Sunday 18 December 2011

kesempurnaanmu bukan keinginanku 22



Sesekali afiq bersin. Mungkin di sebabkan agak lama kehujanan tadi. Rasa  menggigil tubuh nya. Pada ketika itu,tok man sudah masuk ke bilik yang di huni afiq jika bertandang ke Terengganu.

“demam ke fiq?” lalu dahi afiq di sentuh dengan tapak tangannya. Panas.

“panas ni.tok panggil intan” pantas tangan tok man di capai. Dia tak mahu menyusahkan intan. Nanti kebah la demamnya. Bukan teruk pun.

“tak yah la tok. Sikit je ni” afiq menyakinkan tok man. Tak mahu tok man risau tentangnya. Apa lah sangat demamnya ni. Lagi pun , yang penting tujuannya ke sini,mahu bertemu mata dengan intan. Sudah agak lama tak di tatapi wajah itu,rindunya makin membuak-buak.

 Namun,kata-kata afiq tak dapat mematikan langkah tok man yang sudah keluar mencari intan.

Intan yang dari dapur sudah menapak ke ruang tamu apabila mendengar tok man melaung namanya. Entah apa yang dikehendaki tok man un dia tak tahu. Sebelum ni tak de la pulak tok man bersemangat sebegitu memanggilnya.

“ade ape tok?” sambil menyingsing lengan bajaunya yang sedkit basah ketika berada di sinki tadi.

“ada pun kamu”

“tolong tengokkan afiq tu. Panas badan dia” kata tok man.

‘dah agak dah,mesti kait dengan mamat tu. Maklumlah,cucu kesayangan la katakan’ intan mengomel dalam hati.

“ape lagi” tok man menunggu di hadapan intan. Tiada cara lain.intan mengorak langkah ke bilik yang didiami afiq.

Dengan lafaz basmalah,intan melangkah dengan kaki kanan ke bilik. Ape ke takutnya nak masuk bilik itu pun dia tak tahu.

Tatkala itu,tok man sudah ke dapur bersama yang lain. Kini hanya mereka berdua di bilik itu. Seram sejuk la pulak. Jika berdua perempuan dan lelaki,mesti lah ada makhluk ketiga. Of course syaitan. Intan berdoa dalam hati agar dikukuhkan lagi imannya tatkala ini.

“awak demam ke?” kekok pula kali ni bila berdepan dengan afiq.

Afiq pun seperti dia juga ke,kekok. “er…tak de la”

Intan melabuhkan punggung di sisi afiq ,lalu dari afiq di sentuh,agak panas. “makan ubat la.”. air suam di tuang,lalu dua biji panadol di sua ke mulut afiq.afiq pula tidak menolak.


Seketika,mereka bagai melayan perasaan sendiri,hinggalah intan membuka bicara dulu, “awak tidur la dulu,rehat tau, nanti makin teruk kan demam.” Blanket di hujung kaki di tarik sehingga paras dada afiq lalu di berlalu keluar.

Terasa begitu aneh perasaannya bila berdepan afiq hari ini.bagai timbul perasaan lain di hatinya. Hatinya begitu berdebar-debar tatkala memandang mata afiq,bibirnya juga seakan mahu menjadi bisu.



 ******



Seakan tak percaya yang intan sudah bergelar tunang orang,.

Seakan baru sebentar tadi mama afiq menyarungkan cincin dijari manis intan. Begitu cepat masa berlalu . seakan tidak percaya,dia sudah jauh ,melangkah dalam kehidupan,dari remaja jadi dewasa,dari bujang,dah jadi tunangan orang. Tak lama lagi bakal jadi isteri orang. Itu pun kalau dipanjangkan jodohnya ini la. Dalam tak nak,dia terpaksa akur pada kehendak orang tua.

Dalam hati tu sebenarnya ada  taman,tapi kenapa masih ragu-ragu untuk menyatakan perasaan cinta. Sebab tak pasti pada diri sendiri atau pada tunangan sendiri.

Seluruh ahli keluarga kedua-dua belah pihak dah bersetuju sudah,perkahwinan akan dilangsungkan dalam  masa 6 bulan lagi,sempatla untuk persiapan barang-barang.

Dalam kegembiraan ada kerisauan,benar ke dalam enam bulan lagi dia bakal bergelar isteri orang. Macam tak percaya je. Lagipun di kan dah nak pergi Russia dah ni.

Tetiba,telefon bimbit di atas meja bergetar. Memang sengaja di tukar kepada mode getar sebelum majlis pertunangan pagi tadi.

“hello sayang..” kedengaran suara afiq di talian. Nada memang manja sekali. Sudah beberapa hari dia tidak mendengar suara itu. Rasa rindu pun bertamu juga di hati.

Intan menrengus geram. Tak suka dipanggil sebegitu walaupun sudah bertukar menjadi tunang. “apa sayang sayang.”

“ala…marah la pulak” afiq buat-buat tak tahu.

Intan melabuhkan punggung dikerusi, “ada apa call ni?” sedikit tak berpuas hati nada suara intan. Sungguh,dia begitu penat hari ini.

Hendak di layan semua ahli keluarga afiq yang datang ke majlis pada hari ni. Ni baru pertunagan,entah macam mana la majlis perkahwinan nanti. macam karut je semua yang berlaku. Dalam sekelip mata,semua sudah berubah.



“in,saya mintak maaf la kalau pertunangan ni menyusahkan awak.” Dalam hati afiq kadang dia berasa bersalah pula. Terasa pertunangan ini bagai di paksa walaupun dia mendengar khabar dari ahli keluarga yang lain,intan amat baik dan sopan santun melayan semasa majlis pertunangan tadi.

“itu aje?” intan malas membangkitkan isu yang boleh menyerabutkan masalh dalam kepalanya. Masih banyak perkara yang perlu difikirkan selain dari majlis pertunangan yang telah berlangsung hari ni. Lagipun,dia sudah sah bergelar tuning afiq. Apa lagi yang perlu dibangkangkan.

“in.plis…” afiq merayu.

“afiq,if you love me,please understand me. I need rest now…” intan sudah berkira-kira mematikan talian.

“but…” aifq masih tak berpuas hati.

“no but plis…. Pasal pertunangan ni,kan dah lepas dah kan.so,terima seadanya,. Saya tak ada masalah. Melainkan diri awak. Ok…sleep well.nite.” selesai menuturkan ayat dan memberi  salam,talian terus dimatikan,begitu juga, punat  ‘silent’ di tekan.

Dia memerlukan ketenangan dan rehat yang cukup. Esok dia perlu ke bandar untuk mencari  barang-barab untuk di bawa semasa sambung belajar nanti.



 *********

“intan!!!” kuat namanya dilaung. Sakit kepala seakan semakin menjalar disegenap saraf otaknya. Siapalah yang memekak di pagi-pagi ni.

Dari berbaring,intan duduk sambil mengenyeh matanya,sungguh dia masih mengantuk. Seakan baru sebentar tadi dia tidur.

“in??” ibunya sudah berada di muka pintu.

“ape?” intan blur-blur.

“kenapa tak cakap afiq nak datang sini tengah hari ni?” geram mak imah dengan anaknya,susah sangat nak buka bulut pasal afiq.

“datang sini?tengah hari ni” intan terus bangkit. Mengemaskan cadar. Dia pun tak tahu menahu pasal tu.

Mak imah merapati intan, pipi anaknya itu di cubit, “mamai lagi ke ni. Dia cakap nak datang,kalau tak, tak kan mak tanya kamu sekarang ni.”

Sambil mengosok pipinya, “ sakit la mak. Tak de dia cakap pun, lagipun tengah hari, lambat lagi nak sampai.”selamba betul intan.

“pagi  apa benadanya,dah pukul berapa ni? Dia dah tercongok kat luar ,duk sembang dengan atuk kamu tu. Kamu je asyik membuta.

“hah?tengah hari?” pantas jam di meja di hujung katil di capai. Tak sangka,dah dekat pukul 12 tengah hari. Macam mana la dia boleh tidur mati. Sungguh,ingatkan masih pagi. Dahsyat betul la.lepas zohor nak gerak ke bandar pulak. Tentu kelam kabut.

“kamu ni.cepat bersiap. Afiq nak ajak kamu keluar.” Mak imah terus berlalu.

“keluar? Nonesenses…” apala masalah dengan afiq ni,tup tup nak ajak keluar. Tak de angin tak de ribut.datang sini.

Cepat-cepat intan menuju ke bilik air. Membersihkan diri. Terasa segar seluruh badannya disirami air sejuk itu.

Lima belas minit kemudian,intan keluar ke ruang tamu dengan sempoi dengan,dengan seluar slek dan t-shirt lengan panjang.


“ada apa datang sini hari ni” intan memulakan ayat setelah ditinggalkan berduaan tadi. Sugguh,dia langsung tidak tahu menahu tentang kedatangan afiq. Tak ada la pulak afiq memberitahunya semalam. Mamat ni memang sengaja nak sakitkan hati aku ni. Nasib baik la dah jadi tunangan, kalau tak, mahu kena marah ni.

Afiq tersenyum. Akhirnya keluar juga bicara dari bibir intan. “kan saya dah text kan kat awak,nak ajak keluar gi Bandar” . afiq tersenyum. Mungkin kah intan tak membacanya.

“mana ada. Sengaja ea reka cerita” dalam fikirannya berfikir ligat. Afiq hantar sms, bila, tak dengar pun… wait!! Hanset aku mana?

I see men,dalam laci ,dah la silent,macam mana nak dengar. Tu la,penat sangat semalam sampai tak ambil tahu hal dunia langsung. Dia tergelak sorang-sorang.

Afiq terpinga-pinga melihat intan tersenyum sendirian. “kenapa ni?”

“tak de apa.” Kedua-dua diam. Tak tahu apa yang nak di bualkan.

“so,boleh tak keluar ni?” afiq masih mahukan jawapan dari intan.

“hah?” intan buat-buat blur. Sebenarnya,dia lebih selesa keluar sendirian dari berteman.

“boleh keluar tak ni.” Suara afiq di kuatkan sikit.

“penting ke awak nak ikut saya” intan menjongketkan keningnya.

“ikut awak?ke mana?” afiq rasa macam pelik pulak ayat intan. Nak ikut intan ke mana? Aku yang ajak ,kenapa aku yang kena ikut. Apa kena dengan intan ni.

“hah?”
“tak,I mean,kita nak ke mana” intan sudah gabra,silap mulut sendiri,nasib baik tak pecah lubang.

“o… ke Bandar la. Makan-makan” afiq mengiakan ayat intan itu.

“nanti lepas zohor la.jom la naik. Panas ni.” Ajak intan lalu dia menapak ke tangga rumah.

Afiq melonjak kegembiraan,tak sangka mudah pulak intan untuk diajak keluar. Tanpa paksaan apa-apa. Mungkin ni peluang awal untuk dia kenali intan lagi mendalam. Lagipun, nanti intan dah nak ke luar Negara. Apa lah sangat meluangkan masa sehari bersama tuning kesayangan.


 *****************

“afiq,intan mintak maaf la kalau kelakuan intan ni tak selesa afiq.”

Afiq yang tadi duduk menghadap lautan memalingkan wajah menghadap intan. Apa yang ingin intan beritahu sebenarnya. Macam serius semacam je. Tak pernah pulak dia rasa intan bercakap sebegitu. Serius,tapi penuh sopan dan lembut. Afiq diam,mahu mendengar dengan teliti ayat-ayat mahu dibicarakan oleh intan.

Intan terasa berdebar pula,tadi bukan main berani nak meluah,ni gabra tahap cipan da.

“teruskan.fiq dengar ni” afiq memberitahu.

Nafas ditarik dalam-dalam dan perlahan-lahan dilepaskan. “yela. Intan tau,selama ni intan dingin dengan fiq kan.”

“urmm…” aifq mengiakan.

“intan bukan apa,tak selesa,lagipun kita kenal bukan rapat sangat pun kan. Kenal gitu-gitu je kan. Jujur la intan cakap,intan pun tak tahu macam mana masa boleh secepat ini sehingga kita pun dah bertunang sekarang.” Intan mengeluh.

Afiq tersenyum, “ intan ,tulus dari hati,fiq sangat saying kan intan. Tak percaya,belah dada ni” semangat afiq menunjukkan dadanya.

Intan tersemyum. “ intan bukan apa fiq,intan takut perasaan fiq tu tak lama.lagipun,intan dah nak ke luar Negara tak lama lagi, dua tahun mungkin intan kat sana.”

Afiq tersenyum. “intan tak percaya pada kasih saying fiq?”

“huh… bukan macam tu,intan pun tak pasti apa pulak yang akan berlaku pada masa akan datang kan,tapi intan ada dengar,semasa bertunang ni banyak dugaan, apatah kita ni,nak tunggu intan habis belajar lagi.

Afiq tergelak,mungkin intan dah lupa yang perkahwinan mereka dah ditetapkan. Bukan 2 tahun akan datang ,tetapi tak sampai enam bulan dari sekarang. Semakin cepat,semakin di setuju,bimbang bidadari hati dikebas orang lain bila jauh nanti.

“kenapa gelak?” intan blur. Lawak ke ayatnya hingga afiq boleh gelak sebegitu pulak.

“in,my love,kita akan kahwin dalam 6 bulan la. Bukan dua tahun.” jelas afiq.

Intan terkejut. Yeke? Kenapa dia tak tahu, atau dia lupa. Atau mak ayah lupa nak cakap.

“tapi,intan kat Russia masa tu.”

“ada cuti semester kan. Jadi masa cuti la balik sini,kahwin.”

Intan menggaru kepalanya. Mana la nak cari duit,bukan murah tu tambang walaupun dalam banknya ada duit,seakan membazirla pulak.

Afiq memandang muka intan yang berkerut-kerut memikirkan sesuatu. “pasal duit??” afiq tahu,intan tentu fikirkan pasal itu.

“tak de la. “ intan masih membangkang. Tak kan la nak tunjuk dia ni tak de duit.

“nanti tempah tiket awal-awal,murah sikit. Jangan risau,saya bagi sponsor penuh tambang awak k. first class gitu.” Afiq mengangkat ibu jari pada intan. Sungguh,dia rasa sangat gembira.

“jom la bali, dah lewat ni” intan mengajak,lagipun dah dekat maghrib ni. Nasib baik barang-barang yang diperlukannya untuk ke luar Negara nanti dah dibelikan. Solat pun sudah. Senang sikit kerja.

Lambat-lambat afiq bangun menurut langkah intan yang sudah ke depan menghampiri kereta. Sungguh,dia bahagia hari ni.

No comments:

Post a Comment