Pagi tu afiq dan intan sama-sama bangun awal. Afiq mesti ke bandar menguruskan urusan pejabat. Manakala intan pula mahu ke kebun menemani pak farhan dan mak cik imah menguruskan kebun.dah agak lama tak dikunjungi kebun yang menjadi tempat permainannya dulu.
“fiq,sarapan dulu.” Ajak mak cik imah yang ternampak afiq yang sudah siap berpakaian. Dengan kemeja berwarna purple lembut dan seluar slack hitam,anak muda itu tampak kemas dan segak sekali pada pandangan matanya.
“ye mak cik” langkah kaki di atur ke meja makan. Semua dah ada,kecuali intan. Ke mana pulah minah ni yang sorang. Tak kan dah balik kl. Tak logic. Tak de beritahu pun. Tak ada pulak dengar bunyi kereta malam tadi,pagi tadi pun.
Nasi goreng masakan mak cik imah dijamah dengan berselera sekali. Siap menambah sepinggan lagi. Haha. Sebenaarnya di campur dengan perut yang menuntut di isi. Makin banyak lah di makannya.
“mak,simpan untuk in sikit nasik tau,in datang. jap lagi.” Intan melangkah ke bilik mandi. Rasanya intan sudah mandii tadi,kenapa nak masuk tandas lagi. Muka pun berkerut-kerut. Mood macam tak baik jer. Angin semacam.
“apa yang kamu fikir tu fiq” tegur tok man yang melhat kening afiq berkerut-kerut mwmikirkan sesuatu. Suapan nasi juga sudah terhenti.
Malu juga afiq di tegur sebegitu,tak kan lah nak cakap sedang ingatkan intan. Tak logic. Hilang gentleman. Kahkahkah. “tak de pape la tok.” Afiq meneruskan suapannya. Mujurlah tok man tak bertanya lanjut,jika tak,mahu apa yang dikelentongnnya nanti. Tentang kerja? Terlalu berselera? Entah papela. Dah tok man tak tanye,jangan lah overdoes fikir der, ngoks.
“hah mak nye,kenapa intan tu?” pak farhan dari tadi yang sudah menghabiskan nasi dipinggan bertanya. Pelik juga melihat muka intan berkerut-kerut. Ada emergency kat kl ke. Soalan pak farhan juga dapat melegakan rasa di hati afiq yang mahu bertanya pasal intan.
Mak cik imah tersenyum, “tak de pape la bang oii… biasalah dia tu.” Mak cik imah masih berselindung. Tak kan nak dicakap pula anaknya sakit perutkerana datang bulan.segan juga dengan afiq yang ada. Anti malu pulak intan.
Pak farhan dan tok man sama-sama berlalu ke ruang tamu. Afiq juga menurut selepas it,dia mahu bergerak kebandar,jam Sembilan nanti dia ada meeting.tak mahu terlewat. Nanti apa kata pihak yang bakal dia berurusan. Tak cekap la. Tak dedikasi la. Macam-mcam lasan pula untuk berkompromi dan melakukan kerjasama.
Setelah menyalami tangan pak farhan dan tok man,afiq terus ke kereta. Enjin mesti dipanaskan. Dan dia menunggu sehingga sepeuluh baru nak bergerak. Tambah pulak niatnya nak menatap wajah intan dulu sebelum bekerja. Ambik semangat sikit.
*******
“jom la”
Intan sudah berada di atas moto ex5 milik ayahnya.
Pak farhan menjengukkan muka di jendela. Tak sabar pula intan nak ke kebun,biasanya tak de la pulak nak berjalan ke kebun ke,ke sawah padi ke. Balik kali nak pulak dia ke kebun. Esok nak ke sawah pula katanya. Ambik angin.dah lama tak duduk santai kat kampong. Nak survey keadaan kampong macam saintis ala-ala gitu. Macam-macam kerenah. Kekadang datang otak giler-gilernya macam tu la. Bila dah datang watak sibuk memanjang,inikan nak menjenguk ke mana-mana,tanya pun tak.
“ayah tunggu mak kamu ni.duk siapkan air kat dapur” laung pak farhan.
Intan mendengus,dah lama dah dia menunggu orang tuanya,masih tak siap-siap. Kalut mak cik imah di dapur dia hanya menolong sedikit. Katanya,mak cik imah lagi cekap la. Apa la. Di puji-puji maknya agar dapat meloloskan diri dari membuat kerja rumah. Dia agak culas dalam melakukan kerja itu,masih bujang katanya.
“dah tu…” sudah buat muncung itiknya.
Pak farhan hanya mengelengkan kepala melihat kerenah anaknya yang makin hari makin menjadi budak tu,terutama dengan kehadiran afiq,makin menjadi-jadi nakal dan manjanya.
“erm……in pergi dulu la…” pak farhan berkata. Walaupun agak risau melepaskan intan bersendirian,dia percaya intan sudah mampu menjaga dirinya,tapi jika nak turun musibah,tak tunggu cepat atau lambat,itu lah yang dirisaukannya.bukan dia tak tahu,anaknya selalu di gangu oleh budak-budak nakal di kampong itu jika dia bersendirian.
“imah,cepat la.intan dah gerak dah.risau hati saya ni kalau dia sorang-sorang.” Pak farhan sudah mendekati mak cik imah yang sudah meletakkan barangan di dalam baku. Bekalan hingga ke waktu tengah hari.
“yela bang nyer.jom ler.” Mak cik mah sudah menuju ke halaman.di ikuti dengan pak farhan di belakangnya. Suami isteri itu menaiki motor Honda milik tok man.
“in?” pak farhan sudah tak sedap hati bila hanya motor ex5 sahaja ada di pondok di kebun itu. Tetapi intan entah ke mana. Telefon pula tak ada di bawa intan. Perlahan-lahan dia menapak ke motor ex5. Apa lah intan ni,telefon pun di tinggalkan di dalam raga motor.
“ke mana intan ni” mak cik imah pula menyuarakan rasa hati. Bimbang juga. Intan tu perempuan,anak dara lagi. “intan? Kamu kat mana?” laung mak cik imah pula.
“ye mak!ayah!” jerit intan. Dia sudah mendengar deruman enjin motor Honda tapi dia tak berniat mahu turun lagi dari pokok itu. Buah merah yang merimbun tu menarik minatnya. Kecur air liur. Dah tak lama ke kebun buah ni,ni terasa nak tunjuk bakat ni.
“in kat mana?” mak acik imah bertanya. Kedengaran intan menjerot. Dengar suara macam tak jauh,dekat-dekat je. Tapi tak Nampak batang hidung pulak.
“mak ni. Atas nil ah” intan melambai-lambai tangannya. Sungguh enak dia bersandar di dahan pohon jambu air itu. Macam lah kukuh sangat dahan pohon kayu tu.
“masyaAllah”
Pak farhan turut memandang, “bertuah sungguh anak ayah ni.turun cepat” pak farhan sudah tinggi sedikit suara. Bimbang anaknya akan jatuh. Bukan dia tak tahu intan suka memanjat,tapi sebab dah lama anaknya tak memanjat menimbulkan kerisauan dihatinya.
“ye .ye.in turun.” Beberapa dahan di pijak dengan berhati-hati. Tak mahu tersilap langkahnanti dia sendiri jatuh tersembam membaham tanah. “yes!” intan melompat.
“apa lah in ni. Anak dara mana boleh panjat-panjat. Kalau ada…” mak cik imah membebel. Tapi tak habis lagi bebelannya,intan sudah menyampuk. “mana ada orang la mak.kite-kite je la kat sini.”
Mak cik imah dan pak farhan diam. Malas melayan. Nanti banyak pula yang di jawab intan. Makin naka. Semakin menjadi-jadi.
“kamu nak kemana tu?” pak farhan menegur apabila intan sudah beberapa langkah.
“ha…tengok buah la ayah.” Intan tersengih.
“erm..jangan panjat,dah nak pukul berapa ni.jap lagi kita nak balik,susah pulak nak mencari kamu” tegas amaran di beri.
“ye la ayah.jom mak.banyak buah ni.” Mak cik imah sudah menuruti langkah intan.
“petang ni datang lagi ye mak.boleh ambik buah.suruh ayah bawak kereta tak pe. Jalan da luas.” Intan membebel . mak cik imah dibelakang mendengar tanpa jemu.
“ye. Ye . nanti ajakafiq sekali” jawab mak cik imah.
“die pun nak datang jugak” sebenarnya intan masih merajuk dengan afiq. Bukan dia tak tahu afiq ke sini pun kerananya di samping urusan syarikat. Semalam,beberapa panggilan dan sms afiq tidak dibalasnya . malas melayan.
“in ni,jangan marah-marah,nanti jatuh sayang pulak,mak tak nak tau.”
“mana ada la mak.ke situ pulak” intan sudah makin laju melangkah. Kalau boleh tak dengar dah ayat seterusnya dari mulut maknya.
“in ni.mak tengok fiq tu baik je.”
“in tak kata pun dia tak baik.” Intan sudah megambil buah yang berkenan di hatinya.
“dah kalau baik bagus la. Kalau dia masuk meminang terus mak terima” mak cik imah menunggu jawapan dari intan sambil tangan mencapai beberapa tangkai rambutan yang sudah boleh di ambik dengan tangan tu.
“a’a mak” intan leka makan bah rambutan itu. Enak sekali.
“yeke?” mak cik imah ceria. Walaupun pelik,tapi rasa bertuah la jika intan sudah mahu menamatkan zaman bujang.
“a’a”
“hah!? Apa?” intan memandang wajah mak cik imah. Di putarkan kembali. Apa maknya kata? Bertunang? Ha’a. bertunang. Dengan? .. afiq? No way man.
“tak”
“apa yang tak pulak ni” mak cik imah blur. Intan ni kenapa. Dah kena rasuk ke apa.
“tak mo tunang-tunang ler mak. Lagipun in dengan afiq kawan je la” intan menayangkan muka serius. Menunjukkan dia betul-betul serius dengan kata-kata akhirnya.
“pape jela in. ni dah banyak dah ni ayah kamu pun dah ke mana. Nanti petang datang lagi” mak cik imah malas menyusulkan sudah tentang tunang ni. Nanti dia juga mengalah. Kenapa la anaknya ni masih belum berpunya. Hairan bin ajaib
“good idea.” Intan mengambil bakul buah yang di bawa mak cik imah. Lega jika emaknya tak memanjangkan soal kahwin-kahwin ni. Dia rimas. Bukan tak bersedia,tapi seru tak sampai lagi. Haha. Beribu la alasan. Mak ayahnya juga kerap membangkitkan isu itu,terutama sejak kedatangan afiq. Dah berkenan sangat la tuh.
*************
“geram betul aku” intan menumbuk-numbuk bantal di hadapannya. Perasaan marah makin membuak-buak. Dia yang baru sahaja sudah mandi itu kelihatan segar sekali.
Kenapa lah dia boleh tersilap langkah tadi, dahan tu pun,apesal la nak licin. Tak pasal-pasal jatuh ,.dah la jatuh,kalau atas tanah tak pe gak,ni jatuh atas afiq. Dah la malu. Macam mana la mamat tu boleh muncul tetiba.
Pasti datang dengan ayah dan mak dengan kereta,sebab aku pergi dulu. Ngeks. Tapi kenapa dia. Otak, fikir!fikir!
Kata orang,marah-marah sayang,ni bukan sayang. Benci ada lah, makin sakit hati je la. Kacau hidup aku ada la.
“in?tak nak keluar makan ke?” menghilang habis melayang fikiran intan. Suara mak cik imah di pintu memasuki corong telinga.
“nak . nak. Jap mak,in keluar ni” intan menyarungkan tudung ke kepala lalu keluar.
Wajah afiq tersengih makin meluat di matanya. Tentu afiq ketawakannya kerana jatuh dari pokok dan terus jatuh atas afiq. Huish.siap la mamat ni. Cincang empat belas baru tau.
“hah intan.makan la.tak yah duk ngelamun” nek wan menegur. Matanya melihat intan seperti menahan marah,kening pun berkerut-kerut memikirkan sesuatu.
Lauk pauk di senduk.malam itu dia makan dengan dengan perasaan bercampur baur. Macam –macam ada. Apakah makna di sebalik semua ni. Ya Allah,perasaan apa ini? Cinta,tapi aku tak rasa sama dengan tiga tahun lepas.walaupun tak bercinta serius,intan amat mengetahui perasaannya pada imran. Sentiasa bersama,tapi tak sangka imran meninggalkannya saat masing-masing menjejakkan kaki ke university. Saat itu,hanya Allah yang tahu apa persaanya, imran pun belum dikenalkan kepada keluarga.
Album gambar masa belajar dulu di buka. Im, kenapa cepat sangat tinggalkan in. im kata nak jaga in bila kita sama-sama Berjaya,tapi sekarang? Tapi im jangan risau,in masih nak kejar cita-cita tu,nanti in sambung master pulak yer.
Air mata yang meleleh di seka perlahan,jam di pandang,jauh dia mengelamun,dah satu pagi. Sungguh,dia amat rindukan imran. Kerana itu lah dia kurang mesra dengan lelaki,pemergian imran membuat dia rasa takut mendekati lelaki,bimbang lelaki itu akan meninggalkannya juga.
Tapi dia mesti kuat. Orang yang dah tak de tak elok di kenang. Album di tutup. Matanya di pejam,beberapa minit,intan sudah di buai mimpi indah
No comments:
Post a Comment