Wednesday, 31 August 2011

bab 17: kesempurnaanmu bukan keinginanku


Mesej yang diterima dibaca berulang kali.

Secebis kasih bertandang di hati
Tak mampu di luah dengan kata dari bibir sendiri
Mengantikan bicara sms dikirimi
Tak tahu nak kata apa lagi
Hanya awak di hati ini

Akmal afiq

“dah buat tabiat ke?” intan memandang lagi skrin di hadapannya. Afiq sayangkan dia? Benarkah? Tapi aku sendiri tak pasti dengan perasaan sendiri. Suasana pagi di kampong begitu sejuk. Di berdiri. Pantas jendela di buka. Rupa-rupanya semua orang berada di halaman. Hanya dia memencilkan diri di bilik.

Telefon di tangan berbunyi.satu lag sms diterima. Siapa pulak ni?

“afiq?” di pandang ke halaman.alangkah terkejutnya ,afiq juga memandang kea rah biliknya.

Intan,percayalah,saya sayangkan awak,tulus dari hati

Intan buntu. Apa harus dia buat? Keypad telefon tak di tekan. Tak tahu apa yang patut dia balas. Nak kata apa. Di kerling afiq di halaman,wajah itu ceria sekali. Rupa-rupanya kata-kata dia pada mak hari tu betul. Tak bergurau. Intan sendiri tak ambik kisah dulu,tapi sekarang,teramat amik kisah. Setiap patah yang afiq tutur serius,bukan main-main.

Satu lag sms di terima. Kini dia sudah dapat mengagak,mesti dari afiq.

saya ingat nak melamar intan,hujung minggu ni saya hantar rombongan meminang ek

sms terakhir itu di baca berulang kali. Hati yang resah tadi bertukar geram. Apasal dengan mamat ni. Sewel ke? Tetiba nak datang hantar rombongan meminang. Tau la mak ayah dah berkenan. Uish. Mesti bertemu empat mata ni.jendela di tutup. Kali ni deringan telefon pulak masuk,melihat nama afiq,

“hai,boleh kan?” suara afiq menjamah perbualan dahulu.

Intan menapak semula ke dalam ,” kepala otak awak!” suaranya sudah meninggi. Bahasa pun dah kasar,tapi afiq tak marah,tapi tergelak pula.

“amboi marah Nampak.mak ayah awak setuju je rasanya,nanti saya hantar rombongan,tunggu tau” afiq terus mematikan talian. Dia mahu bergerak pulang esok dan akan ke perlis selama beberapa hari,tentu nanti tak sempat nak tengok reaksi intan dengan keputusannya ni.

“gila.siap kau!”

tahap marah intan sudah memuncak. Mana boleh afiq buat keputusan tanpa kebenarannya,sedangkan mereka tiada apa-apa hubungan.dah la tak bercinta,tup tup dah nak kahwin. Walaupun okey je,tapi macam kerja gila.

Kain batik yang di pakai di angkat sedikit tinggi,dia mahu cepat sampai ke halaman. Hatinya membara-bara. Matilah kau afiq kali ni.kau tak kenal lagi sapa intan.

Namun apalah nasib,saat kaki  intan memijak tangga,dia tersilap melangkah tangga,nak dilangkah luas kain pula sempit,apa lagi,dia yang tergolek ke hujung tangga.

“aurgh!!”

Jeritan itu menggamitkan perhatian semua.

“Ya Allah,intan.”pak farhan sudah berlari mendapatkan intan yang tergolek di tangga,di susuli dengan afiq. Manakala yang lain menuruti setelah menyedari insiden itu.

“sakit la ayah.” Muka intan sudah merah,menahan kesakitan dan malu.tu lah akibatnya bila nak cepat. Jadi la clumsy,teringat pula macam sekolah menengah,dia lah di gelar miss clumsy.

“boleh bangun tak ni?naik letak ubat.” Pak farhan cuba memapah intan,tapi dari gayanya,intan tak mampu berdiri,kakinya terseliuh. Lututnya juga tercalar,dan terluka,siku pun juga begitu. Apa tidaknya,tanda kayu yang berselang dengan ruang kosong yang tingginya boleh tahan.

“ayah dukung la intan,sakit ni” intan merengek,kini matanya sudah memerah,sekejap lagi,terhambur la tangis nya. Bukan tak tahu,anaknya teramat manja.

Tergelak pak farhan , “ayah mana larat. In dah besar,dah boleh jadi mak budak dah,nanti patah pinggang ayah” pak farhan sudah naik ke rumah,dia mahu mencari bekalam ubat.

“ni,bagi afiq dukung kamu.rasanya tak de masalah” tok man menyampuk,memang sudah tiada cara lain sama ada intan mengensot badannya sendiri menaiki tangga atau didukung afiq.

“hah?” pantas intan terus menangis. Kenapa dia juga. Tak mau!!

Nek wan,mak cik imah dan tok man sudah naik,tok man juga sudah member  isyarat untuk afiq memujuk intan. Intas masih juga dengan tangisan yang bersisa.

“ehem ehem” afiq berdehem. Mahu intan sedar yang dia masih di situ.

“saya tolong yer” lembut suara afiq. Dia sebenarnya serba salah juga,tapi keluarga intan dah benarkan tak la rasa segan sangat. Tapi kalau intan tak benarkan,siapalah dia nak membuat keputusan.

“tak payah”

Afiq melabuhkan punggung di birai tangga,berhampiran intan, “intan,actually…” gugup la pulak bila face to face.

“apa?” intan mendongak kepala,memandang wajah afiq.

“I really meant it. Saya sayangkan awak” membuntang mata intan.

Afiq di depannya hanya tersengih. Tak tahu apa lagi reaksi yang harus ditunjukkan.

“dua minggu lagi saya hantar rombongan meminang tau” kali ni afiq sudah semakin yakin. Yelah,setiap perkara ada yang pertama. Tadi step pertama , ni yang kedua.

Wajah afiq di pandang geram, “orang sakit-sakit ni ,bukan fikir benda tu,tau tak?” kesakitan dikaki semakin sakit. Kenapa la afiq ni nak romantic masa seperti ni,macam la aku suka sangat die. Ngeks. Benci betul.

Mak cik imah,pak farhan,tok man dan nek wan yang mendengar berita itu sudah tersenyum senang. Pandangan mata mereka memang tepat kali ni,afiq memang sukakan intan.

“saya tolong dukung yer” afiq sudah berdiri.

“tak mau.”intas masih dengan keras kepala.

“mak ai…saitnyer” intan memegang kakinya.

“tak sangka la plak,doctor intan ni keras kepala.kalau pesakit,mudah je dia suruh itu ini,ni nak di dukung pun susah.” Afiq mengomel.

“biarlah” intas masih begitu.

“so, sorry.” Tubuh intan terus di angkat sejurus habis ayat itu di tuturkan, tiada cara lain dah melainkan dengan memaksa begini.tak kan la nak  biarkan intan terus berada dihujung tangga. Nanti makin melarat sakit.

“please.lepas la” dada afiq di tumbuk-tumbuk. Malu la dia bila semua tengok nanti. dah la cakap begitu tadi,tentu semua dah dengar.

“shut up intan,sakit dada saya ni” afiq sudah keras sedikit suara. Mungkin disebabkan dadanya yang sakit apabila ditumbuk intan. Intan pula terus diam. Tubuh intan di letakkan di atas tilam bilik intan.

Masih sempat di lihat sekeliing kawasan bilik intan,cantik dan nampak bersih serta tersusun.

“mak cik,biar fiq yang letak ubat. Fiq ada nak cakap sesuatu kat intan” wajah afiq penuh mengharap.

“tapi…” mak cik imah serba salah,tak kan la nak biar dua orang itu dalam bilik berdua-duaan ,tak senonoh la pulak,

“oh..mak cik jangan bimbang,boleh bukak pintu tu,” lega hati mak cik imah kerana afiq memahami.

“intan,saya mungkin balik kl hari ni,ada urusan keluarga.”

Intan masih buat tak endah,

“intan,pleasa la. Saya dah nak balik dah ni, I just want you to know that, I love you”

Intas memalingkan wajah dari memandang afiq,” dalam masa sesingkat itu,impossible.” Tak kan la dalam masa beberapa bulan ni intan dah jatuh hati. Mustahil.

“berapa lama masa singkat awak?” afiq mahu intan pastinya,hatinya sudah terpaut pada intan pada pertemuan pertama lagi.dia yakin,intan lah orang yang di temuinya dalam bas ketika balik dari terennganu ke kl setahun lepas.

“few months.” Hanya ittu yang mampu di jawab. Dia baru sahaja mengenali afiq.

“for you.not me?”

Intan berpusing memandang afiq kali ni,kata-kata afiq menarik perhatiannya,jika bukan beberapa bulan ni,berapa lama?tak kan sehari dua ni.

“meaning”

“I fall in love dengan awak dah lama. Lebih kurang setahun yang lalu.” Jelas afiq.dia mahu intan tahu tentang itu. Mungkin intan tidak mengingatinya,tapi otaknya masih ingat.

“whatever”

“fikir la balik in. saya tetap dengan kata-kata saya.” Afiq terus bangun dia mesti pulang ke kl. Pagi esok dia mesti bertolak ke kl kerana perjumpaan pengurusan syarikat di perawalkan.

“saya balik dulu.asslamualaikum”wajah intan di pandang sekali lagi. Berat hatinya melepaskan intan di kampong,manakala doa akan ke perlis.

“tok,nek,mak cik,pak cik,saya kena balik dulu ni.esok nak ke perlis” afiq meminta diri. Fail-fail mesti disemak dahulu walaupun sudah disemak oleh setiausahanya.

Dia mahukan kepastian yang lebih.. tentu dia akan kepenatan. Di campur pulak dengan kedegilannya mahu ke perlis dengan memandu. Entahlah,dia minat drive berbanding dahulu dia lagi gemar take flight ataupun naik bas.

Masing-masing menghantar afiq melalui pandangan sahaja,kecuali intan yang berada di bilik. Entah apa la yang dah terjadi padanya. Kehadiran afiq mengucar kacirkan kehidupan single and not avaiablenya.


 ******

“lulus”

Tangan di regangkan. Ikram dihadapan di pandang. “ik.i got”

Kertas di tangan di tunjukkan pada ikram. Niatnya  untuk menyambung pembelajarannya sudah lulus . Jika di luluskan,dia dan ikram akan terbang ke rusia untuk melanjutkan lagi pembelajran dalam bidang kedoktoran selama dua tahun. Kebenaran mak ayahnya pun sudah di minta. Syukur alhamduliah.

“in,are you sure?” ikram masih ragu-ragu dengan keputusan intan. Dia hanya mahu sentiasa di sisi intan. Entah kenapa,rasnya,intanlah teman rapat terkini.

“sure.why?” intan pelik.

“tak la.tanye je.”

“so,tak lama dah kan, hujung bulan depan kita berangkat. Tak sabar nak belajar balik” ikram menarik nafas .

“ye.about two months.”

“jom minum.on me” ikram sudah bangun, waktu lunch sudah tiba.

“tak kan minum je.makan sekali yer.” Ikram memandang intan. Makin hari di kenali intan,makin tertawan hatinya,intan rupanya kebudak-budakkan. Comel sekali pada pandangannya.

Ikram ketawa senang,” yes,”

Hooray.

 Intan mengekori, “buts,on you” kata-kata ikram mematikan langkah intan. Ikram yang menyedari itu,berpusing,intan sudah buat muka merajuk. Lucu pula rasanya intan merajuk kerana itu.

“ye . ye. Saya belanja.” Pantas senyuman di ukir secara automatic. Intan bukan apa,sekadar menduga ikram je,tapi ikram begitu baik dalam melayaninya.

“nak kena tarik jugaj ke nak jalan” ikram sudah menghulurkan tangan.

Malu intan,apabila ada doctor dan nurse yang berdekatan melihat ,” uish. Mengada la ik ni. Jom” intan kini berjalan mendahului ikram. Walaupun dah ada yang menganggap mereka adalah pasangan kekasih,tapi masih dinafikan. Hati intan menganggap ikram hanya sebagai abang. Kasih saying dan layanan ikram,macam irfan,abangnya.

No comments:

Post a Comment