“Encik afiq,dato’ pesan nak jumpa dengan encik afiq” pesanan dato’ azmi di sampaikan sebaik sahaja afiq melangkah ke pejabat hari itu. Afiq datang agak lewat. Jam menunjukkan angka sepuluh baru Nampak batang hidugnya di pejabat.
“okey-okey” afiq Nampak berbeza dari hari lain.pakaian pun tak sekemas biasa. Dia Nampak sedikit terganggu.
“yes pa.ada apa?”setelah pintu di ketuk,afiq terus menemui papanya.
Dato’ azmi memandang sedikit pelik meihat afiq. Lain benar anaknya pagi ni. Pagi tadi pun anaknya bagun sedikit lambat,sehingga tak sempat sarapan. Bermasalahkah? Masalah syarikat? Tiada pula rasanya. Aneh betul.
“are you okey?” dato’ azmi masih menyoal. sambil mengemaskan pakaiannya yang kelihatan selekah. Baju di luar. Tie yang sedikit senget. Rambut seperti tak bersikat , “yes. I’m okey”
“dari mana?”
“jumpa client jap” memang kebenarannya dia berjumpa klien. Tapi tak sangka pula mastura ialah kliennya. Mastura pula asyik menggedikkan diri . dia tidak selesa. Tak di sangka mastura memegang tangannya dan tatkala itu,intan juga berada si situ.
“in,jangan salah faham.klien fiq je” afiq mengejar intan yang sedang berjalan melarikan diri apabila melihat afiq bersama mastura .
Intan masih mendiamkan diri,tak pasti apa yang dia rasa. Cemburu?
“intan.dengar la cakap saya ni.” Afiq mahu memujuk..
Intan memakukan langkah. Untuk apa dia melarikan diri sedangkan dia dengan afiq bukannya ada apa-apa hubungan istimewa pun.
“she is my client. “
“so?” intan masih dengan egonya.
“awak jangan la marah. Nothing between us” afiq masih cuba menjelaskan duduk hal sebenar.
“so?ada masalah pada saya?” intan masih mendatar suaranya.
“awak Nampak lain.”
“saya ada hal ni. See you next time encik afiq” intan mahu berlalu. Tidak boleh lama-lama dengan pujuk afiq,nanti dia cair. Pantas tangan intan di capai.
“sorry”
Saat itu intan kelu beberapa saat.itulah kelemahannya,tak boleh di rayu afiq. Tapi kali ini dia cuba tidak mengalah,
“excuse me?”
Afiq blur.
“my hand please.”
Pantas tangan intan di lepaskan. Afiq tahu,intan seorang yang menjaga batas pergaulan. Dia pun memahami. Cuma sekali sekala terlepas laku. Intan terus berlalu.
“in?”
“jangan follow saya” tegas amaran itu dikeluarkan. Itulah yang afiq takutkan intan,sekali amaran di keluarkan,jangan la berani ingkar,jika tidak,seperti minggu lepas. Panggilan afiq tak di jawab. Mesej tak di balas. Bila bertemu tak di pandang muka. Malah jika bercakap,intan hanya diam seperti tunggul kayu. Betul-betul hebat pendirian.
“duduk” suara dato’azmi memecahkan ingatannya pada insiden pagi tadi.selepas sahaja intan berlalu,afiq terus berlalu meninggalkan mastura yang hanya melihat dengan senyuman sinis dan menjengkelkan.
“ada apa pa panggil fiq ni?”
Dia malas menanyakan masalah anaknya,maklumlah,dah besar panjang,jika mahu berkongsi tentu afiq membuka mulut dahulu,dan pastinya di rumah,bukan di pejabat. “ ni,papa nak kamu attend meeting mewakili papa”
“bila?” afiq tahu,papanya agak ligat menghadiri meeting atau apa-apa urusan di luar sekarang,mungkin disebabkan kesihatan yang tak menentu.
“esok.mungkin fiq dah boleh pergi hari ni,dan stay kat mana-mana hotel dulu.” Kata dato’ azmi. Dia tidak mahu afq keletihan nanti.
“kat mana pa?”
“Terengganu” sepatah dato’ azmi menjawab.lalu fail-fail di hadapannya di belek.
“pa,fiq dirve je la yer.”
Kepala diangkat memandang wajah afiq.
“drive, boleh ke?” fail yang di cari sudah di temui.
“boleh je pa,” tangan kanan pantas menyambut fail dihulurkan dato’ azmi,lalu fail itu di belek. Memeriksa sedikit maklumat.
Kepala dato’ azmi terangguk-angguk, “ kamu nak stay kat hotl mana? Mana tau boleh tempat dulu.” Cadangan diberikan.
“erm….” Afiq berkira-kira. Sebenarnya dia merangka untuk tidur di rumah tok man. Dia mahu bertemu mata dengan tok man. Rindu pula rasanya. Lagipun,di khabarkan intan cuti apabila menelefon hospital tadi,mungkin pulang ke kampung setelah kejadian pagi tadi.
“afiq tidur rumah tok man jela pa.” afiq tersengih.
Dato’ azmi mengerutkan kening. Siapa pula tok man ni.setahunya tiada pula saudara mara di Terengganu,lainlah di Kelantan.
“tok man tu,datuk intan.bolehkan pa?” afiq Nampak lagi okey dari awal-awal masuk ke biliknya tadi apabila di beritahu untuk ke Terengganu. Anaknya sedang bercinta dengan intan ke? Dia tiada tahu menahu pun.
“ye.ye.jaga tingkah laku tau” pesan dato’ azmi. Selepas itu,afiq terus pulang ke rumah untuk mengemaskan pakaian.
Hatinya berbunga riang.dia mahu memujuk intan.lagipun lusa dah cuti.dia boleh lama-lama di Terengganu setelah urusannya selesai. Tok man sudah di hubungi untuk bertandang ke sana. Gembira sungguh, tapi di rahsiakan kepada semua orang kerana intan juga berada di sana. Betul tekaannya,intan pulang ke kampong.
*********
Sebuah Honda berhenti di hadapan ruanh menarik perhatian mak cik imah dan nek wan yang berasa di halaman.
“sape tu imah?” soal nek wan. Tak pernah dia melihat kereta itu masuk ke kawasan halaman rumahnya. Pelik sekali.
“entah le mak. Nak kata intan,intan kat dalam.” Mata mak cik imah masih memandang ke arah kereta Honda itu. Siapa pula datang menjenguk pada petang ni.
Seorang lelaki menapak keluar. Segak je . sejuk mata memandang. Pantas cermin mata hitam di tanggalkan. Afiq menarik nafas lega. Akhirnya di sampai di kampong ini.dia meletakkan keretanya betul-betul di belakang kereta intan .tak mahu membiarkan intan mengelak lagi.
“lah,afiq!” mak cik imah seakan terkejut,hamper tidak cam wajah afiq tadi,mungkin di sebabkan memakai kaca mata dan potongan rambut yang berbeza dari pertemuan dulu.
Mata afiq melilau pandang menarik perasaan geli hati pada mak cik imah dan nek wan. Dia tahu,anak muda itu pasti mencari intan. Intan pun sampai tetiba tengahari tadi. Kini disusuli dengan afiq pula. Gaduh ke dia orang ni?ke dia orang ni bercinta dan intan merajuk. Macam-macam andaian la pulak. Wajah muda itu di pandang mereka.
“afiq ni tetiba je sampai,kenapa?cari intan ke?” mak cik imah mula menyakat .mana la tau anak gadisnya cuba di pikat oleh anak muda di depannya.
“sebenarnya fiq ada meeting kat Bandar esok.jadi,alang-alang singgah sini. Sambil tu nak jumpa intan,” afiq tersenyum. Malu pula kali ni bila dia berterus terang.
“oh,sambil menyelam minum air yer” sampk nek wan.
Merah muka afiq.malu juga bila di kata begitu.
“intan ada mak cik?” soalnya.hatinya dari dari sudah di tahan untuk bertanya,tapi mulutnya pula yang terlebih laju. Tak makan saman betul.hehe.
Senyum kedua orang tua itu,”ada.ada.nanti turun la” cepat je nek wan menambah.
“hah”
“tu dia,dah datang pun” mak cik imah menunjuk kea rah intan yang sedang menuruni tangga. Intan tidak bertudung pulak kali ni. Cantik. Terpukau afiq melihat. Lagi cantik berbanding pakai tudung. Dia dah makin jatuh hati.
Intan yang masih belum menyedari kehadiran afiq itu selamba sahaja.dulang di bawa ke halaman,
Setiba di halaman wajah lelaki itu di pandang,apabila melihat wajah itu turut memandangnya.
“hah!!”
“fiq”
“mak ni dulang, tuang air sendiri, intan naik dulu.”berlari intan naik ke atas rumah apabila menyedari rumahnya dikunjungi .sambil memegang kepala tak bertudung dan memakai kain btik,dia berlari masuk ke rumah. Mungkin malu kerana tidak memakai tdung ataupun selendang.
“maafla fiq.intan tak perasan tadi tak pakai tudung,lagipun rumah ni jarang sekali anak teruna datang” mak cik imah menjelaskan.
Afiq tersenyum, “tak pe.kenapa jarang sekali anak teruna datang mak cik?” ayat terakhir mak cik imah menarik perhatiannya kerana dia terasa janggal dan pelik dengan ayat itu.
“kamu tak tau ke fiq,intan tu garang orangnye,kalau ada yang usyar-usyar,terus di halaunya. Mana ada yang berani” kata mak cik imah.
“kamu nak tau,dah ada datang meminang,” belum semat ayat habis terus di potong afiq.
“meminang!!” terkejut juga. Intan ni tunangan orang ke.
“naik.sabar dulu.kalau ada yang datang meminang pun,terus di tolak, entah la, tak tau la kenapa. Kenapa tak kamu je yang masuk meminang” kata mek wan.
Tersedak afiq. Tak sangka pula advance jugak nek wan ni. Merah padam mukanya.
“apa ni nek,pinang meminang apanya. Ke nak makan buah pinang” intan sudah menukar pakainanya. Kini berseluar trek dan t-shirt,di kepalanya sudah tersarung tudung.
Afiq tersenyum,dia memang ada niat itu,tapi takut . “insyaAllah nek,tak lama lagi.” Intan pula tersedak air yang di minum. Dia bukan pekak untuk mendengar perbualan orang tuanya dan nek wan dengan afiq tadi.
Sementara itu,pak farhan dan tok man sudah sampai dari kebun. Nampak seraga rambutan dan beberapa buah durian di bawanya.
“dah sampai kamu rupanya,ingatkan malam ni sampai.” Tok man menegur selesai sahaja turun dari motor.
“awal la tok,kan bertolak tengah hari”tangan kedua-duanya di salami. Sebagai tanda hormat.
“tok tau afiq nak datang?” celah intan yang masih blur.
Pak farhan pun sudah ke pondok .”tau la,kalau tak tahu,tak kan la kami bawak balik banyak ni.tu ,tok man kamu,lagi beria bila afiq telefon nak datang”
Intan mengetap gigi,dia betul-betul geram dengan mamat di hadapannya. Afiq yang tahu intan sedang marah berpura-pura bercakap dengan tok man.
“in tak tau pun” intan masih geram. Masing-masing menjungkit bahu tanda tak tahu. Wajah afiq pandangnya, “jawab” intan menuntut jawapan. Betul la kata mak cik imah dan nek wan,garang rupanya. Mana ada orang berani dekat cam ni. Tapi dengan afiq,dah ada dalam hati.
“surprise!” afiq tersengih. Dia tak tahu nak kata apa.
“ngeks” intan sudah marah.”intan naik dulu la,” intan terus naik ke rumah. Hatinya membengkak dengan afiq. Kejadian pagi tadi masih dia ingat,. Ni mari pulak kat kampUng. Uish!! Sakit hati betul. Getah ikatan rambut di lepaskan. Dia betul sakit hati. Kenapa la hadir mamat ni dalam hidup aku. Kenapa?
No comments:
Post a Comment