Intan sudah bersiap-siapp mahu pulang ke rumah. Hujung munggu ini dia cuti dan dia berniat tidak mahu ke mana-mana. Sekadar menghabiskan masanya dengan berehat secara amanya di rumah sewanya
Tetiba sahaja dia teringatkan erma. Alangkah bahagianya dia jika dia juga seperti erma,selepas menamatkan pengajian, erma terus berkahwin setelah empat tahun menyemai cinta. Kini rakannya itu menetap di London bersama suaminya, suaminya juga tidak kurang hebat kerjayanya. Dengar-dengar,erma sudah mengandung,tapi dia sendiri tidak pasri dengar khabar angin itu.
Alangkah indahnya hari-harinya jika dia pun seperti erma. Mempnyai teman berbual. Teman berkongsi masalah. Tentu bahagia. Tak perlu lah dia mengusutkan kepala orang tuanya untuk menyelesaikan masalahnya juga.
Setelah selesai mengemas,intan mula mengorak langkah ke kereta yang di parking di hadapan bangunan hospital itu. Suasana agak mendung,mungkin hujan akan lebat mala mini pada ramalannya. Cepat-cepat dia mendapatkan kereta. Jika hari hujan. Jalan raya akan makin sesak dengan banyak kenderaan yang bergerak ke sana sini. Dia tidak mahu masanya di bazirkan di jalanan sahaja.
Setelah setengah jam berasa di jalan raya,akhirnya intan tiba di kediamannya. Suasana yang makin gelap itu mempercepatkan semua tingkah laku intan. Dia segera mendapatkan barang-barangnya dan masuk terus ke rumah. Yang utama,dia terus mengunci pintu utama.
Selepas menghilangkan dahaganya dengan segelas air,dia bersandar di sofa. Suasana di luar yang semakin kelam dan hujan semakin lebat membuatkan intan terasa begitu mengantuk.
“tut!tut!”
“tut!tut!”
Beberapa kali kedengaran bunyi menandakan mesej masuk. Namun intan masuh kaku dipembaringan. Dia langsung tidak mendengar bunyi itu.
Lima minit kemudian,kedengaran ringtone lagu ‘kekasih gelapku ‘ berkumandang di ruang tamu itu. Intan mula sedar. Dia yang masih mamai mengenyeh matanya masih terasa kantuknya. Telefon itu memainkan lagi nadanya,kali ini intan segera mendapatkan telefonnya. Tanpa melihat siapa pemanggil,punat hijau terus di tekan.
“assalamualaikum.” Garau sahaja suara di corong telefon itu.
“urm..waalaikumussalam.” mendatar sahaja suara intan. Terasa malas melayan pemanggil yang entah siapa dia masih belum mengecam.
“intan. Kamu tidur ke?”
“ayah?” intan pantas menegakkan diri. Suara ayahnya it uterus mematikan niatnya untuk menyambung tidurnya balik.
“yelah. Sapa lagi. Kamu ni,ayah sendiri pun tak kenal. Kamu tisur yer.” Omel ayahnya di hujung talian.
Sambil menayangkan gigimya,”yelah ayah.intan terlelap.” Sambil mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.
“kamu solat maghrib tak lagi ni?”
“hah?”intan terus mendapatkan suis lampu utama. Dalam sekelip mata suasana rumah itu terang benderang. Jam menunjukkan angka Sembilan. Nasib baik dia cuti. Jika tidak,mahu terlepas maghribya tadi.
“intan?” ayahnya yang diam kemudiannya bersuara.
“intan cuti la ayah, ni nak mandi ni. Apa hal ayah telefon intan ni?” intan kemudiannya berjalan menuju ke biliknya. Sambil berjalan,sesekali kedengaran tawa. Dia begitu senang bersembang dengan ayahnya. Setelah beberapa minit lamanya,akhirnya dia mohon mengundur diri.
“ayah,kirim salam kat make k. manyak-manyak tau, intan nak mandi ni,”
“owh..patut pun bau semacam je ni. Tak mandi lagi, busuk .”ejek ayahnya
“merajukla cam ni.” Intan sudah menarik muncung sedepa. Macamlah ayah dia Nampak yang dia buat begitu rupa.
“ok la anak ayah, pergi la mandi. Rehat cukup tua. Nanti ayah sampaikan salam kepada mak kamu tu yer. Assalamualaikum” lantas talian di matikan.
Intan terus mendapatkan tuala yang tersangkut.sebaik sahaja dia membuka pili air,sekali lagi telefon nya berdering. Apa la yang mahu di tanay ayahnya lagi ni. Cepat-cepat dia menekan punat hijau itu.
“intan tengah mandi ni.kenapa ayah?” cepat sahaja butir bicaranya tanpa mendengar suara si pemanggil. Dengan manja sekali suara itu.
Jejaka di talian begitu terkejut sekali. Manjanya suara intan. Begitukah dia di rumah. Jauh sama sekali dengan di tempat kerja.
“sory ganggu awak tengah mandi.” Bagaikan mahu luruh jantung intan tatkala mendengar suara di talian. Sangkaanya meleset sekali. Bukan ayahnya yang menelefon. Rasa malu menyerbu ke muka. Apa yang di mahukan lelaki ini ? shifnya telah tamat lewat petang tadi lagi.
“it’s okey.ada apa call saya ni?” gugup lagi suaranya. Sungguh,dia malu,walaupun bukan berhadapan lelaki itu.
“take your shower first.nanti I call you balik” lantas talian di matikan. Intan betul-betul malu dengan bicaranya sendiri. Laju sahaja langkah intan ke kamar mandi untuk menyegarkan diri setelah hampir lima belas minit berada di dalam kamar mandi,intan keluar. Dia berasa segar sekali.
Setelah mengenakan baju tidur berwarna biru yang bercorak-corak bunga kecil, intan mengorak langkah menuju ke ruang tamu. Lalu dia melabuhkan dirinya di di sofa miliknya itu. Punat ‘on’ remote control di tekan. Terbuka cerah televiyen di ruang tamu itu.
Satu siaran demi siran di jelajahnya. Akhirnya dia menukarkan siaran ke siaran karton. Mungkin siaran ni dapat menghilangkan keletihan yang sememangnya sudah berkurangan setelah mandi tadi.aksi-aksi kucu cerita ‘tom and jerry’ sesekali meletuskan tawa di bibir intan. Dapat juga dia menghilangkan kebosanan di mala mini.seminggu teman rumahnya tiada kerna menghadiri seminar anjuran syarikat tempatnya bekerja. Jika aina ada,tentulah dia tidak kebosanan di malam ini.
Tak lama sejurus siaran ‘tom and jerry’ menamatkan siarannya. Intan mematikan siaran televisyen. Dia mahu melelapkan matanya yang semakin mengantuk ini. Baru sahaja beberapa langkah dia meninggalkan sofa itu, telefonnya di meja ruang tamu bordering. Intan terpaksa berpatah balik untuk mendapatkan telefonnya itu. Melihat paparan di skrin telefonnya ‘private number’,intan terasa aneh. Siapa pula yang menelefonnya kali ini. Tadi ikram ada menelefonnya dan berjanji akan menelefon semula setelah mengetahui yang dia ingin mandi. Akhirnya deringan itu berhenti.
Namun,tidak lama kemudian,telefonnya bordering lagi. Adakah hal mustahak yang mahu di beritahu si pemanggil. Hatinya tidak enak. Lantas punat hijau itu di tekan.
“..hello..”
Diam seketika.
“hello intan”
“em.ye.siapa ni?” gugup sahaja suara intan.
“owh,… ni ik ni….”
“ik???” di keliru. Memerah otaknya untuk mencari siapa si ik ni.
“ikram..” sebaris nama di tuturkan.
“yeah. Ikram. You dah tidur ke?”
“erm..belum.”mendatar suara intan. Kemudiannya menyambung lagi, “ ada apa you call ni? Ada emergency case ker?” cemas sedikit kemudiannya.
“er..tak la,,saja.. tak boleh ke? I bosan la” ikram mula membina ayat untuk bersembang.
“oh.i see. Why tak tidur lagi. Kalau bossan,tidur la.” Intan mula tidak selesa. Namun dia tidak mahu mengecewakan teman sekerja nya itu.
“I dapat lelepkan mata la.”
Semakin aneh suara ikram di talian. Intan mula resah. Sudah la jarum jam sudah menginjak ke angka sebelas.
“oh…nothing can I help. I wan na go to bed soon” jelas intan. Dia tidak mahu berlengah lagi. Lelaki ini tidak boleh di layan lama-lama. Melainkan urusan kerja, dia mash boleh bekerjasama,tapi untuk hal peribadi,tak boleh. No way! Intan tak mahu okey. Tak berminat. Bukan menyombong, tapi lebih berhati-hati. Lelaki bukannya boleh di percayai sangat. Macam-macam ragam. Dan tidak mampu di jangkau oleh akalnya tentang tindakan mereka.
Ikram kecewa. Dia tahu,intan tidak mahu bersembang panjang. Dia masih belum Berjaya mendekati gadis itu.
“awak sibuk ke esok?” ikram mengajukan soalan.
“boleh la tahan. Kenapa?” perasaan pelik menjengah otak intan.
“temankan I lunch boleh?” ikram masih belum berputus asa untuk merapatkan diri dengan intan. Dia tahu.inilah cabarannya.
“may be next time. I ada kerja la .” intan berdalih lagi.
Dalam kehampaan ikram berkata,”okey.so,have a nice dream. Take care. Good nite.”
Talian di matikan. Intan mengorak langkah yang perlahan ke katil. Terkebil-kebil matanya menghadap siling rumahnya. Memeikirkan kelakuan ikram yang semakin baik dengannya.
Ikram juga menunjukkan sifat mahu mendekati dan mengenalinya lagi. Apa makna semua in? ikram meminatinya? Ikram suka pada nya? Ah!! Tak mungkin lah. Tapi,cara ikram mengingatkan dia pada seseorang. Apakah aku akan bercinta lagi? Mahukah pisang berbuah dua kali? Aku tak sanggup. Intan mengelengkan kepalanya. Tapi kenapa sikapnya mesra? Ah!!biarkan aja. Dia malas menyerabutkan fikirannya dengan memikirkan ikram. Tiada kepentingan padanya pun.
******
Walaupun pada hujung minggu,afiq masih lagi sibuk . bukan dengan kerja pejabat. Tapi dengna rakan-rakannya. Setelah sekian lama dia tidak keluar lepak bersama teman-temannya itu. Maklumlah,masing-masing sudah berkerjaya. Dan ada juga antara mereka yang sudah mendirikan rumahtangga. Ada juga yang lagi advance,sehingga mempunyai anak. Tapi dia, masih solo. Dan tidak mempunyai sesiapa. Asih belum menjumpai ‘princess’ di hatinya.
“hai fiq”
“hai”
“kau makin sihat yer sekarang” kelihatan susuk tubuh afiq semakin sihat berbanding dahulu.
“of course la. Ada orang jaga makaa. Kau pun apa kurannya. Semakin melebar je badan.” Kata-kata afiq meletuskan tawa kawan-kawannya yang berada semeja itu.
“aik.kau ni. Bile nye?” sampuk rakannya yang seorang lagi.
Afiq blur. Dia tidak mengerti kata-kata rakannya yang seoran itu. Kemudian, helmi yang dari tadi diam sahaja menambah, “dak kau kata ada orang jaga makan. Bile kau kahwinnyer. Buat tak tahu pulak.” Dia mengenakan afiq.
Tergelak afiq di situ.kawan-kawannya telah salan faham. Dia masih solo,”apela korang ni,aku belum kahwin la.” Afiq tersenyum.
“dah tadi kau kata ada orang jaga makan minum?” mereka menunggu jawapan afiq.
“bro,mama aku ka nada. Pe hal la korang ni. Poyo semacam je.” Akhirnnya mereka semua ketawa. Tak di sangka kawannya yang seorang itu masih solo. Walaupun setelah beberapa tahun tidak berjumpa, dia orang masih bercakap seperti dahulu.
Dalam ramai-ramai rakan mereka,afiq adalah antara yang di sukai peprempuan semasa di university dahulu. Mungkin di sebabkan atas pakage yang sempurna di mata perempuan, dengan paras rupa yang sedap memandang, budi bicara yang sopan santun, menghormati orang tua,dan anak seorang usahawan yang tidak kurang terkenalnya.
Afiq tetap merendahkan diri walaupun hidup dalam serba kesempurnaan. Walaupun hidupnya di mata orang lain, namun dia masih belum cukup sempurna. Hatinya mesti di diami oleh seseorang. Masa itu,dia akan tersenyum dan menganggap hidupnya bakal lengkap. Namun ,sekarang dia masih belum sempurna.
Dan dia bukanlah memilih orang nya. Persis mencari seorang bidadari dari kayangan,. Dia hanya mahu seseorang yang mampu menyempurnakan hidupnya. Bukan seseorang yang sempurna dari paras rupa,keturunan dan harta benda. Sunguh,dia tidak mahu itu.
Setelah beberapa jam lepak di meja itu, mereka mula bersurai. Adda yang mahu pulang,ada yang mahu membeli belah dan sebagainya.
Afiq sendiri mahu melangkah ke klinik berdekatan. Dia mahu mendapatkan sedikit ubat yang di pesan ibunya tadi. Alang-alang dia melalui kawasan itu, maka tidak salah dia menolong ibunya. Lagipun, pemandu papanya cuti hari ni. Nak harapakan elina,asyik sibuk memanjang je kerjanya,
Dia melangkah perlahan. Tak kan larinya klinik itu.
No comments:
Post a Comment