Pagi itu.afiq bersiap awal untuk ke tempat kerja. Perjalanan ke tempat kerjanya yang mengambil masa 20 minit . dia tidak mahu terlibat dalam keesessakan lalu linntas yang sememangnya sentiasa berlaku di Bandar yang sibuk seperti kuala lumpur ini.
Setelah memastikan penampilannya kemas dengan kemeja berwarna purple dan neck tie yang berjalur itu,dia mula mengorak langkah ke ruang tamu rumah. Dia sentiasa inginkan kekemasan penampilannya. Bukannya cerewet,tetapi dia mementingkan pemandangan yang baik bila dia bekerja nanti.
“morning” ceria suara nya diserikan lagi dengan senyuman yang melebar ketika tiba di meja makan . nasi goreng masakan mamanya itu amat mebuka selera makannya ,terutama pada waktu pagi.
“ma..jom makan”
“adik tak turun lagi ke?”
Sambil menyenduk nasi dia bertanya. Elina yang kini pelajar tahun pertama dalam bisnes study jarang sekali bersarapan dengannya .
“adik kamu tu tengah bersiap agaknya. Kamu makan la dulu. Nanti lambat pulsk kamu ke tempat kerja.”
Afiq meneruskan suapannya hingga habis makan dalam pinggannya itu. Kemudian dia menuju ke garaj sambil menjinjing sebuah beg. Dia begitu bersemangat untuk memulakan tugasnya pada hari ini. Dia rasa tidak seperti hari-hari lain.
Setelah memarkirkan keretanya.afiq terus mendapatkan lif untuk menuju ke tingkat lima bangunan yang menempatkan bahagian tempat kerjanya. Sebagai seorang arkitek,dia mesti dedikasi dengan kerjaya nya.
“pagi yang indah” laungnya setelah berada di biliknya itu.
“hari yang ceria”
Intercom di hadapannya berbunyi , “encik afiq.en zakri panggil”
“sekarang ke?”
“ye.sekarang”. setelah intercom di hadar=pannya di matikan.pelbagai andaian muncul di kepalanya. Namun,setelah kakinya tiba di hadapan pintu encik zakri,dia membuang segala andaiannya itu.
“tuk!tuk!”
“come in”
Kedengaran suara garau itu memanggilnya. Cepat sahaja dia melangkah masuk. Kelihatan di situ ada seorang perempuan lingkungan 30 an sedang duduk berhadapan encik zakri.
“afiq,kenalkan,pekerja baru syarikat kita, cik mastura.”
“dia akan menolong kamu”
Afiq berjabat salam dengna perempuan tersebut. Dari pengamatannya perempuan ni sangat moden orannya. Dengan mengenakan skirt paras peha sendat di tubuhnya,dia bakal menarik perhatian ramai jejaka di syarikat itu.
“by the ni,ni encik akmal afiq. Ketua bahagian pengurusan dan juga sebagai arkitek di syarikat ini”
“welcome” ketiga-tiga mereka duduk dan membincangkan serba sedikit tentang syarikat.
Selepas setengah jam berbincang,afiq memperkenalkan mastura ke rakan-rakan sekerja yang lain. Banyak mata-mata nakal menjeling pandang mastura. Dan ada juga gurau senda yang melampau juga. Setelah diperkenalkan mastura kepada semua,dia menunjukkan tempat mastura dan berlalu ke biliknya.masih ada kerja yang perlu di siapkan. Dia tidak mahu menangguhkan begitu banyak kerja.
********
Intan melangkah dengan selambanya. Kuliah dia untuk hari ni telah berakhir. Dia mahu terus pulang ke rumah sewanya yang tidak jauh dari university. Setakat berjalan kaki selama sepuluh minit,dia akan sampai di rumahnya tanpa memandu ataupun mengambil pengangkutan awam.
Langkahnya semakin laju apabila ada mata-mata nakal melihat nya. Dia tidak selesa dengan keadaan itu. Dia mesti cepat.
“oit!!”
“lajunye kau jalan”
“cam nyempat-nyempat ni.”
Sambil menyaingi langkah intan,erma bertanya. Kelihatan intan seperti mahu cepat. Ttapi ke mana? Dia sendiri pun tidak tahu. Apa yang dia tahu,kuliah mereka telah berakhir dan mereka telah boleh pulang ke rumah sewa mereka untuk berehat setelah seharian berkejaran ke kuliah untuk menuntut ilmu. Itulah rutin seharian mereka.
“taka de la.aku tak nak ke mana-mana pun.” Diam sebentar kemudian menyambung lagi, “cuba kau tengok budak-budak kat sana tu. Rimas la aku bila dia orang asyik duk pandang je. Tak selesa. Tak suka!”
Erma kemudiannya memusing kea rah bangku yang ditunjukkan intan. Memang terdapat segelintir pelajar nakal di situ. Apela sangat yang dia orang nak tengokkan. Nak kata intan ni cantik tak la. Aku ni apatah lagi. Tapi, intan ni,boleh la tahan. Sedap mata memandang. Lagi menyejukkan mata bila dia pakai baju kurung. Persis perempuan melayu terakhir.
Tapi,apa pun,intan masih belum berpunya dan tidak mahu hatinya di milki sesiapa. Entah jejaki seperti ‘prince charming’ kah yang di tunggu intan pun dia tak tahu.
Tapi apa yang dia Nampak,intan bukanlah cerewet,Cuma tidak mahu bercinta kerna mahu focus kepada belajar. Apakah intan ada kisah silam tentang cinta yang dia tak ketahui? Dia sendiri pun tidak tahu.
Apa yang penting, dia amat selesa berkawan dengan intan. Intan pun sudah di anggap teman dan boleh di anggap adik-beradik dda pada dirinya.
“kau nak balik terus ke cam ne ni?” tanya erma setelah dia diam seketika.
“kau Nampak kaki aku ni melangkah ke mana? Tak kan ke mall kot. Rumah la.” Intan sedikit geram .dia mahu cepat tiba di rumah sewa mereka.
“haha.cik kak.temankan aku beli makanan boleh?aku lapar la.” Manja sahaja suara. Maklumlah bila mengajak orang.
Intan berhenti melangkah. Dia menjeling sekilas kawannya yang sorang tu. Kelakar la pula melihat mimic muka erma yang sedang nenunggu jawapannya.
“buat la muka cam tu.tau la nak pujuk. Jom.” Intan tidak menunggu lama untuk memberi jawapan. Dia seorang yang amat mudah berkompromi dalam hal-hal sebegitu.
Bukan erma sahaja yang tapaw makanan,malahan intan juga. Mereka berniat mahu menjamu selera di rimah selepas melepaskan lelah nanti..kemudian,mereka melangkah dengan senang hati pulang ke rumah sewa mereka.
***********
Waktu pejabat baru sahaja habis, afiq masih berada di pejabatnya. Seharian menghadap kerja-kerja pejabat yang bertimbun membuatkan dia leka. Lenguh segala urat sendinya. Setelah melakukan sedikit senaman dan regangan,afiq mengemaskan mejanya dan berlalu untuk pulang. Dia tahu,semestinya perjalanan yang biasanya mengambil masa dua puluh minit itu akan berubah menjadi begitu lama. Dia pun sudah lali dengan keadaan itu. Hidup di Bandar besar yang sentiasa sibuk,begitulah keadaanya. Semua orang mahu cepat.
“fiq?”
Tersentak afiq yang baru sahaja ingin masuk ke dalam kereta. Sambil memegang dada,dia berpusing kea rah suara itu.
“oh.mas..apa hal?” sedikt kurang selesa.
“can I take a lift?” teragak-agak juga dia berkata. Mastura ke pejabat pagi tadi di hantar oleh teman rumahnya.tapi temannya itu telah pulang. Dia yang baru sahaja keluar pebajat tadi melihat afiq melintas di hadapannya ingin mencuba nasib untuk mendapatkan tumpang. Sedangkan dia langsung tidak tahu di mana afiq tinggal. Dia malas menjengukkan muka untuk menaiki pengangkutan awam itu.
“erm….”
Teragak-agak afiq. Apesal minah ni . rimas betul la.aku dah la penat-penat ni. Nak main tumpang la pulak. Benci betul la.
“kebetulan I ada hal sedikit lepas ni”afiq beralasan. Dia tidak mahu mengalah.
“I boleh tunggu dalam kereta semetara you settlekan urusan you tu.” Mastura sudah dapat mengagak. Tapi dia masih menebalkan mukanya.
“sorry. I can’t help you. Personal matter.” Afiq masih berdalih. Personal ker? Memang la personal. Aku nak balik rumah.nak tidur. Kau apa tahu.
“erm…..tak pe la. Take care.” Mastura segera berlalu untuk mendapatkan teksi. Walaupun dia berasa kecewa, tapi dia tidak simpan di dalam hati.
Fuhhh!!!! Leganya. Tak baik betul la aku ni. Nak tumpang je pon. Lantaklah! None of my bisnes ler.. afiq tersenyum sendirian. Dia sendiri pun tidak tahu kenapa dia amat susah untuk berkompromi hari ni. Dia tak punya moo orang pada hari ni.Padahal bukannya selalu dia tumpang kawan. Tapi biasanya lelaki.tapi kali ni perempuan . tu yang susah tu. Sedikit dan banyak. Di tambah pula kehadiran mastura amat merinaskan dirinya. Dia tidak selesa dengan tingkah laku mastura yang suka mendapatkan perhatian daripadanya. Dia akhirnya menekan pedal minyak .
*******
Mastura tiba di rumah lewat petang itu. Dia berasa tertekan. Niatnya untuk menumpang afiq tidak menjadi. Lelaki itu langsung tidak mahu berkompromi. Malah,setiap kali mastura mendekati,afiq bersikap dingin dengan nya. Apakah masih tidak cukup menarik ke dia di mata afiq?
Entah la. Dia terus merebahkan diri di tilam empuk miliknya. Dalam keletihan yang teramat,dia terlena dengan perasaan terkilannya itu.
No comments:
Post a Comment