Afiq melonggarkan tie dengan kasar,panggilan intan tak di jawab,walaupun dia sangat ingin menjawab,tapi dia tak bpleh menjawab. Tak tahu apa jawapan jika intan bertanya apa maksud soalannya tadi.

Lalu langkah nya di atur ke meja setiausahanya, “ada sesiapa masuk office saya awal pagi tadi?” bertanya sambil mengangkat keningnya. Dia mahukan kepastian itu.

“tak ada ,encik “ pantas setia usahanya itu berdiri dan menjawab. Sangat menghormati ketuanya seorang itu.

“ha..” dia mengeluh.

“kenapa ye?”

Afiq menggelengkan kepalanya. Tak mahu mengheboh-hebohkan.

“saya balik awal hari ni.” Selepas menuturkan ayat itu,dia terus ke bilik,mengemaskan barang dan mahu terus pulang. Habis melayang semua moodnya. Tapi kerja tetap kerja. Kerja-kerja yang tertangguh di bawa pulang, berharap dia akan lebih tenang malam nanti untuk menyiapkan kerja itu.

 ******

Bai-bait perkataan di dada skrin telefon di baca dengan penuh hati-hati.

 “ dear, I’m sorry. Saya nak bersendirian. Forgive me.”

Kenapa dengan afiq? Dia bermasalah kah? Ah!!! Ape ni? Nak buat kerja pun tak senang. Serabut betul la.

Telefon di campakkan ke atas katil dan ikuti dengan dirinya yang menghempaskan tubuh di atas katil. Dia memerlukan ketenangan untuk mengulangkaji. Dia tak boleh terus terusan macam ini. Nanti makin parah.


 **********

Seminggu dia menyepi , sms intan tak di balas dan panggilan intan pada minggu lepas tak di hiraukan. Dia amat tertekan. Dia afiq masih tak berdaya, tak mempunyai kekeuatan lagi untuk bercakap dan berhubung dengan intan,walaupun sehari bagaikan setahun dia merindui gadis itu.

Telefon di atas meja di capai. Apa harus dia lakukan. Dail nombor intan ataupun tidak?

Beberapa minit,nombor intan tetap tak di dail. Rasa gementar pula. Pantas,jari jemarinya mencari inbox. Mahu di car isms yang di terima dari intan beberapa hari lepas sebelum intan menyepikan diri.

“if in ada buat salah. I’m sorry. And truly sorry jika
saya tak mampu gembirakan awak. L

salah dia ke sehinggakan intan berfikir sebegitu. Tapi dia tak sengaja. Dia amat menyayangi intan. Dia tak sanggup berpisah dengan intan. Bimbang kemungkinan itu akan berlaku.

Kali ni dia tal boleh teragak-agak lagi,nombor intan wajib di  dail. Namun, dia hampa,panggilan itu tak berjawab walaupun banyak kali di  dail. Apa intan merajuk? Terasa dengan dia? Ya Allah, apa aku dah buat ni.

Dia mesti tabah.

“taka pa fiq,mungkin intan tengah ada kerja” dia berkata pada dirinya sendiri. Dia tak boleh buruk sangka.

Intan hanya mampu memandang skrin telefon itu. telah ditetapkan di hati bahawa dia tak kan menjawab panggilan afiq. Hati dia amat terasa dengan sikap afiq kerana tak menjawab panggilannya beberapa hari lepas.

“padan muka! Rasa kau! “ intan marah. Macam lah afiq mendengar. Benar,hati dia mudah terusik sekarang dengan sikap afiq. Mungkin sebab dia dah dapat merasa afiq sebahagian dari hidupnya.

Pantas di ambil bantal dan di tindih di atas telefon itu,puas hati dia. Untuk reject panggilan itu dia tak sampai hati. Dia mahu melihat sejauh mana kesungguhan afiq nak menghubunginya.

“aish! Asal dia ni tak anngkat ni. “ afiq menggaru kepala,dia tak bijak dalam mengendalikan hal-hal macam ni. Selama ni intan tak ada pula buat hal macam ni. Buntu ni.

Di  dail lagi nombor intan sampai berpuluh-puluh kali,masih tak berangkat. Aduh… dia kena bijak . nanti malam la telefon balik. Hehe…. Dalam hati dia berharap sangat intan menjawab panggilannya malam nanti.

Selesai sahaja menunaikan solat isyak,afiq terus membelek telefonnya.

‘kalau aku guna telefon aku,kan dia tak angkat pulak’ afiq masin bermonolg dengan dirinya sendiri.

‘tak boleh jadi,so?’ dalam kepalanya ligat mencari cara. ‘tak kan nak guna mama?’ …’tak boleh’ . kepalanya di geleng.

“yes!” melompat afiq setelah beberapa minit berfikir. “asal la lampi sangat ni. Guna telefon rumah. “ dia menjongketkan keningnya.

Pantas nombor intan di  dail. Tak lama kemudia, panggilan bersahut, “assalamualaikum mak cik.”

Afiq diam. Dah agak dah. Ni mesti dia ingat mama yang telefon. Nak mengelak dengan aku yer. Pandai kau ea.

“waalaikumussalam cik intan.” Jawab afiq,di lembutkan sedikit suara seperti suara seorang pondan.

Menyerbu darah ke muka intan. Afiq! Talian terus di matikan.


No comments:

Post a Comment