Perhubungan intan dan akmal afiq semakin baik. Sebulan berlalu,mereka sering keluar bersama. Kadang-kadang mereka berkumpa di rumah dato’ azmi apabila dato’ azmi sendiri meminta bantuan intan ke rumah untuk memeriksa kesihatannya.
Dato’ azmi dan puan alia juga kelihatan selesa dengan kehadiran intan. Intan pula semakin mesra dan pandai beramah dengan orang lain. Walaupun berbeza taraf hidup,dato’ azmi langsung tidak membezakan taraf hidup. Malah,intan juga di anggap seperti keluarga dia sendiri.
Hujung minggu itu,intan hadir ke rumah dato’ azmi keraan di jemput untuk makan tengah hari bersama. Kebetulan pula dia cuti,jadi langsung tidak member masalah kepadanya untuk bergerak ke mana-mana melainkan mendapat ‘on call’ dari hospital. Di klinik pun dia hanya bertugas pada malam ni.
Selesai menjamu selera,dato’ azmi dan seluruh ahli kelurga bersama intan ke ruang tamu untuk bersembang kosong.
“intan dah berapa lama bertugas sebagai doctor?” tanya dato’ azmi. Anak gadis di hadapannya ini cekap dalam melakukan tugas walaupun nampak muda dan baru dalam bidang kedoktoran
Wajah tua dato’ azmi di pandang,wajah itu semakin sihat dan cergas. Ketika makan tadi pun,dato’ azmi kelihatan berselera sekali menjamu selera, “ baru saja lagi dato’. Tak sampai pun setahun lagi. “ ramah intan menjawab.
“oh.yeke?tapi Nampak intan cekap dalam melakukan tugas.” Afiq pula meyampuk. Pada pemikirannya, intan adalh doktor yang senior dan dah beberapa tahun dalam bertugas. Tapi pengamatannya meleset sekali. Intan merupakan pelajar yang baru sahaja menamatkan pengajiannya.. sepanjang berkenalan dengan intan pun,dia tiada pula terfikir untuk bertanya tentang lebih lanjut.
“ye. Lagipun,lepas graduate,terus dapat kerja. “ ramah intan lagi. Langsung tidak kekok menjawab soalan yang dihujani kepadanya.
Beberapa minit bersembang, telefon intan berdering. Semua mata memandang kea rah. Cepat-cepat intan meminta diri untuk menjawab pangilan. Sejurus telefon di lekapkan di telinga, cuara cemas mak cik imah kedengaran.
“intan,kerja ke?” mak cik imah masih cuba mengawal resah yang bertamu di hati. Masih berkira-kira untuk membuka cerita.
“tak,kenapa ni mak? In dengar cemas je suara?” intan yang sudah dapat mengesan mula bertanya. Di hatinya sudah di ragut pelbagai andaian.
Pelbagai soalan yang timbul. Dugaan apa kali ni menjelma. Apakah musibah yang mendatang? Dia mesti mendapatkan berita itu dari mak cik imah.
Mak cik imah yang diam membuatkan intan resah, “mak,bagitau je la, susah hati in ni.” Intan sedikit mendesak.
Nafas berat di lepaskan ,” nek wan.”
“kenapa dengan nek wan ,mak?” intan pantas memotong. Dia tahu ,sesuatu buruk telah berlaku.
“nek wan kamu jatuh dalam bilik mandi tadi. “
“hah? “ terkejut intan.
“nek wan cam ne sekarang.”
Mak cik imah melepaskan satu lagi keluhan, “ tak la teruk mana luka jatuh tu,doctor kata tekanan darah nenek kamu sangat tinggi. Dia asyik duk panggil kamu je tu.”
“intan balik sekarang,mak tunggu je.” Selesai member salam,talian di matikan. Langkah kaki intan di atur kea rah meja yang diduduki dato’ azmi sekeluarga. Intan masih resah.
“dato’ saya minta diri dulu” walaupun di kawal eksperesi muka,namun afiq dapat membacanya. Begitu juga dato’ azmi dan puan alia.
“intan,kenapa ni?” dato’ azmi menyoal.
Tas tangan di capai , “ada emergency.saya kena balik kampong segera.” Intan terus berterus terang. Tidak mahu memanjangkan ppersoalan.
Afiq berdiri, “kampong awak kat mana?”
“Terengganu.” Tangan puan alia di salami.
“boleh ke dirive. Saya temankan.” Afiq mula resah. Dia bukan tidak yakin,tetapi intan baru sahaja menghabiskan shif malamnya malam tadi. Tentu masih penat.
“taka pa.saya boleh drive.saya minta diri dulu.” Langkah kaki di atur ke kereta. Intan tak mahu membazirkan masa nya. Dia harus cepat pulang ke kampong. Walaupun nek wan tidak teruk,tapi nalurinya tetap risau.
Pintu kereta di buka dan dia masuk ke dalam kereta. Enjin di hidupkan. Dalam fikirannya hanya ,ahu cepat pulang.
“intan,saya ikut. Please.” Afiq masuk ke kereta intan dan duduk di bahagian sebelah pemandu . hatinya tidak membenarkan intan memandu sendirian untuk ke Terengganu.
Tanpa dia sedari,dia sudah mula menyenangi intan . hatinya telah terpaut pada intan. Cuma dia masih belum pasti tentang perasaan intan. Afiq juga tidak mahu terburu-buru.
“pakaian awak?” intan masih sempat berfikir melihatkan afiq hanya santai dengan t-shirt dan seluar jeans.
“taka pa. nanti saya beli kat sana.biar saya drive.” Afiq sudah mahu membuka pintu kereta untuk memandu.
“taka pa.biar saya drive.” Intas terus menekan pedal minyak.
************
“awak tak nak ambik pakaian ke?” afiq menyoal apabila melihat intan terus menyusur keluar dari kuala lumpur.
“tak”sepatah intan menjawab.
“selesa ke awak drive ni.pakai baju kurung lagi ni. Biar la saya drive.awak pun penat lagi kan. Semalam on call kn.” Afiq mula meluahkan apa terbuku di hati. Melihatkan intan memandu dengan memakai baju kurung,dia pula tersa rimas. Tapi intan kelihatan seperti sudah biasa.
“taka pa.dah biasa. Awak tidur la. Lambat lagi nak sampai.” Intan kemudiannya mendiamkan diri. Begitu juga dengan afiq.
Intan masih focus pada pemanduannya.pedal miyak di tekan makin kuat. Dia mahu cepat sampai. Afiq di sebelahnya masih diam. Langsung tak tidur. Mungkin bimbangkan intan kot. dua jam perjalananintan masih belum mengura-urakan untuk meminta tolong afiq memandu.
“afiq, awak nak makan ke?” jika diikutkan hati,intan tak kisah jika menahan lapar sedkit pun. Dia mahu cepat berjumpa dengan nek wan. Afiq sendiri meminta intan untuk tidak menggunakan panggilan encik,dia tidak selesa.
“tak kisah,awak?” saya tak lapar.intan berpura-pura. “saya Cuma mahu cepat sampai.” Luah intan. Sungguh,jika bpleh terbang,dia sudah terbang ke Terengganu.tapi apakan daya,dia tidak mahu menyusahkan ikram untuk memeriksa penerbangan ke Terengganu kerana ikram sedang ada kes kecemasan.
“kalau awak tak kisah,biar saya drive. Tentu awak dah penat.” Afiq masih mahu membantu.
“taka pa. dah tak lama dah.lagipun,awak bukan kenal pun rumah saya kat kampong.”
Deringan telefon mematikan niat afiq untuk berkata.
“ya ayah. Kenapa?” intan yang tadi sedkit tenang, kembali resah, mungkin memikirkan kemungkinan buruk.
“dah sampai mana? Jangan bawak kereta tu laju sangat.” Risau hati pak farhan bila memikirkan kata mak cik imah intan mahu pualang dengan kereta terus sebaik sahaja menerima panggilan tadi.
Cermin kereta di naikkan. “mana ada ayah, tak laju pun.” Intan tahu,ayah nya amat mengetahui yang intan tidak kurang hebat dalam memandu.
“yeke?”
“yela ayah.in bawak tak laju sangat pun. Laju sikit je.nek wan macam mana? Jap lagi in sampai neh.” Manja sekali suara intan bercakap dengan ayahnya. Afiq di sebelah hanya mendengar. Tak sangka intan seorang yang manja dengan keluarga. Tak pernah pula dia mendengar intan bercakap semanja itu. Afiq pula tersenyum.
“okeylah.ahti-hati.nek wan kamu dah tak apa dah. Bila dengar kamu nak balik terus sihat.” Tergelak pula ayanya. Tak sangka pula emaknya boleh cepat sihat sebaik sahaja mendengar intan mahu pulang. Betapa kuatnya kasih saying antara nenek dan cucu.
“okey ayah. Jangan risau ok.” Talian dimatikan. Intan tersenyum senang. Nek wan dah semakin baik. Dia berniat untuk bercuti lama sedikit.mungkin dalam empat lima hari. Nanti dia akan menelefon ikram untuk mengantikan shifnya di klinik dan dia akan meminta cuti di hospital selama beebrapa hari. Dia mahu menghiburkan hati nenek.
“tak sangka ek,orang perempuan pun hebat dalam driving” afiq tergelak. Mengingatkan intan yang menaikkan cermin kereta tadi,dia tahu,intan menyembunyikan yang dia membawa kereta laju dari ayahnya. Kalau tidak,tak kan lah lepas bercakap cermin terus di turunkan.
“alah,biasa la tu,.” Intan tersengih.
“ayah awak tak tahu yer awak drive laju.” Afiq menyerkap ayat.
“ala.normal la tu,kalau tahu nanti ayah risau. Baik tak tahu.” Intan tergelak pula. Dia tahu,rahsianya telah diketahui afiq.tapi dia tak malu.sudah menjadi kebiasaan drive laju,terutama apabila mendapat emergency call.
“nenek awak sakit ker?” afiq yang terdengar butir bicara perbualan intan baru sahaja dapat mengagak bahawa nenek intan sakit. Itulah emergency intan tadi. Dari gaya percakapannya,intan merupakan orang penting dalam keluarga.
“a’a.nenek jatuh dalam bilik mandi. Campur pulak high blood pressure.” Kata intan sedikit hambar. Kasih saying neneknya tiada bandingan.
“oh.mcam tu.” Afiq hanya terangguk-angguk.
********
“nek wan?” laung intan dari halaman, sudah hilang salamnya entah ke mana. Sebaik kereta di berhentikan.dia terus memanggil nama nek wan. Walaupun sudah malam,tiada apa yang menghalangnya. Dia berlari-lari ke arah tangga rumah nek wan.
“in dah balik” masih kedengaran suaranya walaupun perlahan. Afiq yang di kereta di tinggalkan. Hanya nek wan sahaja difikirkan.
“in?nek wan kat sini.” Ceria dalam lemah suara neneknya.
Tubuh nek wan di rangkulnya. Dia betul-betul bersyukur. Pulang dia kali ni dpaat melihat nek wan ceria. Walaupun masih terbaring,tapi nek wan bahagia.
“ehe,ehem” tok man berdehem. Intan langsung tidak menghiraukan tok man serta pak farhan dan mak cik imah.
“la.tok man pun ada?” intan menutup rasa malu kerana tidak mempedulikan orang lain.
“in,kenapa tinggalakn tetamu kat kereta. Tak baik tau.” Pak farhan yang baru mask ke dalam menegur.di belakangnya diikuti oleh afiq.
Intan menepuk dahi, “in lupa la ayah. Masuk la fiq.sory tinggalkan awak. Excited sangat” intan terus ke depan.
Setelah memperkenalkan afiq kepada keluarga,intan terus ke dalam. Afiq akan tidur di rumahnya. Manakala intan akan tidur di rumah tok man. Dia mahu menemani neneknya. Melepaskan rindu la katakan.
No comments:
Post a Comment