Wednesday, 31 August 2011

bab 18: kesempurnaanmu bukan keinginanku



mines dikunjungi setelah habis wakti bekerja. Intan dan ikram berjalan beriringan. Tampak mesra sekali.

“intan nak bawak banyak barang tak nanti?” ikram sungguh bahagia. Berada di sis intan adalah keinginannya semakin hari. Dia jadi bersemangat untuk terus hidup.

“tak tau la..bese-bese je kot” intan tersengih.

“ik,jom ke kedai tu” kedai teddy bear di hadapan itu menarik perhatian intan. Rupanya intan minat bear. Macam  bebudak tadika je. Haish..tak kan la aku nak masuk kedai ni. Malu der.. perempuan je ramai. Segan ni. Intan sudah melambaikan tangan,mengajak intan masuk  ke dalam kedai.

Pelbagai tedy bear membuatkan intan rindu pada bearnya kat rumah,walaupun di rumah sewanya ada juga bear,tapi tak sama dengan yang kat rumah,kerna,itu yang imran bagi. Ahh!! Imran lagi,macam mana la asyik teringat kat imran je ni. Imran fariz. Nama yang sentiasa di hati intan dahulu. Pengubat jika intan dalam keresahan. Semangat intan. Tapi…dah tak ada lagi.

Intan mengeluh,seekor tedy bear di ambil. Cantik!

“awak suka ke?” soalan ikram hanya dib alas dengan anggukan. Intan betul-betul suka akan bear itu,terutama bulu bear  yang berwarna krim. Sejuk pada matanya.

“ik belanja yer” intan mendongak melihat ikram di sebelah.

“err… tak mau” apa lah ikram ni.tak kan nak belanja bear ni,masih mampu la intan nak beli.desis hati intan.

“oppss..sorry.” bear di tangan hampir terlepas kerana tangannya di langgar oleh seorang perempuan. Gedik semacam je minah ni.suwel. intan mengutuk dalam hati.

Perempuan itu terus berlalu. Bear itu diletakkan kembali. “jom ik.kita ke kedai lain pulak” intan  sudah ke mahu keluar.

“intan pergi dulu,jap lagi ik susul” ikram masih mahu berada di kedai itu.mahu melihat dan membeli sesuatu. Mungkin di jadikan kenangan or may be pengubat rindu jika intan sudah tidak rapat dengannya nanti.

“hei you” nada suara biasa tapi kurang ajar. Intan menadang pemilik suara itu. Perempuan yang melanggarnya tadi. Padanlah kurang ajar,sepadan dengan pemakaian tak cukup kain terlampau dan mulut yng tidak berinsurans.

“me?” intan menyoal.melihat tiada sesiapa di situ melainkan mereka berdua.

“ada orang lain lagi ker kat sini.” Mastura tergelak sinis. Perempuan di hadapannya ini ,intan merupakan penghalangnya mendapatkan afiq, jadi dia harus di beri amaran.

“saya tak kenal awak” intan masih mengawal nada suara nya . dia harus bersabar dengan kerenah minah yang tak di kenalinya ni.

“of course. But you kenal afiq” mastura membalas.

“afiq?”

Mastura rasa jengkel.buat-buat tak kenal.” Tak kan tak kenal.” Mastura tergelak lagi. “ I just want to warn you,jangan dekat dengan dia,kalau tak,nahas you” perlahan tapi tegas sekali suara  itu memberi amaran. Habis ayat itu,mastura terus beredar,ikram pula sudah menghampiri intan.

Ek eleh minah ni. Karat sungguh la. Kalau kau nak afiq ambik la. Ada aku kisah? Ni nak warning.. ingat aku takut. Hampeh.

“aik..pandang apa tu?kenapa tak gerak lagi dari tadi?” ikram pelik,seingatnya tak di suruh pula intan menunggunya. Tapi,intan masih berada berhampiran pintu kedai itu,tak kan la berjalan selambat tu,kalau merangkak pun dah sampai agaknya.

Menggelabah intan,tak mahu ikram tahu tentang kejadian tadi, “tak de pape.ramai jugak orang petang-petang ni” intan sudah bergerak ke kedai lain. Tak mahu ikram mengesyaki apa-apa . ikram hanya menuruti.


 ******


Sepanjang berada di perlis hati afiq teramat teringatkan intan. Rindunya membuak-buak, tapi di tahan kerana intan langsung tak menghiraukannya. Bila di telefon,akan masuk ke mailbox. Bila d isms tiada pula berbalas. Bukan satu dua panggilan malah berkali-kali. Begitu juga sms,bukan sekeping dua,,banyak,tapi tidak juga dib alas intan. Sibuk sangat ke intan? Atau intan langsung tidak memperingati dia.

Sejurus tiba di rumah jam tiga petang,afiq terus ke hospital,niatnya hanya satu,mahu bertemu empat mata dengan intan. Mahu melepaskan rindu yang di simpan selama beberapa hari ini. Jika lau boleh,tak mahu intan jauh dari matanya.

“doctor intan ada?” afiq bertanya pada jururawat di situ,

“tadi ada,tapi tak tahu dia di mana.” Jururawat itu memandang afiq, “jika ada apa-apa penting,tinggalkan pesanan taka pa,nanti saya maklumkan pada doctor.” Jururawat yang melihat mata afiq melilau mahu membantu.

“erm…..” afiq masih tak mahu berganjak,dia mahu jumpa intan. Ke mana la pulak si intan ni pergi. Dia mengeluh,tak tahu mahu cari di mana intan. Tak kan la nak di terjah wad demi wad semata-mata mencari intan. Nanti apa kata orang. Kerja gila namanya tu.

“saya cuba call doctor” pantas ganggang telefon dan sekelip mata sahaja nombor doctor intan di tekan. Mungkin hanya itu yang mampu dibantu oleh jururawat itu.

“doctor,ada orang cari doctor la” jururawat itu bersuara apabila talian di sambung kan.

“yeke?penting ke?” intan masih sibuk dengan beberapa fail di tangan.

“entahla.macam penting je”

“okey,suruh dia tunggu kat ruang depan,nanti saya datang” talian terus dimatikan. Siapa lupak mencarinya ni. Dah la banyak kerja yang perlu di uruskan. Beberapa hari bercuti melanbakkan kerja yang ada. Pantas kakinya ke bilik ikram. Mahu mendapatkan beberapa maklumat tentang pesakit.

Afiq melihat intan berjalan melintasi hadapannya,tapi intan langsung tidak perasan yang dirinya di situ. Sejurus kemudian,dia kembali dengan fail dan bersama doctor ikram. Diamati riak tingkah intan,macam serius je. Ada kes ke?

Sudah lima belas mint menunggu ,afiq mula bosan. Kenapa intan buat donnow jer. Atau intan mahu membuat dia rasa marah. Pantang betul la buat tertunggu-tunggu ni. Terasa tahap kesabarannya sudah berkurangan.

Kakinya di hayun kea rah tempat intan berdiri,membelek kertas itu dan ini.

“in?” afiq sudah di belakang intan.

Tapi intan tetap dengan kerjanya,langsung tidak mengambil kisah siapa yang menegur.

“can we talk for a while?” afiq masih mengawal nada suaranya yang sedikit sudah lari dari kelembutan. Sikap acuh tak acuh intan membuat kesabarannya kian menipis.

“sini je la”

“private” aifq memohon pemahaman.

Intan mejeling sekilas, “nak apa?” sedikit keras. Tapi di toleh sekali lagi mukanya. “fiq?bila awak sampai?tak cakap pun.” Intan mengawal nada suaranya,tak de pulak dia perasan afiq di mana-mana tadi. Yang bercakap pun tak di toleh,tak sangka pula afiq yang ingin bertemu dengannya.

Afiq buat-buat senyum “ reallY?”

“I dah tunggu you lebih lima belas minit dah.” Sinis afiq membidas.

“sorry.lately really busy.tunggu jap,nak hantar ni jap” intan memandang jam tangannya,” office hour pun dah habis,nanti kita sembang” intan terus meninggalkan afiq di situ.

Dalam sepuluh minit,intan sudah berjalan ,tanpa sebarang fail dan kot putih tersarung di tubuh,itu tandanya intan sudah habis bekerja. Intan menarik nafas lega. Akhirnya habis jugak kerja-kerja yang bertimbun. Cuti yang agak lama memang membuatkan dia seperti orang tak tentu hala hari ini.

“jom pergi makan.” Intan yang berada di sis di pandang penuh mengharap.

Demi mahu menebus rasa bersalah dengan tak menghiraukan panggilan sms dan pangilan afiq serta membuatkan afiq menunggu sekian lama,akhirnya intan mengangguk. Mereka berjalan ke restoren berdekatan.

“penat?” begitu perihatin afiq bertanya bertandang di hait sudah terbang di tiup angin .kini hatinya damai sekali.

“boleh la”

Lalu  tiada sebutir bicara keluar dari bibir mereka. Hanya diam sehingga ke pestoren berdekatan.



 **********


Kata-kata afiq beberapa hari lepas diingati kembali.

“saya nak masuk meminagn awak hujung minggu ni” tenang sahaja wajah itu tatkala itu. Afiq serius dengan kata-katanya. Dia sayangkan aku? Aku? Sayangkan dia tak?

Tapi bila tak de rasa jugak rindu?apakah ini cinta lagi untuk aku?tapi tak dapat tanding dengan hubungan dengan im.

Kusut kepala intan. Syiling bilik nya di pandang. Dia masih belum member apa-apa jawapan. Sebaik sahaja selesai makan,intan terus balik rumah. Panggilan dan sms afiq langsung tak di endahkan. Apa harus di perkatakan. Intan tak saying afiq. Betul ker??? Tapi kalau tak sayang ,perasaan apa ini?

“melalut je”
“entah-entah gurau je” intan sudah tak mahu berfikir lagi,mungkkkin afiq bergurau,lantak lah dia. Lagipun sebulan lagi dah nak sambung belaja. Dia terus memejamkan mata, mahu melupakan semua itu.. Sudah tak mahu berfikir apa-apa lagi.

“kring!!!!!”
Intan yang lena di katil terpisat-pisat. Malam ke siang ni? Aduhh! Lama ke aku tido? Berdenyut kepala. Pandangannya di halakan ke meja berdekatan. Skrin yang mengerdipankan nyalaan dan telefon yang bergetar menandakan ada panggilan masuk.

Tiada kudrat rasanya untuk mencapai telefon itu. Akhirnya diam jua telefon itu. Beberapa minit berselang,satu sms di terima. Intan masih di katil. Digagahkan semangat,telefon di capai. Ikram yang hantar sms,dan ikram jua lah yang menelefonnya.

Esok kita ke putrajaya. Nak settle kan urusan sedikit.
Naik kereta ik .ik ambik esok kat rumah pukul 9. See u tomorrow

Alamak aii..ada lagi ke tak selesai.dah la sakit kepala. Ain dah ada kat rumah ke belum ni. Teringat pula teman baru yang menyewa rumah sekali dengannya,mahu di pesan penadol. Bekalan ubatnya sudah habis. Dah lama tak diserang apa-apa penyakit melainkan di kampong hari itu,dua minggu lepas.

 Pantas tangan menaip mesej kepada ain,dan dalam sekelip mata balasan di terima. Ain masih di luar. Ain jarang berada di rumah kerana selalu membuat kelas tambahan,ada yang berbayar ada yang tak berbayar kepada pelajar. Nasib baik ain masih di luar,jika tidak,dia terpaksa la menahan hingga pagi esok untuk mendapatkan ubat.


 *****


“ambik kau!” mastura puas dengan tindakannya. Habis basah muka intan. Intan pula merah padam muka. Menahan malu. Mujur kulit muka tidak putih,kalau tidak,lagi lah Nampak dia sedang menahan dan mungkin juga menahan marah.

Ikram sudah bangun, “whats wrong with you?” tinggi sedikit dari suara biasa. Dia pun geram dan marah dengan tindakan perempuan tak cukup kain di hadapannya. Apa salah intan sehingga di perlakukan sebegitu.

“ask her?” di tunding jari kea rah intan.

Intan hanya diam membisu. Malas merumitkan keadaan. Doa nya dalam hati,biarlah peprempuan ni blah dengan cepat sebelum dia sendiri hilang sabar yang sudah senipis bawang tinggalnya. Apa lagi masalah perempuan ni.

“intan,why?” ikram yang tak tahu apa-apa terpinga-pinga. Mastura masih di situ dengan pandangan yang amat sukar di tafsirkan. Orang ramai sudah menjeling pandang. Mungkin mahu tahu apa yang terjadi.

Dompet di ambil,dan beberapa not kertas di keluarkan dan di letak di atas meja. Intan bangun dan terus berlalu.

“hei perempuan,kau ingat apa aku kata,jangan ingat aku tak berani” intan hanya mendengar kata-kata mastura seperti angin lalu. Malas bertekak. Memalukan je.

“bak sini kunci kereta.” Intan meminta sambil menghulurkan tangan.

“but…”

“not but. Cepat la.saya nak tukar baju ni. Nanti nak ke putrajaya lagi. Nanti lambat.

Pantas kunci di hulurkan. Kerjasama dari ikram amat menyenangkan.dengan memandu,rasanya dapat di tenangkan sedkit hatinya. Dan ikram pula tiada mahu menanya apa-apa. Amat bagus.

Tiba sahaja di muka pintu pagar,intan terus keluar.

“wait jap.saya tukar pakaian.” Intan terus naik ke rumah.

Di dalam rumah pula dia bertembung dengan ain.

“intan dah sihat ke?” ain yang duduk santai bertanya.

Pelik.ain tak kerja ke?biasanya dial ah yang workaholic. Sampai dengan intan pun jarang sekali dapat bertemu empat mata. “dah baik sikit-sakit. Tak kerja ke?” intan menjenguk ke ruang tamu.

“tak,cuti.nak releks” tangan di regangkan.

Intan terus masuk ke bilik. Ikram sudah menunggu. Dia mesti cepat. Nanti lambat pula habis urusannya.
Lima minit intan sudah siap menukar pakaian. Setelah meminta diri,intan terus meloloskan diri dalam kereta yang telah bertukar pemandu.kini ikram pula yang memandu. Hal sebentar tadi sudah di lupakan,seperti tiada apa-apa berlaku.

No comments:

Post a Comment