Wednesday, 17 August 2011

BAB 9:KESEMPURNAANMU BuKAN KEINGINANKU



Hazimah tergesa-gesa. Dia begitu risau. Dato’ azmi tidak hadir ke pejabat hari ni. Afiq? Yes. Afiq . dia ingin meminta kebenaran. Hati nya risau yang teramat. Kedua-dua anaknya di beritahu mengalami muntah-muntah. Dia harus segera pulang. Suaminya telah ke perak menghadiri kursus.

“tuk!tuk!”

“masuk” kedenganran suara dari dalam.

Pintu di kuak sebaik mungkin, “encik afiq,kak imah…” ayatnya mati di situ, dia gugup.

“apa kak imah?” fail di hadapannya di tutup. Dia memandang wajah keruh di hadapannya itu. Bermasalah kah kaki ah ni?

“kak imah nak minta kebenaran balik.” Sekali nafas sahaja dia meluahkan.

“kenapa?”

Hazimah mengeluh, “anak-anak kak imah tak sihat. Pihak sekolah telefon tadi. Kebetulan suami kak imah tak de. Dia kat perak.”

Afiq pantas berdiri. “anak-anak?”. Hazimah hairan. Tidak tahukah dia sudah berkahwin. “ye.dua orang”.. afiq melangkah menghampiri hazimah. “sekaligus.dah kak imah nak balik dengan apa ni?”

Afiq menunjukkan keperihatinannya. Dia kesiankan hazimah. Setahunya.hazimah ke tempat kerja di hantar suaminya. Jika suaminya tiada,dengan apa harus dia mengambil anak-anaknya. Dia bersimpati dengan hazimah.

“teksi. Kak imah pergi dulu. Terima kasih. “ hazimah sudah mahu leluar. Tapi di panggil oleh afiq, “jom kak imah, afiq tolong. Susah nak dapat cab masa ni.” Afiq mendahului nya keluar dari bilik itu.

Tanpa menunggu jawapan afiq berjalan di ikuti hazimah. “kak imah tunggu kat depan,saya ambik kereta sekejap”

Hazimah hanya menurut. Arahan itu diterima seadanya. Baiknya anak majikannya. Tak di sangka, masih ada anak muda berperangai baik sebegitu. Selepas mendapat tas tangas,hazimah terus turun untuk menunggu afiq. Dia tidak mahu afiq pula yang menunggu nya.



 ******


Setelah lima belas mint membelah jalan raya,akhirnya aifq,kak imah dan anak-anaknya tiba di klinik berdekatan.

“kak imah pergi daftar dulu. Nanti saya bawa anak-anak kak imah” ringan sahaja afiq untuk menghulurkan bantuan.

“ye.ye” dari tadi,hazimah banyak diam .mungkin risaukan keadaan anak-anaknya. Di tambah pula dengan suami yang sedang berkursus. Menyukarkannya untuk bergerak ke mana-mana. Hazimah pula jenis tidak pandai meminta pertolongan.

Afiq mendukung anak hazimah yang berumur lapan tahun lalu di letakkan di kerusi yang di sediakan.manakala hazimah masih di kereta,cuba membawa anaknya yang seorang lagi, perempuan. Umur 7 tahun.

Apabila afiq melihat hazimah yang masih terkial-kial mengangkat anaknya itu,afiq kembali ke kereta. Mungkin hazimah tidak larat mendukung anaknya itu,kerna anaknya itu sedikit montel berbanding yang tadi.

“kak imah,biar fiq angkat,” sejurus sahaja budak perempuan itu di angkat,afiq menekat kunci keretanya.

“terima kasih afiq” wajah  hazimah Nampak sugul.

Kebetulan ,giliran anak-anak hazimah telah tiba, “tak pe kak imah. Fiq Cuma membantu apa yang patut sahaja”

Kedua-dua anak itu diangkat masuk ke bilik doktor. Sebaik melangkah ke dalam, melihat doktor itu sedang tunduk mencari sesuatu di dalam laci. Mungkin fail. Seorang lagi anak kak imah di bawa masuk. Doctor itu sudah bangun melihat anak kak imah yang di bawanya tadi.

“letak kat katil tu” kata intan sambil menunjukkan sebuah lagi katil berdekatan. Intan terus meneliti kedua-dua budak di hadapannya. Kelihatan lemah tak bermaya.

“puan,suami puan boleh duduk di sini sekali.” Intan yang melihat lelaki yang mengangkat budak-budak tadi sudah menguak pintu.

“suami?” hazimah keliru.

“tu?” intan memandang lelaki di pintu itu.

Tanpa menunggu lama,afiq menoleh,” oh. Itu bukan suami saya. Itu bos saya. Dia tolong hantarkan ke sini.” Hazimah menjelaskan sebelum afiq membuka bicara. Mungkin doctor muda di hadapannya ini menganggap afiq sebagai suaminya kerana telah membawa anak-anaknya bersama tadi.

“ops…sory” intan rasa bersalah, dia telah salah faham.

Setelah member sedikit penjelasan tentang keadaan anak-anak hazimah,intan membantu hazimah untuk mengangkat anaknya keluar. Kebetulan tiada pesakit ketika itu.

“tak apa ke doktor intan angkat anak saya ni?” hazimah sedikit segan apabila intan sudah mendukung anaknya itu. Manakala afiq yang berada di luar tadi segera mendapatkan anak lelaki hazimah.

Tak di sangka doctor yang merawat anaknya tadi sanggup menghantar malahan siap mendukung anaknya hingga ke kereta.

“terima kasih doctor” selesai bersalaman.hazimah terus masuk ke kereta. Melihat anaknya. Kerisauan yang bertapak di hatinya sedikit bekurangan. Anaknya mungkin telah tersalah makan. Sebab itu muntah-muntah sehingga tak bermaya.

“thanks” afiq yang baru sahaja meletakkan anak hazimah mendongak ke atas untuk mengucapkan terima kasih atas bantuan doctor muda di hadapannya itu. Tak di sangka, gadis kecil molek itu larat mendukung anak hazimah,sedangkan hazimah sendiri tak larat.

“it’s okey” tatkala mata kedua-dua bertemu, kelu lidah kedua-duanya .

“awak?” kata-kata afiq mati di situ sahaja. Memang dia mengharapkan lagi pertemuan dengan gadis ini. Tak sangka rupanya gadis ini seorang doctor yang bekerja di klinik itu.

“dr intan. Nice to meet you” afiq memberikan senyuman paling manis kepada gadis di hadapannya. Dia begitu gembira.

“nice to meet you too” intan merasa perasaan yang lain benar. Seakan kenal wajah di hadapannya ini. Tapi dia tak mampu ingat.

“larat ye awak angkat budak tadi. Tabik la.” Ramah sahaja afiq bertutur sambil dia mengangkat tabi k hormat pada intan. Tergelak intan dengan aksi selamba afiq. Terasa lucu pula kelakuan afiq di matanya. Sungguh kelakar.

“so.i need to go. See you again.” Afiq perlu menghantar hazimah ke rumahnya. Dia akur pada pertemuan singkat dengan intan ni.walaupun tak sempat bersembang lama. Hatinya sudah cukup gembira. Paling tidak, dia sudah mengetahui nama dan dan tempat kerja perempuan yang telah mencuit hatinya itu.

Pemergian afiq di hantar dengan pandangan sahaja. Sukar untuk di tafsirkan. Kenapa dia rasa begitu senang hati . adakah kerana lelaki itu tadi ? dia sendiri belum sempat bertanya nama lelaki itu,sedangkan lelaki itu sudah mengetaui namanya dengan melihat tag nama di bajunya.

Sukar untuk di jangka kan. Dan dia sendiri tidak pasti apa yang dia rasa.

Dalam kegembiraan dua insan itu,ada insan yang melihat dari jauh dengan persaan marah. Dan dia berdendam.!



 ********

Selesai sahaja menghantar hazimah dan anak-anaknya ke rumah,afiq terus membawa dirinya ke pejabat dengan senangg hati.

Walaupun tadi hazimah ada bertanya pasal dr. intan kepadanya,dia sekadar mengatakan baru mengenali. Walaupun dalam hati,dia ingin menjerit bahawa dia ingin mengenali dr intan itu dan mahu berkongsi hidup dengan doktor itu.

Setibanya di pejabat,dia senyum memanjang sehingga setiausahanya sendiri menegur yang dia terlebih ceria. Afiq pula sekadar kata,dia senang hati dan berlalu ke biliknya.

Mak ai! Ni tak bercinta lagi,tapi dah angau. Tapi,hatinya betul-betul terikat. Datang seseksi mana gadis,secantik mana pun,dengan gelaran anak dato’ datin,anak tan sri sekalipun,dia tidak lah menjadi angau seperti ini.

Tapi sekarang, tak kenal lagi dengan dr. intan, tapi dah angau. Pada pengamatannya,dr intan bukan lah cantik sangat pun,tapi comel dan cute. Dalam erti kata lain,sedap memandang.

Masih terbayang-bayang pertemuan tadi. Melihat budi bicara doctor itu dengan hazimah pun dia sudah dapat mengagak yang  dr intan ialah gadis yang sopan santun. Malah budi bicara tampak baik semuanya. Bila sudah angau,semua Nampak perfct,kalau tak berkenan,semua Nampak buruk.

“aku mesti.”

“aku harus”

“aku boleh”

Kata-kata semagat di ucapakan kepada dirinya sendiri. Bagai berkobar-kobar semangatnya untuk mengenali intan.

“yes!” akhirnya afiq bangun . dia mahu menjamu perutnya yang sudah lapar. Pada mula nya,dia ada terfikir,mahu mengajak intan. Tapi,bila di fikir yang terlalu cepat,dia keluar lunch sorang-sorang.

Hari –hari mendatang akan ceria sahaja gayanya. Mainan lagu indah bermain dalam fikirannya. Sunguh dia bahagia.



 *******

Mastura melemparkan tas tangan ke tempat duduk sebelah penumpang. Hatinya sakit dan teramat sakit. Dulu-dulu,dia masih boleh bersabar apabila akmal afiq menolak pelawaannya dan bersikap dingin dengannya. Sangkanya akmal afiq tiada perasaan pada perempuan.

Sangkaanya memeleset sekali apabila dia keluar dari sebuah kedai tadi,dia melihat afiq sedang bercakap mesra dengan seorang perempuan. Hatinya menjadi berbahang .

“jika aku tak dapat,jangan harap kau akan dapat perempuan!” mastura melaung di dalam hati, terasa bergegar badannya menahan marah yang melampau itu.

Dia tidak boleh lama-lama di situ kerana masih ada urusan pejabat yang harus di selesaikan. Dalam memanddu,dia merangka-rangka pelbagai rancangan untuk mendekati afiq.

Tunggu afiq!

Kau belum kenal lagi siapa aku!

Dan kau betina! Jangan harap kau akan dapat afiq!

Hahahahaha!!!!

Mastura ketawa keseorangan . ledakan ketawanya semakin kuat sehingga dia meloloskan diri ke pejabat.

No comments:

Post a Comment