Sunday, 14 August 2011

BAB 3:KESEMPURNAANMU BuKAN KEINGINANKU






Afiq hanya mengenakan sehelai jean dan t-shirt berwarna  coklat. Bagi nya, dia amat selesa dengan pemakaian yang simple itu. Dia mudah bergerak kemana-mana sahaja. Afiq terus mengorak langkah menuju ke kereta untuk menghidupkan enjin.

“adik!cepat la. Tadi beria sangat nak pi shoping. Ni yang terhegeh-hegeh pulak apesal ni. Kang tak jadi baru tau” afiq melaung dari luar rumah.

“jap.jap. adik ngah bersiap ni. Lek lu.”

Kedengaran lucu pula ayat yang di tuturkan oleh adiknya itu.  Setelah melihat kelibat adiknya,afiq terus ke dalam kerete Honda kesayangannya itu

“mama!kami pergi dulu” elina pula kali ni melaung dari pintung rumah sambil menyarung sandal nya.
“okey.hati-hati”

Setelah 15 minit berada di atas jalan raya,akhirnya mereka tiba di shoping kompleks itu. Terasa begitu lama tidak menjenguk pusat membeli belah setelah dia menamatkan hubungannya dengan asma. Dia akur setelah asma sendiri memilih jalan untuk bersama orang lain. Dia hanya mampu menerima  sahaja. Walupun hatinya remuk,tetapi dia masih mampu berlagak tenang dan sentiasa berfikiran positif.

“bang,jom pi kedai sana tu.” Elina mengajak afiq berkuncung ke kedai buku ambil jarinya menunding kea rah sebuah kedai yang berada di hujung tingkat itu.

“malas la.adik pi sorang la” afiq membuat muka bosannya.
“abang ni.jom la.tak sporting lansung” elina terus memujuk. Seraya tangan abangnya itu ditarik mengikut langkahnya.
“ye.jom.jangan tarik-tarik.cam budak kecik.” Afiq memberhentikan langkah,kemudiannya menarik tangannya dari pegangan elina.
“yeah.jom” sorak elina.

“budak kecik.wek!!

“wek!!”elina malas melayan afiq terus laju meneruskan langkah ke kedai buku tersebut. Di belek-belek  dari sebuah buku kepada sebuah buku. Dah hamper setengah jam dia berada di dalam kedai ini. Dalam ruangan ini. Namun,elina masih belum menunjukkan tanda-tanda mahu meninngalkan kedai ni.

“lambat lagi ker?” soal afiq.
“jap jer”

“jap jer.jap jer. Dah lenguh da kaki abang ni. Adik ambik je la. Terus bayar.senang citer.” Afiq mula tak senang .

“abang ni.sabaq la. Adik tengah pilih ni. Kan tak best citer ni. Tak best la adik nak baca.”

Elina terus ralit dengan menca[ai novell. Satu demi satu. Namun,hanya dua buah novel sahaja menarik cita rasanya. Makin dia melangkah,akhirnya.

“yeah.da jumpa” elina terus mencapai novel berwarnaa ink itu. Tak di sangka tangannya mendarat di atas tangan insane lain.

“maaf.tak sengaja” gugup elina.

“taka pa.adik nak ,ambik la. Akak tengok-tengok jer” intan kebetulan juga memegang novel tersebut.

“taka pa.akak ambik la.” Elina mula mengundurkan langkah.

“kalau adik nak baca.beli la. Cam best jer ni. Lagipun,da nak habis stok da kot.tinggal sebuah je lagi ni. Akak tak niat nak beli” panjang pula tutur bicara intan.

“yeke?saya ambik yer.thanks akak”

Afiq yang ketika itu melihat elina bercakap dengan seseorang lantan menghampiri.

“kenapa?”

“tak ada apa-apa la bang.nak beli novel ni. Da cukup da. Da boleh bayar. Abang bayar yer.” Elina terus mendapatkan abangnya.

“nah.ambik ni,”afiq menghulurkan not seratus kepada adiknya itu. Dalam sekelip mata sahaja elina sudah berada di kaunter.
Afiq terasa yang wajah gadis yang bercakap dengan adiknya tadi seperti pernah di lihat. Tapi, dia ingat-ingat lupa.

“ngeks” dia akhirnya mengutuk diri sendiri. Namun,ada seseuatu yang menariknya untuk mendekati gadis itu.

“abang!jom!” elina datang menerpa terus mematikan ingatan afiq.

“hah!ni nak ke mana pulak ni?” afiq menjeling sekilas adiknya yang berada disebelah.

“kiter…beli baju jap.then kita makan. Boleh?”sambil tergelak,elina terus masuk melangkah.

“ok..tunggu la abang dulu. Jalan macam ribut jer. Tak lari nya kedai tu” afiq mendapatkan elina yang sudah berada di depan mendahuluinya.

****

Afiq melangkah menuju ke foodcourt.  Tekaknya sudah terasa haus.  Kakinya apatah lagi, sudah mahu cramp rasanya. Itulah yang dia rasa apabila mengikut elina bershopping.
Malahan bukan itu sahaja,kekadang,dompetnya pun boleh menjadi nipis.

Maklumlah,adik seorang sahaja. Kesayangan dia. Kaki yang lenguh itu menuntutnya melabuhkan punggung di kerusi berhampiram meja bulat itu.
“giliran adik pulak” dengan mimic muka letih,dia berkata.

“giliran?giliran apa?” elina dengan muka blurnya.sesungguhya dia memang tidak memahami maksud abangnya itu.ingat tengah main game ke ada giliran ni. Abang aku ni. Dah tak betul kea pa.

“dik?yang duk menung tu apa?pergi beli air” afiq menegur.

“lah..abang ni,.asal adik nyer”

“dah seharian abang teman adik.kali ni adik la pulak “ rungut afiq.

“bang?”

“bang?” dua kali dia memanggil baru afiq memalingkan wajahnya.

“tengok tu.ramai la lelaki. Abang pergi la. Nanti dia orang ganggu adik. Please….” Elina sudah buat muka manjanya.

Afiq memandang kea rah kaunter. Sememangnya ramai golongan remaja lelaki berada di situ. Mungkin elina akan merasa segan. Terutama apabila di usik oleh remaja lelaki itu nanti.

Biarlah kali ini dia mengalah, walupun sendi lutut dia menuntut rehat. Dia betul-betul kepenatan. Dari satu kedai ke kedai lain dia menjelajah. Rasa nak hempuk je adik dia yang seorang itu. Terlalu banyaak kerenah.



 *******


Selesai sahaja mendapat alat tulis dari kedai buku tadi,intan terus melangkah ke kedai aksesori. Dia tidak mahu membazirkan masa menjelajah kedai ,satu demi satu mencari benda yang tak pasti. Sedangkan rakannya yang lain entah ke mana.  Mereka sudah berjanji akan bertemu di foodcourt  dua jam lagi.

Kepenatan semalaman berada di dalam bas masih terasa. Dia sudah  nekad,setelah membeli  aksesori yang di kehendaki nya,dia akan terus ke foodcourt.  Dirinya menuntut rehat. Masih banyak  lagi kerja yang ditangguhkan minggu ini.

Sebaik sahaja dia melangkah ke foodcourt,dia segera mendapatkan air dan sedikit makanan sebagai bekal menanti rakan-rakannya.

“berapa dik?”

“RM6.30” intan terus melangkah ke meja setelah wang baki dipulangkan. Dia hanya membeli sebotol air mineral dan se kotak air duthlady bersama juga dengan sedikit makanan ringan. Dia terus mencapai telefon bimbit yang berada di dalam beg nya.

“korang,aku tunggu di foodcourt.cepat sikit tau… J

Butang send di tekan selepas itu.

Gelak ketawa dari meja berdekatan menarik perhatian intan untuk menoleh . kelihatan seorang lelaki dan seorang perempuan sedang melepak. Mungkin melepaskan lelah setelah penat membeli belah kerna tidak kurang banyaknya beg kertas berhampiran gadis itu. Alangkah indahnya jika dia pun mampu membeli sebanyak itu.

Ingat anak orang kaya ker nak beli banyak-banyak ni. Nanti kering duit poket,nak makan apa. Sesekali kepala intan tergeleng-geleng memikirkan isi kandungan otaknya tadi.



 ******



“oit!”

Hampir luruh jantung intan apabila di sergah sebegitu.

“apela korang ni. Nasib baik tak mati aku kat sini” marah intan.

“guys.jom ambik minuman dulu.aku dahaga ni.” Erma mengalihkan topic lantas segera menapak ke kaunter.

“Ya Allah…” terkejut intan apabila tetiba sahaja dia terpandangkan baju nya basah dek tumpahan air yang di bawa erma. Namun,dia tidak lah naik angin. Mungkin dalam mood yang masih waras dan elok lagi.

“ops….sory…not  my fault. That guy yang terlanggar aku” kecut perut erma apabila intan mengangkat wajah memandangnya. Dia amat mengenali intan yyang amat tegas orangnya dan barannya tidak kurang hebatnya.

Intan pun menarik tangan erma untuk duduk. Manakala rakan yang lain masih diam. “tak ape la. Lepas ni kita balik la.kotor dah baju aku ni.” Intan berkata dan kemudiannya menoleh memandang lelaki yang di tunjukkan erma tadi.

“really sory intan” erma masih serba salah. Agak pelik apabila intan tidak marah.

“tak pela. Just forget it” dia terus berdiri untuk pulang.

“miss???” intan menoleh apabila mendengar suara berdekatan dengannya.

“yup”

“maaf. Saya tak sengaja terlanggar.” Afiq berasa bersalah yang teramat kerana terlanggar seorang gadis tadi sehingga menumpahkan air minuman ke atas rakannya. Nasib baik la,orang ramai tidak Nampak insiden itu.

“it’s okey.” Intan terus meneruskan langkahnya.

Afiq yang masih kaku di situ berasa begitu hairan kenapa gadis itu tidak memarahinya. Sedangkan baju  gadis itu sudah kotor kerananya. Elina melangkah menhampiri abangnya itu.

“jom la bang. Mungkin that’s girl memang baik hati.” Elina terus menarik abangnya meninggalkan ruang itu untuk pulang ke rumah.

Masih terbayang di fikiran intan lelaki yang datang memohon maaf tadi, ketampanan lelaki itu tidak lah terserlah sangat,tapi pandangaan mata lelaki itu terasa mengetarkan hati intan. Oleh itu,dia cepat-cepat melajkan langkahnya ke kereta.

“intan.handsome kan mamat tadi.” Rakan-rakan yang lain mula membicarakan tentang lelaki tadi. Pantang Nampak lelaki sikit. Mula la dia orang ni bergosip.

Intan yang malas melayan terus memasukkan barang ke bonet kereta dan memandu pulang.

No comments:

Post a Comment