Intan ingin cepat. Langkah yang di aturnya semakin laju. Dia tidak mahu lambat. Kesian pesakit yang memerlukannya. Kesesakan jalan tadi membuatkan dia lambat tiba di klinik. Di tambah pula dengan kesukaran mencari parking. Nasib baik ada sebuah perdana yang mahu keluar tadi. Jika tidak,tak tahu la mahu di letakkan di mana keretanya itu.
Semakin laju langkahnya semakin laju jarum jam berjalan padanya. Jam sudah menginjak ke angka 2.02 minit petang. Arh!! Dia sudah lambat. Please la. Dia meneruskan perjalanannya,sambil itu,dia memegang sedikit kain dia yang sedikit terselak.
Ala,kain ni,time aku nak cepat la dia terselak ni. Kenapa la,dia boleh pakai baju kurung hari ni. Kalau dia mengenakan jeans kan lagi senang. Tak la cerewet sangat. Tak di sangka dia merempuh orang. Yeah,orang. Tak kan tiang.
Dia yang hamper terjatuh pantas di pegang oleh insan yang entah tak di ketahui siapa itu. Beberapa saat kemudian,dia membetulkan dirinya. Nasib baik tidak jatuh, matanya yang tadi kalut membetulkan pakaiannya mengangkat muka.
Alangkah terkejutnya apabila mata lelaki itu sedang merenungnya. Arh! Apa hal pulak ni. Dia nak marah ke. Dah la nak cepat ni. Aduish! Kusut! Geram!
“maaf. Betul-betul maaf” tidak tahu apa yang ingin di perkatakan. Segera dia berlalu setelah lelaki tadi menyepikan diri. Mata lelaki itu masih memandang langkahnya. Dia sudah tidak pedulikan semua itu. Pintu klinik itu di kuak dan dia segera ke biliknya.
Tidak sampai beberapa minit,pesakit sudah masuk ke biliknya.
Letih masih belum di tebus. Sakit di kakinya tidak di pedulikan. Walaupun tadi dia tidak mengesan sakit itu. Harap-harap tidak teruk.
“masuk puan”
Setelah setengah jam melayan pesakit,dia menapak keluar, dia ingin membeli sedikit makanan untuk di kunyah sementara menunggu pesakit seterusnya.
Alangkah terkejutnya dia,semasa dia keluar dari klinik,lelaki tadi berada di tepi klinik. Berdiri di situ sambil matanya memandang lantai.
Apabila menyedari intan berada di sebelahnya,afiq mengangkat muka.
“assalamualaikum” ramah bibir afiq menutur. Wajah di depannya ini menarik perhatiannya. Di litupi dengan tudung berwarna krim sedondong dengan warna baju kurung yang di pakai,gadis di hadapannya mencuit hati lelakinya.
Intan masih diam. Tidak tahu apa yang patut di lakukan. Apakah dia ada melakukan kesalahan. Lelaki di hadapannya cederakah? Tapi tak Nampak macam sakit. Tiada pula plastik ubat di tangan lelaki itu.
Setelah melihat intan yang membisu,afiq berbicara lagi, “tak baik tau tak jawab salam”. Tersentak intan. Dia malu dengan dirinya sendiri
“waalaikumussalam. Awak cedera ke?” intan membuka bicara. Namun,wajahnya tidak memandang lelaki itu. Dia tidak selesa dengan pandangan mata afiq.
“haah”
Intan segera menoleh. Betul ke lelaki di tepi nya kini cedera.
Tergelak afiq melihat reaksi intan. “tak ada la. Saya nak tanya awak je. Awak yang jatuh tadi. Cedera ke tak? Tapi lama pula awak kat dalam. Doktor kata apa?” panjang pula afiq bertanya.
Apahal la dengan mamat yang ni. Aku ingat kan dia yang cedera .aku yang pulak di tanya. Lantas dia memandang ke atas. Klinik? Patut pn dia fikir aku sakit. Klinik. Lupa la pula. Seakan terlupa pula yang dia sedang bekerja sekarang. Kerja? Alamak. Dah agak lama dia di luar.
“I’m okey.i have to go now.” Intan meneruskan langkah ke 7E yang tak jauh dari situ. Afiq pula masih tidak berganjak. Dia terus memerhati intan.
Setelah mendapat sedikit barang,ingin ingn segera ke klinik semula. Namun dia hairan, lelaki tadi masih di tempat tadi. Dia buat-buat tidak Nampak. Dia malas melayan.mungkin lelaki itu jenos yang menggatal dan nakal.
“awak?”
“awak?”
Dua kali memamggil,gadis itu berhenti melangkah. Afiq melangkah kearah intan. Intan masih dengan muka selambanya.
“akmal afiq. Kalau ada cedera,give me a call” afiq menghulurkan kad bisnes nya dan terus meloloskan diri dalam kelompok orang yng ramai.
Intan masih kaku di situ. Apa tujuan lelaki ini. Ah!! Lelaki. Benci betul la. Main teka teki la pulak. Malas.malas.malas. dia malas memikirkan lelaki tadi.dia mahu segera menyambung kerjanya.
******
Afiq segera meloloskan diri ke dalam kereta. Jantung nya yang dari tadi berdegup kencang. Perempuan tadi betul-betul menarik perhatian. Entah apa la daya tarikan pada perempuan itu pun dia tidak tahu.
Apa yang dia tahu,dia rasa amat risau apabila perempuan itu melangkah ke klnik. Cederakah dia? Dia sendiri tak pasti. Perempuan itu pun,memunculkan diri kembali setelah setengah jam dia berdiri di luar klinik itu. Bukan tidak lenguh kakinya,tapi demi perasaannya yang amat teringin mengetahui tentang perempuan itu,dia sanggup.
Apa lah nasibnya,dia terlupa menanyakan nama perempuan itu. Masakan perempuan itu akan menghubunginya. Tadi pun perempuan itu bersikap dingin.
Timbul satu perasaan di hatinya.dia ingin mendekati perempuan itu. Ada sesuatu yang menarik tentang perempuan itu padanya. Sesuatu yang dia sendiri tidak pasti.
Enjin kereta di hidupkan,sekali lagi dia memandang kea rah klinik tadi. Manalah tahu perempuan tadi masih di situ. Namun dia hampa. Perempuan itu tiada di situ. Hatinya makin tidak keruan.
“Ya Allah,bantulah hambaMU ini” afiq memanjatkan doa.
Dalam sekelip mata,deruman enjin keretanya kedengaran meninggalkan kawasan parking itu dengan senyuman yang melebar.
************
Afiq mengenakan kemeja berwarna hitam. Hari ini dia akan bergelar CEO kepada sebuah syarikat yang besar. Dia sudah nekad. Dia akan bekerja dengan papa nya. Dia tidak mahu menyesal nanti. Kata-kata papanya itu lah yang membuatkan dia mengambil keputusan ini.
Seminggu yang lalu,dia meletakkan jawatan di syarikat yang telah dia berkhidmat itu. Walaupun tidak di persetujui oleh majikannya,namun dia tetap memohon pemahaman dari majikannya itu. Dia pun terasa satu beban terpelas dari bahunya.
Beban yang di pikulnya saban hari. Satu ke? Eh.tak,dua beban. Pertamanya tanggungjawab yang bertimbun. Dua,dapat lari dari mastura. Perempuan itu merimaskannya.
Walaupun dengan hanya berkemeja hitam,afiq Nampak kacak. Dia bakal menarik perhatian ramai wanita di pejabat papanya nanti. Dengan gelaran CEO, makin ramai lah wanita di luar sana akan mengejarnya.
Namun,dalam hatinya telah tercuit kepada seseorang. Bila lah lagi dia bakal bertemu dengan si dia itu?adakah,pertemuan yang lepas adalah yang pertama dan terakhir? Dia sendiri tidak pasti. Biarlah takdir menentukan. Dalam hatinnya,dia menaruh harapan yang tinggi untuk bertemu empat mata dengan gadis itu lagi.
Sejurus sahaja dia keluar dari keretanya pagi itu,ramai mata-mata yang memandangnya. Pelbagai mimik muka yang di tunjukkan. Afiq hanya bertindak selamba. Afiq mengorak langkah kearah lif sambil dia cuba menghubungi papanya yang tadi bertolak terlebih dahulu.katanya ada urusan yang perlu di uruskan. Entah apa lah urusan,dia sendiri pun tak tahu.
“pa?”
“yup.papa kat office ni. Fiq kat mana? “
“on the way my dearest papa. Fiq ada dekat lif ni.baru je nak naik atas.” Ceria sahaja suara akmal afiq pagi itu.maklum lah,bakal bergelar CEO.
“bagus lah.papa ingat kamu tak nak datang dah tadi” ketawa papanya di talian.
“okey la pa.see you there.”
“okey”
Talian di matikan. Handphone miliknya terus di masukkan ke dalam poket. Dia begitu bersemangat. Pintu lif terbuka. Lalu dia terus ke dalam lif. Diekori dengan beberapa orang kakitangan di syarikat itu. Dia sendiri masih belum kenal. Tapi akan di kenalkan. Dia tersenyum nipis.
Tak mahu di anggap seoorang yang sombong terutama anak kepada dato’ azmi. Dia tidak mahu memburukkan nama papanya yang di kenali ramai itu. Beberapa minit kemudian,dia tiba di tingkat 12 bagunan itu.
Hatinya mula berdengup kencang. Mana angin mana rebut dia tak pasti. Tadi tiada la pulak dia berdebar. Time ni lah nak berdebar. Di cekalkan keyakinan,dia terus ke bilik papanya.
Selepas mengetuk pintu,dia terus masuk kedalam bilik besar papanya. Kelihatan papanya dengan seorang wanita. Mungkin setiausahanya kerna tadi,setiausahanya tiada di meja ketika dia melintasi meja itu.
“come fiq. Kenalkan, hazimah” pantas sahaja dato’ azmi memperkenalkan anaknya.
“akmal afiq” senyuman disedekahkan kepada wanita di hadapannya itu. Dari pengamatannya itu,wanita itu telah berkahwin dan mempunyai anak.
“selamat datang encik akmal afiq. Panggil kak imah dah la. Lagi mesra,” ramah hazimah bertutur. Di situ,dia selesa di panggil begitu.
“ye kak imah” afiq mengangkat tabik. Terburai ketawa hazimah dan dato’ azmi melihat keletah anaknya itu. Kelakar juga afiq ni rupanya.
“encik afiq,jom kak imah kenalkan encik afiq kepada staf lain.” Segera hazimah membukakan pintu untuk afiq. Naik segan juga afiq bila di panggil encik dan siap di bukakan pintu lagi. Macam putera raja la pulak.
“kak imah,panggil afiq je.mesra sedikit. Dan jangan la bukak pintu untuk saya,segan la saya.” Bisik afiq pada hazimah. Rupanya anak majikannya ini kelakar dan ramah orangnya. Dan merendah diri. Memang pakage lengkap la. Dengan paras rupa yang tak kurang hebatnya,keperibadiaanya juga hebat.
“alright.” Hazimah pula yang mengangkat tabik pada afiq. Tergelak dua orang itu.
“jom “
Hazimah terus membawa afiq untuk di perkenalkan kepada staf lain. Mudah-mudahan afiq cepat mesra dengan staf di syarikat itu yang sememangnya mesra sentiasa.
Setelah selesai memperkenalkan afiq kepada staf-staf syarikat. Hazimah membawa afiq menuju ke biliknya. Terpampang di muka pintu bilik itu namanya. Afiq akmal dato’ azmi. CEO. Wah! Jawatan. Semakin berat la tanggungjawabnya di sini.
Dengan lafaz bismillah,afiq melangkah ke biliknya. Terbit senyuman di bibirnya melihat dekorasi dan warna bilik itu. Semua nampak perfect. Dia amat suka dengan warna di bilik itu. Warna krim dan sedikit warna kuning. Ceria sahaja pada pandangan matanya.
Afiq menghenyakkan puggungnya di kerusi itu. Matanya memandang ke depan,dari biliknya dia akan dapat melihat pintu lif dan meja pekerjanya. Strategic betul tempat ini. Walaupun agak jauh dari meja staf,tapi dia masih mampu melihat stafnya.
“jika tiada apa-apa,kak imah keluar dulu” hazimah meminta diri.
“thank you so much kak imah.” Pantas ucapan itu dituturkan. Dia tidak mahu di kata sebagai seorang CEO yang tak reti berterima kasih. Hazimah terus berlalu meninggalkan afiq untuk menyesuaikan diri dengan biliknya.
No comments:
Post a Comment