Sunday, 14 August 2011

BAB 2:KESEMPURNAANMU BuKAN KEINGINANKU





Kedinginan malam menyapa perlahan di mukanya, rasa sedih menyelubungi diri tatkala teringatkan orang  tua nya. Beberapa jam lalu,mak cik imah dan pak farhan telah menghantar intan ke stesen bas.

“intan jaga diri baik-baik tau”
“jangan lupa solat”
“sampai sana nanti telefon kami tau”
Masih terngiang-ngiang pesanan dan nasihat orang tuanya. Masih terasa kehangatan pelukan mereka sebentar tadi.

Nanti dia akan terus merindui kedua orang tuanya itu. Kali ini,dia pon tidak tahu macam mana dia boleh bertindak sehingga sampai ke kampungnya,walupun hanya pada hujung minggu.

Dalam beberapa jam lagi,dia akan tiba di kuala lumpur. tatkala subuh menjengah.
Alangkah indahnya jika dia mampu selena-lenanya.
Keadaan bas yang bergerak-gerak kekadang memeningkan kepala intan.
Berbekalkan minyak angin dan sedikit asam,dia mampu bertahan berada di dalam bas sehingga ke kuala lumpur.

“miss??”
Intan yang terasa lenanya di ganggu,perlahan-lahan membuka kelopak mata.
Apekehal mamat sorang ni ganggu aku ni.nak tidur ni . kacau betul la. Penumbuk sebijik baru tau.
Intan mengomel di dalam hati,sambil tangan nya sudah mengenyeh matanya agar terbuka lebih luas.

“yes?”

“boleh tolong ambil pen saya dekat kaki awak tak?”

Intan yang mendengar terus memjengukkan kepala kebahagian kakinya. Nampak sebatang pen berada berhampiran dengan kakinya. Oh… mamat ni takut nak ambik pen dia rupanya.

“ni…” intan menghulurkan pen itu.

“terima kasih”

Kemudian dia menjengukkan melihat suasana luar. Dah tak lama dia akan sampai di kuala lumpur.
Maka akan bermula la kuliah nya nanti.
Sesibuk mujur tak mengalahkan perdana menteri jer.
Akhirnya dia tersenyum.




 *******


“akhirnya”

Intan menarik nafas sebaik melangkah menuruni bas.
Dikerling sepintas lalu jam di tangna.Jam menunjukkan 6.30 pagi. Dia kini sudah tiba di destinasi.

“alamak.solat subuh?”

Cepat-cepat dia mendapatkan beg di bonet bas. Dia tidak mahu terlepas subuh.
Dalam kekalutan yang tak di sangka-sangka tu.dia terlanggar seseoranng.
Yeah…
Seseorang..

“buk!!!”

“aduh!!”

Kedua-dua insan ni mengaduh kesakitan. Dan kedua-dua saling memandang tanpa bicara.

“what the hell now?”
Marah lelaki itu.

Intan lantas berdiri. “maaf. Saya nak cepat ni. “ lalu dia beredar menuju ke surau.
Entah di mana silap nya dia tak tahu. Dia langsung tak nampak ada insan lain melalui laluan bertentangan degnannya.
Mungkin di sebabkan dia masih dalam kekalutan. Masih malas memikirkan semua itu.
Dia terus mengambil wuduk dan mengerjakan kewajipan yang satu itu.



“abang!!”
Elina sudah melambai-lambai tangan apabila melihat kelibat afiq dalam kalangan ramai penumpang bas yang ramai itu.

“hai adik”

“da lama abang sampai”

“maaf la,adik bangun lambat sikit jer..” kata elina, lantas kedua beradik it uterus melesapkan diri ke dalam perut kereta.




 *******


Afiq yang baru sahaja melabuhkan punggung nya di sofa itu terasa begitu lega setelah beberapa jam berada di dalam bas.
Keletihan terasa menjalar di seluruh tubuhnya.

Mahu diikutkan letih itu,mahu dia menyambung tidur sehingga ke petang. Namun bila di ingatkan masih ada kerja  yang tertanggh,di matikan terus niatnya itu. Begitulah rutin nya.semakin hari semakiin sibuk setelah memasuki alam kerjaya ini.
Kesuntukan masa membawa dia ke mana-mana  tempat  dalam sekelip mata sahaja terutama atas desakan tugas.

Tiga hari menjalani kursus di Kelantan membuatkan dia terasa  dunia kerjaya tidak kurang hebat cabarannya. Terutama padda dirinya yang baru menjejakkan kaki dalam  alam kerjaya yang semakin rumit itu.

Lantas dia ke kamar mandi membersihkan diri lantas menuntut kesegaran di pagi itu.
Sambil menyegarkan diri.dia bernyanyi-nyanyi.


Air pasang pagi
Surut pukul lima
Nona bangun pagi
Siram pokok bunga

Persis keanakkan dia melalak didalam bilik mandi itu.
Hatinya begitu gembira.
Entah dari mana datang gembira itu pun dia tak tahu


Mamanya yang berada di dapur tersenyum riang.
Apalah agaknya yang mengembirakan hati bujang anaknya itu.

“adik?” dia terus memanggil nama elina. Mana la tau anak nya yang ini mengetahui apa-apa ke setelah beberapa hari berada di negeri orang.

“asal dengan abang hang tu. Melalak pepagi buta ni kat bilik mandi. Tak pernaq mama dengar dia nyanyi sebelum ni. Dapaiq awek baru ka?” soal mamanya.

Setahunya,anak bujangnya itu baharu sahaja putus cinta. Itu pun desas desus yang didengarnya sahaja. Tak ada pula dengar dari mulut anak nya itu sendiri. Anaknya sememangnya perahsia sedkit orang nya. Amat sukar nak di korek rahsia hatinya.

“entah la ma. Adik pon rase cam aneh je. Tapi biaqla abang tu ma, da tak betoi agak nya tu.” Elina tidak berapa kisah tentang perangai abangnya itu. Kekadang yang mudah berubah angin. Dia malas melayan. Cepat-cepat dia mengorak langkah ke ruang tamu.


“fiq?”

Puan alia menegur anaknya yang baru sahaja selesai mandi itu. Masih basah rambut anaknya itu.
Melihat ketampanan anaknya itu, memang tak dapat melarikan dirinya dari mengingati suaminya yang kini berada di luar negara selama beberapa hari kerana menghadiri urusan syarikat. Rindu juga hati nya.

“ye ma.ada apa?”

“kamu tak mahu makan dulu?”

“jap lagi ma. Nak tengok kartun jap.hiburkan hati”afiq terus melangkah ke ruang tamu.

Puan alia menoleh.”tak hibur lagi ke hati kamu tu. Mama dengar kamu duk melalak nyanyi ntah pape dalam bilik mandi tu.await hang ni?ada masalah ka?ke ada masalah mental?”

Seiring dengan kata-kata itu,terus meledak ketawa afiq.

“apalah mama ni. Mana ada mama. Afiq sajeje. Nak testing suara. Mana tau nanti boleh tanding dengna artis.” Afiq terus memajukan langkahnya  dan semakin lagu apabila melihat siaran kegemarannya sedang dimainkan.

“eh..nak ke mana kamu tu?jom la makan. Ajak adik kamu tu sekali”

“jap la ma. Tengok tu.cerita tengah best tu. Fiq da la lama da tak tengok kartun ni. Nak lepas gian jap ni ma.”

Afiq terus menghenyakkan punggungnya do sofa mewah milik keluarganya itu. Cerita kartun spongebob itu sesekali mencuit hatinya sehinggakan meledakkan ketawa yang kuat. Puan alia juga sesekali menjengukkan kepala ke ruang tamu apabila mendengar suara afiq itu.

“abang?”

“ye.”
Afiq masih tidak mengalihkan pandangan dari kaca televisyen. Cerita itu amat menarik perhatiannya dan menghiburkan.

“abang?” sedikit kuat elina memanggil afiq.

“ye dik.ape hal ni,” sedikit marah.

“jom pi shoping hari ni. Teman adik.”

“what?ajak ler member adik.”

“ala.jom la.xmo la dengan dia orang.”rengek elina. Dia sudah lama tidak keluar dengan abangnya itu. Setelah afiq memulakan kerjayanya,semakin  renggang terasa hubungan adik beradik itu.

“adik nak shoping apa?” afiq masih la membuat remeh.

“ada la.jom la.jom la.jom la.” Elina sudah memegang tangan abangnya.

“yelah.yelah.yelah.” lucu pula kedengaran apabila dia menjawab sebanyak tiga kali itu. Rancangan kartun itu pun menamatkan sirannya dan dia menapak ke dapur untuk di jamah. Perutnya kini sudah berlagu riang da. Ala-ala muzik hip hop dah berentaknya.

“mama masak apa.sedap nye bau.” setiba afiq melangkah,aroma maskan mencucuk hidungnya. Semakin berlagi perutnya itu.

“mama masak nasi goring je la. Ni kuah sup sikit” puan alai tidak menoleh, malah terus menyenduk  sup untuk di jamu oleh mereka nanti.

“sedapnye bau.”

“yela.jom makan.duduk lek lok.” Persis seorang ibu mengajar anaknya yang belajar tadika puan alia menyuruh anaknya itu.

“okey.”



No comments:

Post a Comment