Tuesday, 16 August 2011

BAB 5:KESEMPURNAANMU BuKAN KEINGINANKU



Cuti hujung minggu pada kali ni di manfaatkan sepenuhnya. Sehingga jam mengingjak ke angka Sembilan, afiq baru menunjukkan muka di ruang tamu rumah itu. Di sebabkan beban kerja yang semakin bertambah saban hari,dia terlena begitu sahaja semalam. Setelah pulang lewat malam semalam setelah seharian menghaddap kertas kerja,dia terus ke kamar untuk tidur.

“hah fiq. Lambat bangun” tegur papanya yang seketika itu sedang santai berehat di taman rumah. Niatnya yang ingin ke dapur terus di matikan. Malahan dia menukar langkah je arah papanya. Sudah lama dia tidak meluangkan masa bersembang dengan papanya. Tuntutan kerjaya masing-masing menghadkan semua itu.

“A’a pa.baru bangun. Lena sangat tidur malam tadi.” Sengih  afiq yang kemudiannya duduk di kerusi berhadapan dengan dato’ azmi.

Beberapa minit kemudian,puan alia datang dengan membawa dulang air dan sedikit kuih.

“wah.mama memang best.time fiq lapar cam ni la mama bawak kuih ni” setelah dulang di letakkan ,laju sahaja tangan afiq mencapai kuih yang berada di dalam pinggan itu. Perut meminta-minta untuk di isi. Dia benar-benar lapar.

“fiq,macam mana kat tempat kerja kamu tu?okey tak? Papa tengok kamu penat jer. Selalu je balik lambat “ dato’ azmi mula berbicara. Jarang sekali dia sempat berbua dengan anak bujangnya itu. Bukan kerana dia yang tiada di rumah, tetapi anaknya itu sering pulang lambat dan menghabiskan hujung minggu dengan kerja-kerjanya.

“okey jer pa.” jawab afiq sambil meneruskan suapan kuih.

“apa kata afiq kerja di syarikat papa.” Terluah juga ayat yang ingin di perkatakan setelah sekian lama.

“taka pa la pa. afiq mahu berdikari. Nanti afiq bersedia,afiq kerja dengan papa k.” selamba afiq menjawab.

Dia bukan mahu kan pangkat. Jika dia bekerja dengan papanya,dia boleh menjawat jawatan yang besar, tapi dia tidak mahu semua itu. Dia mahu berdikari. Mahu mencari pengalaman. Dia ak mahu dikatakan seoran yang hanya bergantung pada bisnes papanya sahaja. Dia bukan seperti itu. Kekayaan bukan keinginannya yang tertinggi. Tapi ,kesemournaan pada dirinya yang di cari.

Dato’ azmi masih mahu berbicara tentang ini, “fiq,papa bukan apa. Kalau fiq kerja dengan papa,senang sikit. Tak ada la papa risau sangat tentang bisnes papa. Papa tahu kamu mampu uruskannya nanti” .dato’ azmi diam seketika.

“terutama bila papa tiada nanti” tersentak afiq dengan kata-kata akhir papanya itu. Kenaa papanya berbicara seperti itu? Dia tak mengerti.

“papa ni. Jangan cakap bukan-bukan la. You are atill strong right. Well looking.” Afiq terus berkata. Dia tidak mahu menyimpan apa-apa telahan buruk. Nanti makin serabut kepalanya. Dia mahu sentiasa positif.

Afiq masih nekad dengan keputusannya untuk tidak bekerja dengna papanya. Lagipun,dia baru merasa alam pekerjaan hamper setahun. Masih baru dalam dunia bisnes ini.

“nanti afiq sedia afiq cakap kat papa ek. May be,take a little time. Sikit je lagi ye pa.” afiq menyedapkan hati papanya.

“okey.i’m waiting. Tapi, jangan sampai papa pejam mata dulu dah la yer.” Hambar sahaja suara dato’ azmi pada pendengarannya.


 *******


Kekalutan demi kekalutan setelah beberapa kemalangan jalan raya di laporkan. Beberapa pesakit di sorong. Beberapa orang dalam keadaan parah . suasana di pusat kecemasan itu ingar binger,dengan raungan dan tangisan. Pelbagai perasaan pada manusia yang padat di rakamkan.

Intan sendiri masih sibuk dengan alat-alat di tangan. Pesakit di hadapannya ini kelihatan agak teruk. Dan mesti mendapat rawatan segera. Kekurangan doctor pada waktu ini amat memenatkan dia. Dia tidak menang tangan untuk merawat pesakit.

Kecederaan di kepala dan badan yang berlumuran darah itu menimbulkan rasa simpati. Setelah bertungkus lumus member rawatan yang terbaik,intan terus melangkah kea rah pesakit lain yang juga memerlukan rawatan walaupun tidaklah seteruk yang tadi.

Setelah jam menginjak ke angka  tiga pagi,akhirnya dia dapat menarik nafas lega. Kesemua pesakit yang mengalami kecederaan yang terpaksa di tahan di hospital telah di bawa ke wad.

Begitulah rutinya setelah segenggam ijazah kedoktoran berada di tangannya. Walaupun dia masih baru dalam kerjaya ini, dia amat senang dan gembira dapat membantu orang yang dalam kesusahan.

“lega?” ikram menyapanya. Ikram juga merupakan salah seorang doctor di sini. Tetapi lebih senior berbanding intan. Melalui ikram ,intan banyak belajar tentang kerjaya nya. Walaupun hanya kenal selama beberapa bulan, ikram dan intan tampak mesra bila bersama.

“yup.amat lega.” Kata intan sambil menarik nafas yang dalam.

“jom teman saya minum?” ajak ikram . dia berasa haus yang tetiba sahaja . di samping dia mahu bersembang dengan intan.

Jika boleh,dia mahu mengenali intan dengan lebih mendalam. Dr. intan? Ramai yang tertanya,kenapa doctor yang ini amat susah untuk bergaul, terutamanya dengan lelaki. Ada yang mengatakan dr. intan adalah someone yang sombong. Ada yang kata cerewat. Dan macam-macam lagi la.

Tapi pada pengamatannya, dr intan bukan lah sombong. Bukanlah cerewet. Tapi lebih berhati-hati dalam memilih rakan. Kerna ,dengan pesakit,dia amat mesra dan teramat mesra. Seperti sudah lama kenal. Itu lah yang menari minatnya untuk mengenali intan.

 Dalam masa yang sama,umurya juga tidak lah muda mana. Jadi mahu mencari seseorang untuk mengakhiri zaman bujangnya. Tapi,adakan intan orangnya. Dia sendiri belum pasti.

“jom” intan meneruskan langkah ke kafe. Dia juga sebenarnya amat dahaga. Dan memerlukan rehat. Setelah kepenatan beberapa jam tadi dalam merawat pesakit.

“intan,boleh ik tanya sesuatu tak?” setelah mereka di hidangan dengan minuman panas,ikram berani membuka suara.

“anything.kalau intan boleh jawab. Intan jawab la. Kalau tak boleh,tanya pada yang lagi pakar yer.” Intan tersenyum. Walaupun dia sebenarnya agak malas melayan ikram yang berada di hadapannya itu. Kalau boleh,dia mahu menikmati minumannya dengan temang sebelum menghabiskan waktu kerjanya pada jam 7 pagi nanti.

“intan ni,da ada pakwe ke belum?” hah.dengan berani dan gentlemen nye ikram bertanya.

Hampir  tersembur air yang di hirup intan. Apa hal dengan dr. ikram ni .tanya pasal hal peribadi la pulak. Ingatkan nak tanya pasal rawatan apa tadi. Walaupun hatinya masih belum berpunya,tapi dia tidak mahu berkongsi sesuatu yang peribadi baginya dengan oran lain. Terutama insan yang baru di kenali seperti ikram.

 Dan baginya,dirinya dengan ikram amat jauh bezanya. Ikram adalah lelaki yang hampir di katakana sempurna fizikal nyag,dengan tinggi.wajah yang tamapan,badan yang agak sasa,tidak sesuai dengannya. Dia tidak rasa yang ikram mahu menyelongkar hatinya.

“sory.i think that is personal question. So,I can’t give you the answer.” Dr intan menuturkan dengan sebaik mungkin. Dia tidak mahu dr ikram salah faham dengan jawapannya. Terutama dikatakan sombong.

“it’s okey” hampa ikram bila dr intan menuturkan begitu. Akhirnya ayat yang direka-reka dalam kepala untuk ditanya kepada dr intan di biarkan sepi sahaja. Mereka berdua hanya diam dan selesa melayan fikiran masing-masing.

Setelah hamper setengah jam berada di kafe,intan meminta diri untuk ke pusat kecemasan. Tidak enak rasanya meninggalkan pusat itu lama-lama. Terutama bila tidak terlalu ramai doktor yang bertugas pada malam ni. Dia tidak mahu dilabel sebagai doctor yang tak dedikasi dan suka curi tulang. Mita dijauhkan. Di mahu menjaga prestasinya dalam kerjayanya yang baru di langkahi.



 ********


Malam itu,afiq membelek kertas-kertas kerjanya. Padahal dia tidak mampu memberikan focus pada kertas kerja. Fikirannya melayang kata-kata papanya pagi tadi.

“apa kata afiq kerja di syarikat papa.” Terluah juga ayat yang ingin di perkatakan setelah sekian lama.

“taka pa la pa. afiq mahu berdikari. Nanti afiq bersedia,afiq kerja dengan papa k.” selamba afiq menjawab.
“terutama bila papa tiada nanti”

Ayat akhir papanya tadi menganggu fikirannya pula kali ni. Kenapa papa berkata macam tu. Papa sakit kah? Tapi tak gaya orang sakit pun. Nampak macam sihat je. Mama pun tak ada bersunggut pulak. Tapi mama kan perahsia. Pening-penig. Tapi kalu dah ajal.sesaat pun tak lambat.

 Aduh!!! Apehal la pulak kali ni . nak terima ke tak nak kerja dengan papa ni. Tak terima kecewa la papa. Kalau teriam nanti orang kata duk bergantung dengan papa je. Cam mana ni. Terima ke tak. Terima ke tak. Itu lah ayat yang duk bermain dalam fikiran afiq. Satu kerja pun tak mampu di buatnya. Dia sudah buntu memikirkan . apa harus dia buat.

Akhirnya dia mengemas mejanya dan menuju ke katil.setelah menark komfoternya,dia memjamkan mata. Namun,sehingga jam tiga pagi,dia masih belum mampu melelakan mata.

Akhirnya dia mengambil ketusan. Dia harus. Dia mesti. Jam berapa dia tidur pun dia tak pasti. Tapi dia tidur bersama satu nekad dan satu keputusan yang dia tak mahu dia sesali.

No comments:

Post a Comment