Tuesday, 23 August 2011

bab 14: kesempurnaanmu bukan keinginanku


Kedengaran suara riuh di halaman menarik langkah kaki intan ke jendela. Intan baru sahaja selesai mandi setelah keluar ke pekan pagi tadi. Beberapa jam membeli belah membuatkan badan intan begitu melekit.

Nombor ikram di dail. Mahu meminta tolong untuk menggantikan shif di kklinik selama beberapa hari. Sebab di hospital di telah memohon cuti.

“ik.i nak mintak tolong sikit boleh tak?”

“for you.sure.” ikram kegembiraan. Jarang sekali intan menelefonnya. Sudah dua hai tidak bertemu membuatkan ikram terasa rindu pula untuk mendengar suara intan.

“tolong gantikan shif I kat klinik beberapa hari,I kat kampong ni .ada hal family.” Intan terus berterus terang.

Ikram tersenyum,ini ke menyebabkan intan menelefonnya,sudah memadai, “okey. Sure.bila you balik kl?”

“selasa.”

Ikram tersenyum, “okey.ada hal.bye.” talian di matikan tanpa menunngu ucapan intan.


Pak farhan,tok man,mak cik imah, nek wan dan afiq berada di pondok berhanpiran rumah. Suasana petang begitu selesa  untuk santai melepak di pondok. Afiq juga turut bersembang . langung tidak kekok bersembang dengan keluarga intan. Walaupun baru bertemu dan kenal,afiq cepat mesra dan menyesuaikan diri. Ikhals sungguh dia melayan orang kelilingnya.

“fiq,intan kata dia nak tinggal kat sini lama sikit.selasa baru balik kl.” Pak farhan bertanya. Tertanya-tanya macam mana afiq nak uruskan kerjanya. Manakala intan sudah menelefon ikram untuk mengambil cuti.

Tersentak afiq,intan tiada pula memberitahunya ,”oh yeke?”

“lah,dia tak kasitau kamu ke?macam-macam la intan ni.” Tok man mengelengkan kepala. Cucunya ni pun, lupa la tu.

“aik,kutuk intan yer.” Intan melangkah sambil menatang dulang minuman.

“hehe..intan tak cakap kat afiq ke intan nak duduk sini lama?” nek wan bertanya. Mungkin intan terlupa. Atau masih tidak sempat untuk memberitahu.

“intan tak sempat lagi nak bagitau.afiq macam mana?intan stay sampai selasa baru balik kl.”

Afiq di hadapan sedang meneguk air.

“nak pinjam kereta intan ke nak naik bas? Flight pun ada.” Intan menjelaskan. Intan pun tidak tahu mcam mana afiq akan balik ke kl. Naik bas seperti tak logic pula bila CEO naik bas.

Afiq teresenyum, “afiq duk sini sampai selasa boleh pak cik?”

Pak farhan tersenyum. Tak sangka anak muda di hadapannya ni suka tinggal di kampong.ke anak muda itu sudah terpikat pada anak gadisnya. Tapi tiada tanda-tanda  mereka bercinta. Keluar tadi pun intan lagi selesa bersama nek wan dan mak cik imah.

“kecil tapak tangan,kebun tok man kat hujng kampong tok man tadahkan.” Tergelak semua yang di halaman. Intan Cuma tersenyum biasa. Pelik pula dengan afiq yang nak tinggal lama di sini dan akan pulang ke kl bersama intan nanti.

“kerja awak?” intan mencelah. Sebenarnya dia kurang setuju afiq tinggal di kampong. Nanti apa kata orang kampong. Lagipun tadi pun sudah ada anak gadis kampong melalui kawasan rumahnya. Mencuri pandang afiq. Of course la. Tak kan la perempuan nak tengok intan. Nauzubillah.minta dijauhkan. Dia tidak mahu afiq diberi perhatian oleh orang lain.

Afiq tersenyum,dia tahu,intan kurang suka dengan jawapannya,tapi  pak farhan dan tok man sudah mengizinkan,intan tidak mampu berkata apa-apa, “ saya ambik cuti la.”

“boleh ke last minit ni?” intan masih belum mengalah.

“boleh la,kenapa pulak tak boleh.” Seperti mahu bertekak dah dua orang ni.

“kamu berdua ni.jadi-jadi la tu. Hah intan,si afiq ni da kata taka pa. kami semua pun tak kisah.kamu ada masalah ke?” pak farhan mula tidak sedap telinga apabila dua orang itu duduk bersoal jawab dari tadi.

“tak de.” Datar sahaja suara intan.

“jom la naik.dah nak senja dah ni.” Tok man pula menambah.

Kini tinggal afiq dan intan sahaja di halaman. Yang lain sudah naik ke rumah kerana mahu bersedia awal untuk solat berjemaah bersama-sama waktu maghrib nanti.

“intan,wak marah ke saya duk kat sini sama dengan awak?” afiq tidak mahu intan berkecil hati. Dia Cuma mahu merasa hidup di kampong,mana la tahu satu hari nant idia bakal tinggal di kampong. Tak pun berkahwin dengan orang-orang di sini.padahal hati sudah terpaut pada intan. Tentulah di sini jika dia bersama intan nanti.

Intan menjeling, “tak kuasa saya nak marah-marah.membazir.”

Dulang air terus di angkat, afiq mengekori intan, “ mana la tahu.”

“none of my bisnes k. lagipun. Saya ni bukan makwe awak.lagikan isteri,jauh sekali.” Langkah kaki di atur terus ke rumah.

“mana lah tau satu hari nanti” perlahan sahaja,tapi mampu di dengari intan.

“apa?” intan menoleh.

“ulang sekali lagi please.” Intan sudah menunggu kata-kata balas dari afiq.

“err….tak de pape…awak dengar pap eke?” afiq tersengih. Tak sangka pula didengari intan. Rasa macam slow je cakap. Telinga lintah ke ape intan ni.

Langkah kaki intan di atur terus ke rumah. Tidak mahu terlambat untuk solat berjemaah. Hari ini afiq akan mengimamkan solat.terasa berdebar pula untuk menjadi makmum nanti.



 *******


“dah siap kemas?” nek wan menghampiri intan.

“kemas apanya nek.balik pun sehelai sepinggang. Semua baju ni tinggal kat sini je. Cuma ambik sepasang je. Buat spare pat.” Intan melentokkan kepalanya di bahu nek wan.

“nak balik pun nak manja lagi.” Nek wan tersenyum. Amat mengenali intan yang sememangnya manja dengannya.

“yela.nanti kat sana tak leh dah nak manja-manja” intan sudah bangun mengambil barang-barang yang ingin di bawa pulang ke kl.

“afiq kan ada. Tak kan tak manja dengan dia” nek wan sekadar menyakat,mahu menduga sejauh mana hubungan antara afiq dan intan. Bila di lihat dengan mata kasar tiada apa-apa. Tapi jika tiada apa-apa tak kan lah afiq saggup tinggal beberapa hari untuk menemani intan di kampong. Dia langsung tak kisah memandang mereka tidur di rumah berasingan.

Afiq bersama pak farhan dan tok man sudah berada di halaman . memunggah barang ke dalam bonet kereta. Afiq Nampak mesra dengan tok man berbanding pak farhan. Seperti cucu dan datuk pun ada. Mungkin kerana afiq bijak mengambil hati orang tua dengan kata-kata dan tingkah lakunya yang mudah disenangi.

“mana ada la nek.kawan je.” Intan sudah keluar dari bilik. Tinggal beberapa barang je lagi untuk di bawa ke kereta.

“em..yela tu intan oi…mak yang Nampak ni tak rasa macam kawan pun” mak imah menyampuk. Dia sendiri sudah berkenan jika mereka  sudah bercinta.

“ke situ la pulak mak ni.tak de la. Jom turun. In dah nak balik ni.” Intan memeluk tangan mak cik imah pula. Ketiga-tiganya turun ke halaman.

Pak farhan menyedari intan sudah memakai sandalnya, “hah.turun pun kamu. Ingatkan nak duk sini lama lagi.”

 Tergelak yang lain ,” mana ada ayah. Esok dah kerja la.” Intan tersengih. Membariskan barisan giginya yang tersusun rapid an bersih.

Tok man menghampiri,” ni sapa yang bawak kereta ni?”

“of course la afiq tok man.” Afiq mencelah. Dia tidak mahu lagi intan memandu. Apa gunanya dia sebagai lelaki jika duduk di seat sebelah pemandu.

“aiik..mana ade..in yang pandu….”intan tidak mahu mengalah

Afiq memandang intan. Geram betul dengan minah sorang ni. Keras kepala betul. Tak padan dengan perempuan. Tak de toleransi.

“tak de tak de.fiq yang bawak. Kan pak cik?” dia mula meminta sokongan. Nada pun sudah dapat di agak untuk memohon keizinan pak farhan.

Pak farhan tersenyum.tahu sangat dengan cara afiq tu, “ a’ah la in.. biar la fiq bawak. Kesian kat dia. Hilang macho.  Kamu ni pun,tak salah sesekali mengalah.” Pak farhan menghampiri intan.

Merah muka afiq.ada ke patut pak farhan kenakan dia sebegitu. Malu jugak dia bila dikenakan sebegitu. Tak de class ke bila lelaki drive dan perempuan jadi mem di sebelah.

“yelah.yelah.whatever k.” intan malas lagi bertekak. Memandangkan keluarganya menyokong afiq,dah tentu dia tak menang juga.

“okey la mak .ayah.tok man,,nek wan. Kami gerak dulu. Nanti in balik lagi. “ di capai tangan seorang semi seorang untuk di salami.

“baiklah. Nanti afiq datang lagi yer.” Afiq sudah menyalami tangan pak farhan dan tok man.

“yela fiq. Mana tau datang nanti bawak niat ke.” Kata tok man. Dia sudah berkenan benar dengan anak muda di hadapannya ini. Nampak sesuai dengan intan. Mungkin mereka maasih di peringkat awal untuk bercinta.

“insyaAllah.gerak dulu.” Afiq menjawab sambil melambai tangan apabila kereta sudah bergerak. Intan di sebelah mengetap bibir menahan geram. Ntah pape la afiq ni. Nanti ahli keluarganya akan salah faham. Dia bukannya bercinta dengan aifq.

Walaupun hatinya agak suka pada afiq,intan sendiri masih belum pasti tentang perasaannya,dan juga afiq. Tiada pula tanda-tanda suka padanya sebelum ni melainkan semasa di kampong. Atau itu tanda dia menyenangi aku?

Ah! Tak mungkin lah CEO  ni berkenan pada aku. Tak logic. Nek ngok intan. Stop!!! Baik tidur.



 **********

“tuan,saya akan berbincang dengan CEO syarikat itu. Mana tau dapat meningkatkan kerjasama. Makin maju syarikat kita.” Mastura begitu bersemangat..

Syarikat yang kini banyak di kendalikan oleh akmal afiq mahu dicari kerjasama. Pastinya ini lah peluang terbaik untuk dia mendekatkan diri dengan afiq. Tentu afiq tidak dapat mengelak lagi.

“mastura?”

Tersentak mastura. Jauh dia mengelamun.

“still here?ke dah sampai London?” wajah bos nya itu di pandang kelat. Kantoi sudah. Tapi apa pun dia sendiri tak kisah. Janji dia dapat afiq.

Jauh sungguh angan-angannya.tapi itu bukan mustahil. Tak kan dia tewas dengan mudah memandangkan selama ini mudah je dia mendekati lelaki. Di ajukan ayat-ayat manis dan senyuman menggoda dia sudah dapat. Tapi afiq ni berbeza orangnya.

“baiklah tuan, saya akan cubaa yang terbaik”

“kalau tiada apa-apa,saya keluar dulu.”

Pantas dia berdiri meninggalkan bilik bosnya dengan hati yang kembang. Misi kerja di campur dengan niatnya yang tersendiri,pasti menarik.

“I nak keluar sekejap.apa-apa call penting tolong catit dan cakap I busy.” Sepintas lalu mastura menemui dan menyampaikan pesanan kepasa setiausahanya. Dia mahu mahu segera bertemu afiq. Maahu di beritahu yang syarikat mereka  akan berkerjasama.


No comments:

Post a Comment