Tubuh dato’ azmi di tolak ke pusat kecemasan hospital. Sebentar tadi,dato’ azmi jatuh pengsan di bilik di pejabatnya. Ketika itu,afiq leka dengan fail-fail tugasan yang perlu di semak kerana pada petang ini ada satu mesyuarat akan diadakan.
Hazimah memasuki biliknya tanpa mengetuk pintu. Dengan mimik muka yang wanita yang di panggil kak imah itu,dia dapat mengesan,sesuatu yang buruk telah berlaku.
Di sangkakannya hal syarikat,tapi meleset sekali. Papanya telah pengan tadi. Mungkin akibat tekanan darah tinggi. Atau sakit jantung. Dia sendiri tidak pasti.
itulah yang membawanya sehingga ke hospital sekarang ini. Mamanya telah di beritahu melalui telefon dan dalm perjalanan bersama pak ahmad iaitu pemandu papanya. Mankala elina masih belum di hubungi. Dia tidak mahu elina bergegas pulang. Pasti adiknya itu sedang sibuk dengan kuliah dan sebagainya.
Dia sendiri resah. Tidak betah berada lama-lama di bangku. Punggung terasa panas. Papanya ,masih lagi berada di dalam wad kecemasan dan masih belum di khabarkan apa-apa berita. Di harapnya tiada apa-apa yang buruk berlaku. Itulah doanya. Dia tidak bersedia menerima apa-apa kemungkinan buruk lagi. Dia tak bersedia!
“fiq!” mamanya berlari-lari mendapatkan afiq. Jelas terpamer riak kerisauan yang teramat. Isteri mana yang tidak risau jika suami di masukkan ke ICU.
“papa mana?” nafas mamanya masih tercungap-cungap. Mungkin penat berkejaran.
“still kat dalam. Mama duuduk dulu.” Afiq membawa mamanya ke kerusi. Dia mesti tabah. Jika dia menunjukkan lemah,mamanya lagi lemah.
“macam mana papa kamu boleh pengsan ni?”
“fiq pun tak tahu ma. Tahu-tahu,kak imah mari bagitau fiq yang papa pengsan. Apa lagi,call ambulan terus datang sini,” jelas afiq. Dia sendiri tidak tahu apa yang terjadi sebentar tadi. Dia Cuma di beritahu yang papanya pengsan. Itu sahaja. Full stop.
“risau mama” puan alia mengeluh. Sungguh.dia amat bimbangkan dato’ azmi. Suaminya itu kurang sihat sejak sehari dua ni. Di larang ke pejabat, katanya mesti pergi. Tugas. Dia juga yang mengalah. Dengan harpan tiada apa-apa yang terjadi. Tapi sekarang? Penig kepalanya.
“mama,bertenang okey. insyaAllah papa taka pa-apa kat dalam tu.” Afiq memeluk mamanya agar kurang sedikit kerisauan di hati mamanya.
Lima belas mint berlalu.namun pintu bilik ICU masih belum terbuka. Tak lama kemudian.pintu itu di kuak dari dalam. Afiq pantas berdiri.mahu mmendapatkan khabar papanya.
“doctor,macam mana keadaan papa saya?”
“encik ni?” seperti pernah dia lihat dan pernah berjumpa lelaki yang kerisauan di hadapannya ini? Tapi di mana? Alah,tak yah nak fikir-fikir. Tengah kerja ni…
“his son”cepat sahaja afiq menjawab.
“okey…dia..” baru sahaja intan mahu berkata. Puan alia pula yang datang.
“husband saya macam mana?” puan alia yang tadi terlelap telah sedar. Kesan air mata mata kerisauan tampak benar di wajah itu.
“okey. Keadaan suami puan dan papa encik sudah stabil” ayah itu membuatkan afiq dan mamanya menarik nafas lega.
Intan boleh Nampak kerisauan yang bertapak di wajah kedua-dua insan di hadapannya ini kendur. Mungkin kelegaan.
“..tapi,,”
Aifq menyamouk, “tapi apa?”
“tapi keadaannya tadi agak teruk sebetar tadi. Mungkin puan dan encik boleh ikut saya kebilik.saya akan jelaskan.mari.”
walaupun baru sahaja bergelar doctor,namun kecekapan intan dalam tugas tak dapat di nafikan. Tadi, bukan dia sahaja merawat dato’ azmi. Malah dengan beberapa orang doctor lain. Tapi,tugas itu di letakkan di bahunya.
******
Selepas di jelaskan keadaan dato’ azmi,akmal afiq dan puan alia melangkah longlai ke kerusi yang berdekatan. Mahu menenangkan diri.
“ma…”
“balik la dulu. Biar fiq temankan papa”
Afiq mengetahui. Puan alia juga memerlukan rehat, memandang wajah mamanya yang kusut itu dia sudah mengetahui.
Mendengar perkhabaran bahawa dato’ azmi mengalami masalah jantung yang makin teruk,afiq sendiri tidak mampu berkata apa-apa. Cuma bertawakal.
Apabila puan alia masih mendiamkan diri tanpa sepatah kata,afiq bangun menghampiri , “ ma. Please. Nanti petang mama datang lagi ok. Sekarang dah tengah hari. Balik dulu ma.” Tanpa sepatah bicara,puan alia berdiri dan berlalu untuk pulang. Saat ini dia sendiri tidak tahu apa yang patut di lakukan.
Setelah menghantar puan alia ke kereta untuk di bawa pulang pak ahmad,afiq menuju ke bilik solat. Dia mahu mengerjakan kewajipan yang satu itu walaupun azan baharu sahaja berkumandang sebentar . tadi,dia masih ingat pesanan orang tuanya agar tidak melambatkan waktu solat.
Setengah jam berada di surau hospital,dia semakin tenang. Mungkin setelah mengadu dan memohon pertolongan Illahi. Sememangnya itu lah perasaanya. Setelah berdoa dan menghadap Illahi,hatinya pasti akan tenang. Masalh pun seperti berkurangan.
Dengan langkah yang lemah,dia mahu ke wad di mana papanya di tempatkan. Lantas fikirannya terfikir. Meeting? Alamak. Macam mana ni. Tak kan dia sanggup meniggalkan papanya semata-mata untuk menghadiri mensyuarat? Alah,kenapa la dia menyuruh mamanya pulang tadi. Sekarang,dia pula yang tersepit.
Bangku di hadapannya di hampiri. Lantas dia mengeluarkan telefon bimbitnya.
“what?bateri low?” apabila melihat kerdipan di skrin telefonnya. Niatnya mahu menelefon pejabat, tapi masa genting ni lah bateri nak habis.
“shutdown?mampus,”
Kocek seluar di seluk. Syiling pun tiada. CEO jenis apa la dia ni. Kaya je. Time genting macam ni,everything tak ada.
“tension!” gumamnya sendiri.
Intan yang kebetulan melalui kawasan itu setelah solat tadi berhenti melangkah. Melihat keadaan afiq yang tension, dia turut simpati. Kesian juga terbit di hatinya. Lalu dia menghampiri.
“assalamualaikum”
Afiq yang ketika itu menunduk ke lantai mengangkat muka. Suara seperti biasa kedengaran. Tak kan lah mamanya.
“er…doctor…”
“waalaikumussalam..”
“boleh saya duduk. ?” ramah pula intan kali ini. Wajah di hadapannya ini seperti sudah biasa di lihatnya. Walaupun dia sendiri tidak pasti di mana,tapi dia dapat merasakan lelaki ini dari kalangan baik-baik. Sebab itu lah dia berani menegur.
“yes.sure.” muka afiq di maniskan.
“need help?” intan tahu,afiq sedang terbeban dan stress. Jika boleh,dia mahu menolong.
“erm…” afiq tidak tahu apakah dia patut meminta tolong dari doctor yang berada di hadapannya inii atau tidak. Segan.
Melihat afiq yang teragak-agak,,intan membuka mulut lagi, dia ikhlas mahu membantu,“just tell me. Mana tau saya boleh tolong.”
“ saya nak call pejabat kebetulan handphone I habis bateri. Dan…… I tak ada syiling.”
Diam seketika.
“borrow my phone.” Intan menghulurkan telefonnya.
Afiq seakan-akan teragak-agak mengambilnya.
“handphone saya murah je. Tapi untuk membantu encik,pasti boleh.” Intan pula rasa tidak selesa apabila telefonnya tidak di ambil afiq.
Walaupun telefonnya murah, tapi dia tahu telefonnya itu dapat membantu lelaki di hadapannya itu. Tapi jika lelaki itu tidak sudi,dia tidak memaksa.
“erk…bukan…” afiq serba salah. Dia bukan maksudkan begitu.
“beginilah,saya dapatkan telefon yang canggih sedikit. Nanti saya bagi pinjam ok.” Intan sudah berniat untuk mendapatkn telefon rakannya. Tapi sebaik sahaja dia berdiri,afiq pun berdiri juga, “no..i tak maksudkan itu. Boleh I guna?” tidak tahu apa lagi yang mahu di perkatakan. Dia tidak mahu doktor di hadapannya kecil hati.
Selepas telefon bimbit intan di pinjam oleh afiq,intan terus berlalu ke biliknya. Dia mahu member peluang untuk afiq menyelesaikan masalahnya tanpa gangguan.
Walaupun pada awalnya dia seakan terasa hati,tapi kini tidak lagi, bukan dia tidak memiliki telefon maha. Tetapi telefon yang satu itu untuk keperluan peribadi. Sebentar tadi pun dia berniat mahu mendapatkan telefonnya itu.
Intan sendiri tidak mengerti dirinya sendiri. Kenapa dia harus membantu lelaki tadi. Seakan tidak mengenali dirinya sendiri.akhirnya dia melepaskan lelahnya di kerusi biliknya.
Selepas membuat panggilan, afiq mencari kelibat intan. Tetapi tiada. Ke mana kah dkctor itu pergi? Atau dia sudah lupa tentang telefonnya? Telefon di tangannya dipusing-pusing.
Skrin telefon ditangannya di pandang. Wajah seorang gadis bertudung menjamu matanya. Dan sekali lgi wajah itu di pandang.
“Macam kenal”
“Nama?”
“ Doctor intan. Intan. “
“ doctor Intan?” Seakan pantas sahaja refleksnya. Dia berdiri. Dada skrin di pandannya sekali lagi. Yes! Betul. Doctor intan. Wajah yang mahu di ketemuinya saban hari. Tapi kenapa dia tidak perasan.
Tak lama selepas itu,afiq tersenyum sendiri. Dia pasti,dia masih lagi berpeluang untuk berjumpa dkctor intan lagi. Pasti. Dan amat pasti. Dengan langkah yang ceria,dia mahu melihat papanya. Manalah tahu jika papanya sudah sedarkan diri.
Tak di sangka apabila pintu bilik yang menempatkan dato’ azmi di kuak,wajah doctor intan menyapanya dulu. Kelihatan papanya sudah sedarkan diri. Dan lebih baik dari tadi.
“pa…”
“fiq,mama mana?” mata dato’ azmi memandangnya dan mencari kelibat lain selain dari anaknya.
“mama kat rumah. Afiq suruh mama balik dulu,” jeas afiq. Doctor di hadapannya masih sibuk mencatat sesuatu di fail. Wajah afiq sendiri mahupun dato’ azmi langsung tidak di pandang. Seakan khusyuk dengan apa yang di fikiran. Mungkin begitulah fokusnya semasa bekerja.
“oh…” hampa sahaja suara dato’ azmi. Kemudian dia terus diam. Mungkin masih letih.
“dato’” lembut suara doktor intan menyapa. Dato’ azmi yang baru menutupkan mata membukanya kembali.
“everything dah makin baik. Ni ubat untuk dato’ makan. Boleh kan?” intan bercakap seolah-olah dengan ayahnya sendiri. Mesra dan sopan.
Ubat di meja di ambil apabila dato’ azmi sudah bangkit dari tidur.
“okey,makan yer” intan menyuapkan ubat ke mulut dato’ azmi. Dan kemudian member minum pula. Afiq yang melihat semakin jatuh hati. Walaupun sebelum ini sudah terpikat,kali ini jatuh hati pula. Macam-macam.
“good….” Intan mengemaskan bekas ubat dan minuman dato’ azmi.
“saya minta diri dulu.”
Apabila melihat intan sudah mahu melangkah,dato; azmi membuka suara, “terima kasih doctor….” Dia masih belum mengetahui doctor merawatnya. Tapi Nampak begitu lembut dan sopan.
“intan. Panggil intan pun dah okey..” intan melihat ayat dato’ azmi tidak habis itu,dia tersenyum.
“terima kasih intan.” Selepas mengucapkan terima kasih,dato’ azmi terus merbahkan diri di katil. Intan ula terus berlalu entah ke mana. Afiq sedari dari tadi hanya menjadi pemerhati.
*******
Sudah tiga hari dato’ azmi terlantar di hospital,dan di khabarkan dapat pulang ke rumah pada hari ini. Selepas waktu tengah hari,afiq telah memesan kepada setiausahanya yang dia tak kan pulang ke pejabat dan terus pulang.
Khabar papanya dapat pulag ke rumah,dirasakan teramat gembira. Syukur alhamdulilah. Semasa berada di dalam lif,poket seluarnya di seluk, telefon bimbit doctor intan masih di tangannya. Pada hari pertama dato’ azmi berada di hospital,dia mahu memulangkan telefon itu. Tetapi kelibat intan langsung tidak Nampak setelah dia selesai merawat dato’ azmi.
Manakala hari kedua dia pula sibuk dengan meeting yang bertangguh dan tak dapat menjengukkan diri ke hospital. Tetapi dia hairan juga,kenapa intan tiada menelefon atau meminta balik telefon itu darinya. Dia tiada jawapan.
No comments:
Post a Comment